Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Sunday, 8 December 2024

    Penawar Segala Penyakit

    Penawar segala penyakit seperti kanser, leukimia, tumor, fibroid, cyst, ketumbuhan dan lain-lain yanh berkaitan. Yakin dan amalkan ayat-ayat Al-Quran

    1. Baca surah Al-Fil - 1000 kali - jika berada di depan Kaabah, baca 1000 kali semasa tawaf. Jika tidak dapat habiskan, habiskan 1000 kali sepanjang berada di Mekah atau Madinah. Jika tida berpeluang mengerjakan umrah/haji - baca selepas solat sebanyak 1000 kali atau sepanjang hari sebanyak 1000 kali. Amalkan setiap hari

    2. Baca zikir Al-Latif seberapa banyak yang boleh kerana zikir ini menyembuhkan penyakit dan menghilangkan rasa sakit.

    3. Baca surah surah Ar-Ra’d setiap hari pada air atau makanan untuk buat minum dan makan serta amalkan.



    Friday, 27 September 2024

    Rahsia Surah Al-Kautsar

     

    إِنَّا أَعۡطَيۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَ
    Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu ni'mat yang melimpah-ruah
    فَصَلّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
    Kerana itu dirikanlah solat dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu
    إِنّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ

    Sesungguhnya orang yang bencikan engkau (wahai Muhammad) dialah orang yang terputus 

    🟢Baca surah ini ketika hujan dan berdoa mudah-mudahan Allah S.W.T memakbulkan doa                                                                                                                                                                                                                                                                               🤲 Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dah gosokan di leher, In Syaa Allah hilang dahaga

    🤲  Jika sering sakit mata seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah di adakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata  

    🤲 Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham kepada kita di mana letak ya sihir itu 

    🤲 Jika dibaca 1000 kali, rezeki akan bertambah 

    🤲 Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan kusyuk ketika menunaikan solat 

    🤲 Baca 71 kali , akan bebas dari kesalahan/ fitnah kejahatan

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         

    Thursday, 26 September 2024

    Pemakanan Untuk Rawatan Kepada Masalah Kesihatan

     Seperti: 

    Loya dan muntah

    • makan makanan lembut dan mudah dihadam
    • ambil makanan dalam jumlah yang sedikit
    • Makan buah-buahan sitrus seperti oren, limau gedang atau limau nipis. 
    • Halia yang membantu mengatasi loya.
    • Makan biskut kering dan roti bakar.

    Sembelit

    • Makanan berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan oat.
    • Minum air dengan secukupnya.

    Cirit-birit

    • Makan pisang (banana), beras (rice), epal (apple) dan roti bakar (toast)
    • Minum sup jernih atau air

    Hilang selera makan

    • Mengambil 4-5 hidangan makanan kecil setiap hari yang padat dengan nutrien.
    • Minum susu 3 kali sehari

    Deria rasa berubah

    • Masukkan pelbagai herba dan rempah-ratus ke dalam hidangan anda.
    • Gunakan titisan lemon tanpa gula

    Masalah menelan atau mengunyah

    • Makanan lembut seperti bubur, telur rebus atau bijirin yang telah dimasak. Bubur kacang.

    Bengkak dan sakit pada mulut

    • Makan aiskrim dan yogurt
    Pemakanan Harian
    • Pengambilan serat dan protein yang mencukupi.
    • Makanan yang tinggi dengan asid lemak omega-3
    • Minum air secukupnya.

    Elakkan jenis makanan

    • Alkohol
    • Makanan yang digoreng
    • Makanan ultra-proses seperti kerepek kentang dan makanan ringan
    • Karbohidrat yang ditapis seperti pasta putih, roti dan nasi
    • Telur, ikan, kerang, daging dan ayam yang kurang masak
    • Susu atau keju yang tidak dipasteurisasi
    • Makanan mentah seperti sushi atau kacang mentah

    Tuesday, 24 September 2024

    Doa jika sakit urat

     Surat Asy-Syams Ayat 7

    Baca 400kali waktu dhuha setiap hari

    Minum Air dan sapu di tempat yang sakit

    وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّىٰهَا

    Arab-Latin: Wa nafsiw wa mā sawwāhā

    Artinya: Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya)


    Monday, 23 September 2024

    Jenis Ikan

     🟢Ikan yang tidak gatal

    • Ikan tenggiri
    • Ikan talang kering
    • Ikan gelama
    • Ikan selar
    • Ikan jenahak
    • Ikan merah
    • Ikan bawal putih
    • Ikan salmon
    • Ikan siakap
    • Ikan kerisi

    • 🟢Antara ikan yang gatal:
    • Ikan kembung gatal
    • Ikan patin 
    • Ikan tongkol
    • Ikan cencaru
    • Ikan pari
    • Ikan bawal hitam/emas

    Friday, 13 September 2024

    Sejukkan Badan

    Sayur-sayuran

    🟢timun
    🟢 lobak
    🟢 tomato mengandung banyak air dan memberikan kesan sejuk pada badan kita

    Buah-buahan
    🟢 tembikai
    🟢 mangga
    🟢 pisang
    🟢 oren

    Minuman
    🟢 air kelapa 
    🟢 air barli
    🟢 teh pudina
    🟢 jus beri

    Thursday, 12 September 2024

    Kelebihan Minyak Zaitun

    Kita disyorkan minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi  ketika perut kosong memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang tidak diketahui ramai.

    Kelebihan minyak Zaitun

    🟢Membantu penurunan berat badan

    🟢Mencegah barah kolon

    🟢Kulit sihat

    🟢Melegakan sembelit

    🟢Manfaat kesihatan jantung

    Cara mengamalkan minyak zaitun

    🟢Mengamalkan minyak zaitun dengan mencampurkannya di dalam makanan atau mengambilnya menggunakan sudu terus ke dalam mulut.

    🟢Kemudian minum segelas air kosong atau segelas air yang dicampurkan dengan perahan lemon.

    🟢Ia dapat membersihkan usus (mudah membuang air besar) dan memberikan tenaga di awal pagi.

    🟢Ia juga mencantikkan kulit dan rambut.

    🟢Minum minyak zaitun sesudu atau dua sudu juga bagus untuk mengelakkan risiko mendapat penyakit kanser dan penyakit-penyakit lain seperti penyakit Alzheimer’s, penyakit jantung, serangan stroke dan diabetes.


    Tuesday, 10 September 2024

    Kehidupan Yang Indah

    Apabila kita diuji dengan sesuatu dalam kehidupan, dari situ kita akan mendapat banyak pengajaran dan mengajar kita pelbagai aspek kehidupan. Ia mengajar kita pengertian kasih sayang, pemikiran dan gaya hidup secara menyeluruh dari pelbagai aspek termasuk fizikal, mental, emosi dan spiritual berpandukan al-Quran dan sunnah. 

    Menerusi firman Allah yang bermaksud: "Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan dialah jua yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah al-Rum, ayat 54)

    -akuemma-

    Thursday, 5 September 2024

    Doa untuk sakit kepala atau migrain

    ‎لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ

    La yusodda’unna anhaa wa laa yunzifuun

    ‎(Merdeka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. -Surah Al Waqiah, Ayat 19.)

    Baca ulang-ulang sehingga sembuh.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Untuk sahabat imeakuemma yang dikasihi. Dikongsikan doa ini untuk dijadikan amalan apabila merasa sakit kepala atau migrain yang berterusan. Baca secara ulang-ulang sehingga hilang rasa pening, loya dan migrain. Atau boleh baca pada segelas air putih, selawat dan minum. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

    Monday, 2 September 2024

    Amalan Doa Harian

    🟢BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM 🟢
    Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang agar terhindar dari segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

     🟢Hasbunallah Wani'mal Wakil🟢
    ( حَسْبُنَا اللَهُوَنِعْمَالْوَكِيلُ)
    "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung"aamin

    🟢Ya Kariim Ya Waduud Ya Latiif🟢
    Baca 7kali dan sapu di wajah selepas mengambil wuduk.

    🟢Surah Al-Kautsar🟢
    Baca 7kali - disukai orang sekeliling dan ketenangan

    🟢Astaghfirullaha lil mukminina wal mukminat🟢
    Baca 27 kali setiap hari malam / siang - lunas hutang

    🟢Baca Surah Al -Ikhlas 10 kali setiap hari- disediakan rumah oleh Allah di Syurga

    🟢 Baca Surah Al-Waqiah sekali setiap pagi - dijauhi dari kemiskinan

    🟢Baca Surah Al-Mulk sebelum tidur - dijauhi dari azab kubur

    🟢Baca 7 kali selepas solat doa agar terhindar dari seksaan api neraka
          Allahumma Ajirni Minannar

    🟢 Baca 10 kali pagi dan 10 kali malam - ALLAHUMMA SHOLLI WA SALLIM WA BARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD KARIMIL ABA'I WAL UMMAHAT ‎🟢

    🟢 Bacalah doa ini  11 kali di waktu pagi:

    'Inna Fatahna Laka Fatham Mubina'
    - Surah Al-Fath ayat 1 -
    Semoga dilancarkan segala rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

    Saturday, 31 August 2024

    Makanan Sunnah

    🟢 Minyak Zaitun 🟢

    1. Kaya Antioksidan seperti vitamin E dan polifenol.
    2. Baik untuk Jantung. 
    3. Anti-Kanser. 
    4. Anti-radang. 
    5. Meningkatkan Fungsi Otak.
    6. Menyihatkan Kulit. 
    7. Menguatkan Tulang. 
    8. Baik untuk Mata.
    🟢Kurma🟢
    🟢Buah Tin🟢
    🟢Kismis🟢
    🟢Habbatus Sauda🟢
    🟢Susu Kambing🟢
    🟢Madu🟢

    Monday, 26 August 2024

    Makanan yang elok untuk mata

    Buah-buahan 

    1. Oren

    2. Lemon

    3. Grapefruit 4. Kiwi

    Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga


    Diari Pemakanan Amalan Harian

    MAKANAN KEGEMARAN RASULLULLAH  S.A.W

    1. Barli – Bagus untuk demam (dibuat sup / air minuman)


    2. Kurma 


    3. Buah Tin – Buah dari syurga (mengubati buasir)


    4. Anggur – Membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut


    5. Madu – Makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat.

    🟢Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas

    🟢Membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


    6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.


    7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan.

    🟢Menguatkan belakang

    🟢Memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.


    SAYURAN


    Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

    Terung - Baik untuk kanser

    Bayam - tinggi Zat Besi

    Brokoli Hijau- Kalsium, Zat Besi, mencegah kanser, merendahkan paras kolestrol, baik untuk kesihatan kulit, baik untuk sistem penghadaman, mengawal paras gula dalam darah dan baik untuk kesihatan tulang/ fungsi otak


    MINUMAN

    Minum secawan teh hijau tanpa gula setiap hari lebih baik. Banyak khasiat Teh Hijau. 

    🟢Memperbaiki fungsi otak

    🟢Pembakaran lemak badan, kecergasan fizikal

    🟢Antioksidan mengurangkan risiko beberapa kanser

    🟢Kurangkan risiko nyanyuk, parkinson

    🟢Membunuh kuman

    🟢Kurangkan risiko kencing manis

    🟢Kurangkan risiko penyakit jantung

    🟢Bantu kurus


    BUAH-BUAHAN


    1. Mangga

    🟢Menjaga kesehatan rambut dan kulit

    🟢Menurunkan tekanan darah

    🟢Mangga punya manfaat untuk mata

    🟢Mencegah kanser

    🟢Melegakan sembelit

    🟢Membantu mencegah sakit jantung

    🟢Mangga punya manfaat untuk berat badan turun.



    Amalan zikir doa Kekayaan Dan Murah Rezeki

     Amalkan 

    Sunday, 25 August 2024

    Doa zikir amalan sebelum tidur

     1. Baca surah Al-Mulk 

         🟢 Menyelamatkan seseorang dari azab kubur

     2. Baca surah as-sajjadah 

          🟢Rasullullah tidak akan tidur sebelum membaca surah Al-Mulk dan surah as-sajadah

          🟢Melindungi pembacanya dari seksa kubur

          🟢Mendapat pahala seperti malam lailatul-qadar

          🟢Mendapat hidayah ilmu yang yakin

          🟢Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati

     3. Baca

           بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

          Kelebihan jika baca 21 atau 41 kali sebelum tidur.

          - hembus di tangan sapu dari muka ke seluruh badan kecuali tapak kaki) dan niat Ya Allah jagalah diri aku, keluarga aku dan harta aku

           🟢Selamat dari gangguan syaitan

           🟢Selamat dari gangguan jin dan manusia

           🟢Selamat dari kecurian

           🟢Selamat dari kebakaran

           🟢Selamat dari mati mendadak

           🟢Menolak dari semua bala dan musibah

    4. Baca 3 kali sebelum tidur

    "Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi, Hasan Gharib, al-Jami', no. 3397)

    5. Baca Surah Al-Ikhlas baca 3 kali - mendapat pahala sepertimana mengkhatam Al-Quran.

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰن ٱلرَّحِيمِ 

    قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤)
    Katakanlah : (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. (4)” 

    6. Baca ayat kursi dan 3 Qul

    7. Berselawat ke atas Nabi sebanyak 3 kali 

    8. Zikir Subhanallah Alhamdulillah La Ilaha Illallah Allahu Akbar

    9.

    أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
    وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
    Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
            

    Saturday, 24 August 2024

    Amalan doa untuk pesakit kanser

    Amalkan doa ini setiap hari

    🟢 Surah Al-Hashr Ayat 21

    لَوْ أَنزَلْنَا هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍۢ لَّرَأَيْتَهُۥ خَـٰشِعًۭا مُّتَصَدِّعًۭا مِّنْ خَشْيَةِ ٱللَّهِ ۚ وَتِلْكَ ٱلْأَمْثَـٰلُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ ٢١

    Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.


    🟢Surah As- Shu'ara ayat 78-83


          ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَهْدِينِ ٧٨ وَٱلَّذِى هُوَ يُطْعِمُنِى وَيَسْقِينِ ٧٩ وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ٨٠ وَٱلَّذِى يُمِيتُنِى ثُمَّ يُحْيِينِ ٨١ وَٱلَّذِىٓ أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِى خَطِيٓـَٔتِى يَوْمَ ٱلدِّينِ ٨٢ رَبِّ هَبْ لِى حُكْمًۭا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ ٨٣


    🟢 Doa Nabi Ayob 


    رَبِّ أَنِّى مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ


    Robbi annii massaniyadh dhurru wa anta arhamar roohimiin. 

    Artinya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit, dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang di antara semua penyayang.”

    🟢 اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلاَخِرَةِ

    Artinya: “Ya Allah, aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat".

    🟢 Surah al-fiil (Gajah);

    Cara membaca surah al-fiil;

    Alam taro kaifa fa-`ala robbuka bi a`sh-haabil fiil. Alam yaj-`al kaidahum fii tadhliil. Wa-arsala `alaihim `toiron abaabiil. Tarmiihim bihijaarotin min sijjiil. Faja-`alahum ka-`a`shfim ma'kuul.

    🟢 Zikir ‘Ya Latif ‘- apabila merasa sakit dan baca ditempat sakit


    Wednesday, 24 April 2024

    RESIPI KUIH SIPUT MAMA

     RESIPI KUIH SIPUT MAMA

    ✅1kg tepung gandum

    ✅ 3 sudu cili kisar (secukup rasa kepedasan)

    ✅1 paket kecil rempah kari daging 

    ✅2 biji telur

    ✅1 cawan mentega cairkan (Untuk gebu boleh lebihkan mentega/marjerin)

    ✅1 cawan air dan tambah garam secukup rasa

    …………….gaul dan bentukkan kuih siput…..

    Goreng dengan daun kari sehingga rapuh dan garing….

    Sesuai dihidang



    Friday, 5 January 2024

    Resepi Sambal Ringkas Dan Sedap

    Mama letak resepi di sini:

    Bahan-bahan : mengikut sukatan/ keperluan

    2 biji Tomato 

    5-6 biji Cili besar

    2-4 biji Cili padi

    Belacan

    Ikan bilis (mengikut sukatan/ keperluan)

    Minyak masak

    Cara-cara :

    1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak dan apabila garing masukkan terus tomato ke dalam kuali tersebut.

    3. Masukkan sukatan  cili besar, cili padi dan belacan ke dalam kuali dan goreng sehingga layu.

    4. Kemudian tutup api dan biarkan sejuk

    6. Setelah sejuk, kisar kasar sahaja dengan menggunakan blender atau tumbuk menggunakan lesung batu.

    7. Setelah blender/ tumbuk masukkan ke dalam kuali yang sama dan goreng hingga air dan pecah minyak.

    9. Letak garam dan gula sedikit mengikut rasa masing-masing.