Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Tuesday, 22 November 2011

    Dari Mata Sahabat

    Dari Mata Sahabat
    Dari Mata Sahabat

    Kepada semua sahabatku yang disayangi dulu kini dan selamanya...

    Aku bersyukur dariku kecil sehingga kini, ku dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sangat baik macam korang semua....dari usiaku kanak-kanak...ku sudah ada sahabat baik...tapi cerita kanak-kanak biasala sangat kelakar...dulu aku bersahabat baik dengan semua orang...sehingga ku tidak tahu istilah sahabat baik...masa sekolah ku sangat risau apabila cikgu suka bertanya siapa sahabat karib anda...ku tengok kiri ku tengok kanan ku tengok tengah akhirnya aku tunduk...tidak sampai hati untuk ku bagi nama sesiapa pun....dan aku tidak pasti aku bagi nama siapa...hehehehe bagiku semua yang berkawan denganku ialah sahabat baikku...aku tidak ingat sejak bila aku kenal erti istilah sahabat karib ini...

    Dan bagiku sahabat ialah orang yang terpenting dalam hidupku seiring dengan keluargaku sendiri...Kalau aku sudah bersahabat aku sangat mengambil berat tentang semua sahabatku...

    Mula aku kenali sahabat diwaktu aku sekolah rendah...masa tadika...aku tidak berapa nak ingat sangat cuma masa tadika ku ingat aku berkawan dengan kakakku sahaja hehehe...bila aku di dalam darjah satu hingga darjah enam...aku sangat bersahabat baik dengan 2orang sahabat yang mana kami suka bercerita masalah masing-masing sehingga di antara kami bertiga tidak berapa sesuai kawan bertiga...dan aku jadi orang tengah hahaha...Biasalah zaman kanak-kanak kan sangat indah...sebab itu orang selalu gunakan alah budak-budak hehehe lebih kurang macam tu la cerita nya sahabat di mata aku...

    Persahabatanku biasanya tidak putus di pertengahan jalan dan sehingga kini tiada lagi penghujungnya dan berharap sehingga ke hujung nyawa. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah...disebabkan masing-masing mendapat sekolah berasrama penuh...ku masih berhubung melalui surat dan bertukar cerita....dan acara tahunan kami ialah mesti berjumpa di rumahku setiap kali raya menjelma...dan acara tahunan itu masih ada sehingga kami sudah bergelar isteri dan suami....pada masa sekolah rendah..aku sebenarnya bersahabat baik bukan sahaja dengan kawan-kawan perempuan tetapi juga kawan-kawan lelaki dan kami sangat baik sehingga kini...sudah macam keluarga sendiri.

    Dari setangga ke setangga ku melangkah dan ku temui pelbagai ragam sahabat...dan alhamdulillah aku sentiasa bertemu dengan sahabat yang sangat baik. Semasa ku di Universiti, aku dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang penyayang, ambil berat dan sentiasa memotivasikan diri aku...aku boleh bergaul dengan semua orang...tidak kira kursus apa dan penampilan yang macam mana...pemalu, brutal, sopan, sosial...dan sebagainya...semua ada...yang penting aku tetap aku...;-).. aku sangat bertuah kerana adanya korang semua sahabatku dan diantaranya yang menjadi member blog aku ini..terima kasih sahabat!!!!!yuhuuuuuuuuuuuu.....

    No comments: