DOA-DOA UNTUK PELAJAR CEMERLANG, IN SYA ALLAH
1) Doa agar
dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji
pelajaran) :
lk
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para
Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah
kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.
2) Doa selepas
mengulangkaji pelajaran :
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal
kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya
Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.
3) Doa sebelum
masuk ke dalam dewan peperiksaan :
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.
4) Doa apabila
terlupa ketika menjawab soalan :
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai
Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.
5) Doa memohon
kejayaan cemerlang :
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat
para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas
musuh”.
6) Doa ketika
menerima kertas soalan :
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku.
Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
7) Doa ketika
sukar untuk menjawab soalan :
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan
rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
No comments:
Post a Comment