Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Wednesday, 19 April 2023

    Resipi Kek Coklat Moist Kukus

     Assalamualaikum

    Hari ini mama nak update resepi Kek Coklat Moist kukus mama yang anak saudara selalu puji kata sedap....tapi cik mama takda makan puji sangat hahahah selalunya depa ni saja ja...sebab tau cik mama dia bukan jenis masak sangat hehehehe....kek coklat ni pun buat bila tiba hari lebaran sahaja..itupun kadang-kadang ada pujian pujian tu...cik mama pun gagah juga buat walaupun hehehehee

    Mama letak resepi dekat blog mama ini sebenarnya untuk diri sendiri sebabnya bila tidak selalu buat dan kadang-kadang, ia akan jadi lupa hahaha....dan letak pi di sini sebagai perkongsian ilmu jika bermanafaat walaupun resepi ni pun letak di sini hasil daripada pembacaan dekat sumber-sumber internet juga. Bukanlah original dari keturunan ka apa ka hehehee

    Tapi resepi di bawah ini mama tulis di sini untuk anak-anak mama juga, senang depa nak masak jika perlu...rujuk ja resepi mama ini sebagai panduan..mungkin anak-anak mama lagi mantap sedap dari masakan mama..masakan adalah subjektif untuk dihuraikan...bak kata orang air tangan dan sentuhan cara masak dan bahan-bahannya bergantung juga..yang penting kalau kek coklat moist tu jadi...bukan terjadi nasik lemak pula..konsepnya hehehehee


    Bahan-bahan keperluan untuk kek coklat Moist 

    Bahan A

    • 1 cawan gula
    • 1 cawan susu cair
    • 1 cawan serbuk koko
    • 1 cawan minyak masak
    • 1/2 cawan susu pekat
    1. Semua bahan di atas perlu dicampur dan digaulkan bersama-sama
    2. Kemudian masak di atas api yang kecil sehingga larut

    Bahan B
    • 1 cawan tepung gandum (blender sampai putih)
    • 1sk soda bikarbonat (blender sampai putih)
    • 1sk baking powder (blender sampai putih)

    Cara-cara

    1. Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B (bancuhan C) 
    2. Kemudian masukkan 3 biji telur dan 1sk esen vanilla ke dalam bancuhan C
    3. Kacau sehingga sebati dan tiada ketulan tepung 
    4. Kemudian tuang ke dalam loyang
    5. Panaskan pengukus dan masukkan air pada bahagian bawah kukus
    6. Letakkan loyang pada lapisan ke-2 kukus yang tiada air
    7. Kemudian kukus sehingga masak selama 15 minit untuk bekas kecil atau 30 minit
        untuk bekas besar
    8. Angkat dan sejukkan

    Bahan-bahan coklat untuk tuang di atas kek kukus tadi

    • 1/2 cawan milo
    • 1/2 cawan serbuk koko
    • 1/2 cawan susu cair
    • 1 cawan susu pekat
    • 1 cawan minyak

    Cara-cara:

    1. Satukan semua bahan-bahan dan masa sehingga sebati 
    2. Suamkan terlebih dahulu 
    3. Kemudian dituang ke atas kek tadi sebagai topping 
    4. Taburkan coklat rice sebagai hiasan.

                                    -Selamat mencuba sayang mama-


    No comments: