INSPIRASI!
Apa sahaja yang kita lakukan pastinya ada daya semangat serta sesuatu dorongan untuk menjayakannya juga memenuhi impian yang dicipta. Menjadi fitrah setiap insan dalam memerlukan sumber dorongan iaitu inspirasi untuk berjaya dalam setiap yang kita mahukan.
Ini jelas menunjukkan bahawa dengan diri kita tanpa dorongan yang kuat ianya seolah-olah dirasakan kosong. Dalam itu kekosongan perlulah diisikan dengan sesuatu. Fikirkanlah dan renungkan apakah fitrah kita mencari inspirasi untuk menguatkan lagi usaha kita untuk berjaya. Paling tidak untuk berusaha menuju ke arah kejayaan yang diidam-idamkan.
Pernahkah kita terfikir di sekeliling kita pasti mempunyai suatu daya penarik untuk menjadikan impian kepada kenyataan. Daya penarik inilah inspirasi kepada sesuatu perjalanan kejayaan. Tanpa daya penarik yang jelas rasa keliru dan kosong akan timbul di benak hati.
Sumber inspirasi sebenarnya adalah berdasarkan kepada siapakah, apakah yang menyebabkan kita untuk melakukan sesuatu dengan benar-benar usaha. Lagi dekat sumber itu dengan kita, lagi kuat keinginan dan usaha demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Persoalannya di sini adalah siapakah sumber insiprasi yang akan menggerakkan kita untuk menuju arah yang cemerlang, terbaik dan kejayaan yang disasarkan. Tiada jawapan yang khusus kepada persoalan yang ditimbulkan. Segala-galanya terletak kepada diri kita sendiri. Siapa atau apa jua yang menjadi sumber inspirasi mestilah ianya amat teristimewa.
IDOLA
Idola ialah seseorang yang kita jadikan contoh untuk kita suka dan kita ingin menjadi seperti dia.
No comments:
Post a Comment