Sekitar sebuah kehidupan -
Terapi sebuah Hati......
Salam merdeka semua..❤️
Renungi masa lampau
Terapi satu kesedaran
Kehidupan hari ini
Adalah jasa yang lalu
Segagah mana kita berdiri
Mustahil berdiri sendiri
Usah mendabik dada kejayaan
Sehingga jauh tersedar
Leka....
Merdekakan jiwa...
Menuju aura kebaikan...
Bahagia memandang bahagia
Sering membahagiakan
Tanpa menyakitkan
Sering sentiasa mendidik jiwa
Merdekakan...perbaiki diri
Berubah ke arah kebaikan
Menilai sejuta kebaikan yang ada
Kesukaran kepayahan itu ujian
Apa yang dilalui hari ini...
Dalam menguasai arus emosi
Yang merentap jiwa memakan hati
Hati yang rapuh akan kalah
Hati yang gagah akan tabah
Hanya diri sendiri lebih mengerti
Sejauh mana kebaikan kelemahan diri
Berusahalah setiap masa yang berdetik
Kerana hati dan jiwa itu milik kita
Hanya kita yang merasai...
Jangan berusaha merubah dunia
Jika diri sendiri masih terawang jiwa
Merubah dunia dengan merubah diri..
Perubahan bermula dari diri sendiri
Menuju destinasi ke arah kebaikan..
Semua berubah ke arah satu destinasi
Kebaikan penuh dalam jiwa
Nescaya dunia akan dipenuhi kebaikan
Boleh merubah orang lain sekiranya
Kita sudah yang terbaik..teruskan
Allah akan mempermudahkan
Dan memberi jalan kebaikan...❤️😘
Jangan menggunakan kanta pembesar untuk scan orang lain
Tetapi gunakan cermin untuk melihat diri sendiri...
Jangan memaksa orang untuk mengikut cara kita
Tetapi buatlah cara kita dengan acuan kebaikan
Nescaya orang akan memandang kita dengan kebaikan...
Salam merdeka ♥️
Hijrah itu satu perjuangan
-akuemma76-
31 Ogos 2021
No comments:
Post a Comment