Doa buat sahabat
Kita umpama api dan air
Berbeza rasa tidak sejiwa
Antara kita sering terbakar
Bicara tidak senada...
Rentak gaya tidak sama
Namun
Di dalam kemelut
Seorang menjadi api
Seorang menjadi air
Disitulah resepi persahabatan
Salam buat sahabat
Doa untukmu
Tidak pernah berubah
Dulu kini selamanya...
Kebahagiaan
Kejayaan
Kedamaian
Ketenangan
Ketakwaan
Sentiasa bersamamu...
Doaku sentiasa mengiringi Langkahmu
Kerana kau sahabat kesayanganku......
No comments:
Post a Comment