Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Sunday, 6 May 2012

    Aku Anak Emak...

    Bila sebut pasal anak emak...atau dalam istilah lain 'anak manja' aku tidak pasti betapa manjanya aku dengan emak..sebab aku rasa aku biasa-biasa ajer takda la aku manja melampau sangat hehehe....tapi sebagai anak bongsu emak...memang masa aku banyak dihabiskan dengan emak dariku kecil sehinggalah sampai satu ketika bila aku dapat tawaran ke sekolah yang lebih baik sebab mendapat 5A...tetapi aku keluar dari sekolah itu selepas 2 minggu di sana...jangan tanya kenapa sudah pastilah jawapannya aku ingat kat emak sangat banyak..:-D

    Siang malam asyik menangis ja sampai rakan sebelah pun dah terpengaruh...masa aku dah ok...rakan sebelah pula buat hal..maka dengan kewibawaan yang ada pada aku...aku bertemu dengan pengetua ketika itu...dan itulah kelebihan aku sampai sekarang...aku boleh mengatasi sebarang masalah walaupun sangat rumit dan sikap itu sehingga kini masih ada pada aku...semuanya adalah pemberian daripada Allah yang sentiasa memberi aku semangat dan idea untuk melakukan sesuatu dan sebaik mungkin aku akan cuba atasinya selagi tidak salah dan masih menjurus ke jalan yang benar. InsyaAllah.

    Dan akhirnya aku bersekolah menengah dekat dengan rumah sahaja...wahhh bestnyeeee!!!Yahoo yebedabeduuu...sahabat baik aku ketika itu seronok gila bila aku sudah pulang ke sekolah lama dan dapat sama-sama mengayuh basikal ke sekolah...dan sama-sama menaiki bas.....hari-hari aku dapat tinggal dengan mak dan bermain dengan kucing kesayangan aku...hehehe aku suka kucing ok!!;-)

    Disebabkan aku pelajar 5A dan ditawarkan biasiswa aku wajib duduk di asrama walaupun sekolah itu dekat ja tetapi dengan pelbagai alasan aku berjaya mengelak untuk tinggal di asrama...yeayyyy aku berjaya berulang alik dengan bas ke sekolah......dan basikal aku letak di simpang jalan besar sebelum mendapatkan bas...biasalah rumah aku agak ke dalam juga...tetapi sekarang dah banyak berubah...dan jadi bandar metropolitan dah hehehe

    Sebenarnya dari kecil emak memang memberi segala apa yang aku hendak dengan tanpa merasa sebarang kekurangan walaupun kadang-kadang kekurangan itu tetap ada tetapi sedaya upaya emak mendapatkannya. Dan salah satu keistimewaan aku ialah aku tidak suka meminta tetapi dari lirik mataku emak sudah dapat meneka setiap apa yang bermain di benak fikiranku. Biasalah budak-budak kan..dari kecil sehingga kini...aku memang suka segala jenis barang yang berkaitan dengan sukan, jam tangan dan barang-barang elektronik seperti handycam, handset, laptop, kamera dan  lain-lain lagi. ( Di zaman yang lebih moden la..dulu-dulu...aku suka jam yang RM 5 tu ja. Zaman sekolah rendah kan hehehe)

    Dari zaman kanak-kanak lagi emak memang sudah memanjakan aku dengan pemberian hadiah harijadi..ketika itu, hadiah-hadiah yang sesuai dengan ekonomi waktu itulah dan sehingga kini emak tetap memberi aku hadiah harijadi setiap tahun....'Adik..tahun ni nak hadiah apa?'itulah soalan emak aku setiap kali tibanya harijadi aku....' manja ke??hehehe takda la biasa-biasa aje...kuang3

    Bila tibanya harijadi sesiapa di dalam keluarga sudah pasti ada hadiah termasuklah emak, suami, anak-anak, anak saudara, kakak, abang dan saudara terdekat. Dan yang ada dalam diari aku sejak 10tahun yang lalu selain keluarga ialah bffku ;-) (weeiii ko baca tak entry nie???baca ok heheheh)

    Itulah dalamnya kasih emak dan sekarang aku sudah bergelar mama dan kasih itu sudah ku warisi di mana dalamnya kasih mama begitu jua dalamnya kasih emak padaku...Terima kasih emak....sayang emak sangat banyak....dan tiada dapat dilafazkan dengan kata-kata...Masa zaman kanak-kanak dulu, aku mana ada mainan princess, Ben 10, angry bird dan lain-lain yang aku beli untuk anak-anak aku seperti zaman sekarang ini.

    Memang aku tidak kisah menghabiskan duit aku untuk melihat anak-anak hendak apa yang mereka mahu..bukan bermakna aku memanjakan mereka..tetapi boleh aku tumpang main sekali hahahaha..maklumlah kecik-kecik dulu tidak merasa semua itu hehehe....tetapi aku tetap memilih permainan yang sesuai dengan perkembangan otak mereka.

    Beribu-ribu juga aku menghabiskan duit apabila berbelanja untuk anak-anak tetapi ini tidak bermakna aku memanjakan mereka tetapi apa yang aku beli sesuai untuk perkembangan otak mereka...sudah semestinya barang sekarang sangat mahal berbanding dengan zaman dulu-dulu. Kalau beli barangan kanak-kanak yang bersifat elektronik..memang mahal kan...tapi aku harap semuanya dapat membantu perkembangan otak anak-anak aku...

    Aku mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak aku dengan penuh keselesaan yang terdaya aku lakukan...biarlah ada orang kata aku memanjakan anak-anak dengan baju berjenama dan barang yang mahal tetapi bagi aku ada sesuatu rahsia disitu... dan ianya hanya aku yang rasai...;-)..dan aku mencari rezeki untuk memberi kebahagiaan kepada diriku, anak-anak, keluarga, kawan-kawan dan masyarakat yang memerlukan..insyaAllah...dan semua itu hanya aku yang rasa....tidak perlu dikongsi di sini..;-)..semoga anak-anakku menjadi orang yang berjaya hidup di dunia dan di akhirat.

    Sebagai anak emak...dariku kecil sehingga dewasa aku akan ikut ja setiap apa yang emak suruh dan nasihatkan dan setiap nasihat emak itu memang sangat berguna dan aku akui ada kebenaran walaupun kadang-kadang pemberontakan jiwa berlaku..hehehe

    'Hang nie manja betoi..itupun nak kasi tau emak hang ke?' ini dialog kawan aku masa aku mula-mula graduate dulu dan bekerja di Kuala Lumpur pada akhir tahun 90an...waktu itu kawan aku ajak ke Sogo ada sale...tetapi hendak keluar selepas waktu bekerja dan sebelah malam...aku kata ok jer dengan syarat emak aku izinkan...'Mak hang kat kampung kan...' kawan aku agak stress gak la...sebab sewaktu aku telefon emak aku...tiada berangkat dan oleh sebab itu aku mengambil keputusan tidak keluar. hehehe....makanya perancangan untuk shopping pada hari itu dibatalkan. Minta maaf anak mak biasalah hehehe

    Kesian gak kawan aku tetapi bagi aku keizinan emak itu lagi penting dari segalanya dan sehingga sekarang pun aku sentiasa mengamalkannya. Aku dari kecik sudah dididik...ke mana aku hendak pergi..apa aku hendak buat, semuanya aku beritahu emak...termasuklah siapa kawan-kawan aku? siapa yang ngorat aku masa di sek?hehehe apa aku buat di sekolah? apa yang aku suka? artis mana aku minat? buku apa aku suka baca dan semuanya...memang aku tiada rahsia dengan emak...dan emak memang tahu aku sangat suka menulis, melukis, mencipta sajak dan mendeklamasikannya di sekolah dan paling utama aku sangat suka sukan sehingga ke hari ini...;-)

    Emak sudah maklum perangai aku dari kecik...aku suka menghabiskan masa aku dengan buku (komik, cerpen, novel, majalah dan buku pelajaran (buat kerja sekolah hehehe), dengan lukisan dan dengan album-album yang di dalamnya ada gambar keluarga, kawan-kawan dan gambar artis mana yang aku suka. Sebenarnya emak adalah sahabat aku yang paling rapat...dan sehingga kini emak sentiasa menganggap aku kanak-kanak kecik...dah mandi ke belum? sudah makan ke belum? sudah sembahyang ke belum? dan Alhamdulillah semuanya aku tahu untuk kebaikan aku dan aku bersyukur kerana emak sentiasa menyayangi aku sangat dalam.

    Masa aku mula-mula mendapat tawaran ke IPT..rasa nak pengsan dunia ini..kosong tanpa emak disisi..siang malam aku menangis tetapi aku bersyukur kerana di dalam perjalanan hidup aku ini aku dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sangat baik iaitu korang yang sentiasa memberi aku semangat dan dorongan untuk aku berjaya sehingga aku berjaya berada di tahap sekarang ini. Dari sudut hati kecilku, ku akui semua kejayaan ini adalah atas dorongan emak, keluarga , kawan-kawan dan insan-insan yang hadir dalam hidupku dulu kini dan selamanya.

    Aku ingin mengarang lagi panjang tetapi masa sangat mencemburui aku...hobi aku ini...aku curi-curi masa sahaja...sebab aku sangat banyak komitmen....apa-apa pun di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada bonda tersayang kepada kawan-kawan, artis-artis yang membaca blog aku nie...(kalau baca la...hehehe)...

    Sebenarnya aku tidak kisah orang selalu kata aku anak emak..memang arr aku anak emak kan kan..hehehe...sekarang ada dua orang adik dalam rumah aku...diri aku sendiri dan anak aku...hehehe...ok le tu....

    P
    uisi untuk Bonda (2012)


    Bonda...di dalam kemelut hidup
    Yang dilalui ianya sentiasa segar
    Di dalam satu kelahiran....
    Sentiasa mengingati setiap detik itu..
    Apabila diri ini bergelar mama...

    Kita melalui satu keperitan kesakitan
    Satu kelahiran..senyuman tetap terpancar
    kebahagian Kedamaian dan kekuatan
    Untuk kita terus hidup...Demi anak-anak...

    Bonda....di dalam perjalanan ini..
    Ku panjatkan doa kepada Allah...
    Agar kita masih berpeluang untuk melalui
    Saat-saat yang penuh bahagia...
    Dipanjangkan umur di dalam melalui setiap detik
    Menambahkan Amalan kepada Allah
    Dan ku ingin sentiasa membahagiakanmu

    Bonda...disudut hatiku ini..
    Penuh kasih sayang untukmu...
    Dan semoga Allah sentiasa merahmati hidup kita...
    Bahagia hidup di dunia dan akhirat...

    Bonda...ampunkan segala dosa..
    Andai di sudut hati kecilmu..
    Terguris sesuatu....agar hidup ini
    Sentiasa diberkati...
    Selamat Hari Ibu Bonda....

    Kasihnya Mama

    Sedalam mana...kasihnya mama....
    Semurni mana...sayangnya mama...
    Jangan ditanya...jangan diujinya..
    Tiada pengukur kasihnya mama…

    Lihatlah ke dalam anak mata mama...
    Lihatlah seraut wajah mama....
    Di situlah tersimpan segala....
    Betapa dalamnya kasih mama…

    Jika kau rasa...sentuhan mama..
    Jika kau rasa...belaian mama...
    Jika kau rasa ciuman mama..
    Dapat kau teka...sayangnya mama..
    .
    Jika kau rasa...resah risaunya mama..
    Jika kau rasa…takutnya mama…
    Jika kau rasa…gelisahnya mama…
    Bila dikau dilanda duka…
     Disitulah dalamnya kasih mama….

    Jangan ditanya...kasihnya mama..
    Teramat dalam…Kasihnya mama…
    Tidak perlu kau mengujinya...
    Kasih sayang mama hingga ke Syurga...
    Anak-anak mama…
    Kasih sayang mama hingga ke Syurga

    Bicara Buat Emak

    Di wajahmu dimatamu..
    Tersimpan sejuta rasa..
    Kemanisan, kepahitan, keresahan
    Dan hati ini tidak mampu memahaminya
    Tidak mampu menerokainya
    Setiap rasa kerana semuanya tersembunyi 

    Di sebalik kasih sayang emak...
    Ku masih ingat..di waktu kecilku..
    Kau sentiasa inginkan aku jadi sempurna...
    Tidak merasa sesuatu pun kekurangan..
    Sanggup berkorban segalanya.. 

    Demi melihat keceriaan diwajah ini..
    Demi melihat aku berjaya...
    Demi melihat aku gembira...
    Sanggup melalui keperitan hidup
    Sanggup melalui segala kesusahan

    Andai tidak mampu memberikan
    Sesuatu yang kumahu..
    Redup wajahmu…masih terselindung…
    Tidak mahu ku rasa ku teka
    Gelora hati emak…


    Emak..maafkan diri yg kerdil ini...
    Dari kecil hingga dewasa...
    Pemberontakan jiwa..
    kesabaran Sentiasa menguji kita..

    Ampunkan segala dosa ...

    Tidak mampu membalas jasamu..
    Tidak mampu meneroka setiap rasamu..
    Tidak mampu merasai setiap deritamu…
    Tidak mampu ku menilai setiap resahmu 

    Mohon ampun emak...
    Jika diketika melalui peningkatan usia..
    Jika diketika diri sendiri bergelar mama…
    Masih belum ku memahaminya..
    Sungguh dalamnya makna seorang ibu…


    Ragam bicara riak mukaku
    Kekadang melukai rasamu...
    Membuatkan hatimu terguris
    Ampunkan segala dosaku emak... 

    Bak kata emak...biar apa orang kata..
    Yang penting apa yang emak kata..apa yang emak rasa..
    Kerana syurga di bawah telapak kaki emak..
    Hanya kita yang memahami dan melaluinya...
    Sayang pada emak...sangat banyak.. Terima kasih emak...

    2 comments:

    muza said...

    anak manja...anak manja..anak manja hehehe

    akuemma said...

    hehehe...anak manja pun bff hang jugak hahaha....