Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Saturday, 29 February 2020

    Doakan saya maafkan saya

    Salam Jumaat semua ...Assalamualaikum...

    Kata-kata motivasi pagi ini peringatan diri sendiri dan dikongsi jika berguna...😍😘

    'Kalau orang ada buat sesuatu yang merasakan ianya salah dan sebagai sahabat ingin menegurnya tetapi perlu kaedah dalam komunikasi berkesan 2 hala agar keharmonian itu wujud...bukan belasah ikut suka hati kita ja sebab tidak semua orang boleh menerima secara terbuka sekiranya kita menegur pun secara terbuka..namun jika menegur tidak berkesan..berdoa secara tidak diketahui olehnya hanya awak dan Allah..itu adalah terbaik sekiranya kita sayangkan orang yang ingin ditegur agar Allah sentiasa memberi yg terbaik dalam hidupnya... insya'Allah nikmat doa itu akan mendidik keperibadian kita juga di dalam mendalami jiwa orang lain dan jangan sesekali menegur seseorang yang boleh mengaibkan samada  cara kasar atau cara baik serta secara terbuka tapi jika kita merasakan perlu ditegur carilah kaedah yang paling berkesan agar ia betul2 dapat dihayati dan diterima baik buruknya sesuatu teguran itu..anda lebih tahu kerana orang yang hendak ditegur itu semestinya orang yang anda kenal dan sayang..tetapi jika tidak kenal atau rapat..doakan adalah senjata terbaik kerana Allah mendengarnya🤗😍...'

    'Kalau dengan orang pun berkira serba serbi di dalam berkomunikasi atau apa saja...Jangan pelik kalau tiba-tiba orang yang sentiasa buat pelbagai untuk anda dan suatu ketika dia akan pergi  kerana sebenarnya setiap orang pun boleh berkira jika kita sangat berkira orangnya...' -😍😘

    'Simpan dan sembunyikan kebaikan yang telah  kau lakukan sebaik mungkin sebagaimana engkau telah menyembunyikan aib engkau yang tidak mahu diketahui oleh orang lain...biarkan Allah yang menilai setiap kebaikan yang telah engkau lakukan walaupun sebesar zarah dan sebaliknya.'

    PenawarMembentukJiwaYangRapuh😥
    RapuhnyaJiwaYangLemah😪

    Doakan saya maafkan saya...

    No comments: