Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Wednesday, 23 November 2011

    Aku Ko KITA



    Salam Datin n kakak ;-)....sebenarnya aku dengan ko ni banyak sangat perancangan...ada yang jadi...ada yang tidak hehehe tetapi aku sangat suka setiap kali rancang sesuatu aktiviti dengan ko....kebanyakannya jadi kalau tak jadi sebab suratan atau kebetulan aja hahaha...

    Dalam hidup ini banyak yang berlaku secara kebetulan tetapi mungkin juga suratan kuang kuang kuang...apa-apa pun sesuatu yang berlaku secara dirancang adalah yang terbaik...tetapi kalau yang dirancang tidak jadi...bukan bermakna kita gagal melaksanakan rancangan kita tetapi masih belum ada peluang dan masa itu emas bagi kita bertiga yang sememangnya wanita tersibuk sekali hehehe...apa-apa pun jika rancangan pelancongan kita itu gagal...itu maknanya sasaran tahunan tidak berapa nak sampai...kita rancang pula tahun depan...yuhuuuuu!

    Memang sangat best melancong dengan ko dan kakak...semuanya masih segar dalam ingatan dan ku saja letakkan latar belakang gambar kita bertiga ini dengan warna-warna pelangi....ko tau tak???Persahabatan kita umpama warna pelangi....cantik dan berseri hehehe..poyo jerk ayat!hehehe

    Lagipun warna pelangi ini melambangkan banyak lagi impian pelancongan kita yang belum tercapai....dan passport pun dah nak sampai tempoh tamat hahaha...walaupun sorang di Utara sorang di Selatan dan sorang di Timur..semua itu bukan halangan untuk kita merancang kan...sebelum ini pun sama aja...sorang di Sempadan Laut Cina Selatan pun sampai juga ke KLIA hehehehe...

    Untuk tahun-tahun yang akan datang...kita akan merancang dan terus merancang agar akhirnya kita berjaya menjejaki kaki kita ke seluruh dunia...yuhuuu!!!hehehe ...apa-apa pun kehadiran korang umpama pelangi dalam hidup aku sentiasa mewarnai warna-warna kehidupan dulu kini dan selamanya...memang setiap saat minit jam masa berubah tetapi insyaallah selagi hayat dikandung badan..kenang daku dalam doamu...yeehaaa!!

    Salam ingatan selamanya....sehingga kita berjumpa lagi di destinasi pelancongan yang akan datang heheheh....kumpul duit dulu yea...hahahaha...semoga ko aku KITA akan jadi sahabat sejati selamanya.....;-) adiossssssssssss

    Datin...ko hadir dalam senario persahabatan aku di saat aku betoi2 rasa penuh kekecewaan tika dan saat itu...rasa tidak tahu ke mana arah untukku meluahkan segala kekecewaan dihati..walaupun diwaktu itu, dibibirku masih tersenyum tetapi sesungguhnya hati aku begitu ingin menangis tetapi aku tidak tahu nak menangis dengan siapa..huhuhu

    Mungkin mudah untuk kita mengatakan kita boleh menangis dengan sesiapa sahaja yang kita suka tetapi tidak bagi aku...airmata ini terlalu mahal untuk aku titiskan di merata-rata tempat....tika itu aku bagaikan patung yang bernyawa...sedihhhhhh hehehe...

    Waktu itu, aku menghabiskan separuh dari masaku di padang bola..melompat bersama kawan-kawan dari satu peringkat ke satu peringkat..tetapi waktu itu aku bagaikan patung..ianya bergerak tetapi hatiku kosong waktu itu....waktu itu aku ketawa tetapi sebenarnya ketawa yang tiada jiwa....;-)

    Selain bola aku juga menyibukkan diri aku dengan olahraga...waktu itu aku ingin lari sepuas-puasnya dan lari sejauh-jauhnya agar aku akan lupa segala masalah..malangnya pecutanku itu tetap ada penamatnya..kerana larian aku hanya 100M, 200M, 400M dan 1500M....tetap berhenti....huhuhu

    Sampailah satu saat ko dengan poyonya hadir dalam hidup aku hehehe..aku sebut poyo sebab waktu ko hadir itu memang sangat poyo hahaha...terima kasih sehingga ke infiniti untuk itu Datin heheheh kerana disaat aku ingin menangis sepuas-puasnya ko hadir dan buat aku ketawa sepuas-puasnya sehingga aku lupa segala masalah ketika dan saat itu....sebab itulah ko sangat istimewa di mata aku....kuang3...;-)

    Kakak...persahabatan kita sebenarnya...sepatutnya sudah lama kita bersahabat hehehe sewaktu kita sama-sama di dalam satu Kampus dulu tetapi malangnya waktu itu siapa lah aku di mata mu hahaha seorang junior yang sebelah mata jerk komander pandang hahahah...sedangkan waktu itu ko super super senior hehehe aku pula paling junior ketika itu...apa-apa pun ku menang kawat kaki ok Johan!!!yuhuuu hehehe

    Dan aku masih teringat lagi betapa ramainya junior yang ingin sangat baik denganmu..maklumlah mu sangat glamer ketika itu hehehe....tapi aku seperti biasa aku dan bluesss...

    Aku dengan kehidupan aku yang penuh selamba menjalani kehidupan kampus yang sangat best ketika itu..maklumlah...zaman gila-gila remaja kan...sangat indah...tempat lepak aku seperti biasa di bilik TV dan melepak sana sini....aku tidak pasti cerita pasal ko kakak...apa yang aku tahu...ko sangat glamer hahahahah ;-p

    Waktu di kampus sangat best....aku pula jenis yang study last minit....so agak kelam kabut juga la pembelajaran aku ketika itu tetapi aku selalu ditakdirkan dengan sahabat-sahabat yang sangat baik..yang selalu memotivasikan diri aku...waktu itu, paling serius sekali...aku suka jadi sang perindu..menangis rindu bonda tercinta di kg huhuhu...

    Aku ditakdirkan bertemu sahabat yang sudi menangis ketika aku gagal kuiz...hehehe...aku relax jerk tapi sahabatku itu yang menangis...ia sangat menyentuh perasaan aku yang sememangnya berjiwa..hati ada taman ini hehehe...terima kasih sahabat untuk itu...kau jua sudi meraikan kejayaan aku tanpa rasa sedikit dengki pun walaupun markah aku lebih tinggi dari kau...itulah istimewanya sahabat-sahabat aku di alam kampus....

    Sebenarnya waktu di Kampus, memang hati dan fikiran aku sentiasa teringat bonda di kampung....setiap apa yang aku lakukan aku teringat bonda sehinggalah kawan-kawan menjadi tulang belakang aku yang paling kuat di kampus...terima kasih untuk itu sahabat....aku banyak bercerita pasal sahabat sebab aku sangat menghargai kalian dalam senario kehidupan aku...dan sudah pastinya sahabat yang akan membaca blog aku ini ehehehe...

    Setiap kali cuti semester, aku tidak akan menghadiri segala aktiviti yang kampus anjurkan, apa yang aku nampak kampung halaman...sawah padi terbentang luas dan yang paling penting aku nampak seraut wajah bonda yang menunggu kepulangan aku..sudah tidak bermakna aktiviti sukarela yang kampus anjurkan walaupun aku sangat berminat dengan aktiviti-aktiviti lasak itu.....hehehe

    Sebab itulah kalau jodoh tidak ke mana kan...akhirnya aku berjumpa kakak di CM Kuala Lumpur hahahah....sangat kelakar waktu itu....dan asal usulmu dari Rawang...sangat menarik di mata aku sebab sama ngan Erra Fazira hehehe....sebenarnya masa kat kampus dulu pun satu kampus tahu pasal Rawang mu itu...sangat glamer Rawang ketika itu..sebut jerk Rawang semua dah tahu..itulah kamu heheheh..

    Sokongan kawan-kawan juga adalah sangat penting dalam melalui sebuah kehidupan...oleh itu, sentiasalah berdoa agar kita semua bertemu dengan sahabat-sahabat yang baik, yang sentiasa menyokong kita bila kita kecewa dan gagal...dan sahabat yang sama-sama bergembira apabila kita berada di puncak kejayaan. Kerana sahabat adalah orang-orang yang berada disekeliling kita...ada atau tiada bergantung kepada diri kita sendiri...Terima kasih sahabat!!!!!KO AKU dan KITAAAAA..........;-)

    No comments: