Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Friday, 1 November 2019

    Hati kita itu mahal tidak ternilai


    Hari Jumaat dan Sabtu sahaja...anak-anak mesti ajak makan roti canai di sini dari mereka kecil sampai sekarang..kira pakcik makcik kedai ni kenal dah kami ni hehee tapi mama ikutkan aja anak2...jumaat sabtu ja mama dapat luangkan masa sepenuhnya dengan anak-anak...😍❤️πŸ’žπŸ˜˜

    Kerjaya mama kadang2 sampai ke pagi pun ada masuk kat e-mel dan whatsap..memang niat dihati nak jawab esok ja tapi hati tetap berkata memudahkan urusan orang insya-Allah ..Allah akan memudahkan urusan kita..selain teknikal, kena urus sumber kadang-kadang macam kaunselor untuk sumber manusia yang ada kaitan ...memang kerja dalam organisasi yang  besar ini agak stress dengan pelbagai emosi dan situasi tetapi berbekalkan pegalaman semangat dan kekuatan jiwa yang kadang-kadang rapuh πŸ˜”mengingatkan aku bahawa buat sehabis baik untuk semua kerana Allah dan demi amanah yang dipikul...

    Bukan sahaja dari segi teknikal, kita kena tahu malah pelbagai segi kita kena tahu samaada diperingkat tertinggi hingga ke akar umbi....namun berbekalkan semangat kerja yang telah dikutip selama 20 tahun berkhidmat dan 5 organisasi. 

    Kekuatan jiwa yang ada ini kadang kalanya rapuh namun setiap hari cuba ingatkan bahawa setiap amanah itu perlu diambil secara positif untuk memantapkan jiwa.Di dalam urusan kita seharian kita bertemu dengan pelbagai manusia..ada yang memahami dan ada yang tidak pernah memahami langsung disitu akan wujudnya konflik dalaman dan menjadikan hati kita dibayangi dengan pelbagai perasaan yang menyebabkan gangguan emosi serta keseronokan dalam kerjaya terganggu. Pemantapan jiwa yang kuat dan hati yang ikhlas  adalah sesuatu yang menjadikan kita kuat untuk menghadapi segala masalah dlm satu situasi dinamakan kerjaya...

    “Jika kamu tidak memahami seseorang dalam semua keadaan, maka kamu tidak akan pernah memahaminya sampai bila-bila.”-Situasi insan tidak sama... cara kamu senyum pun tidak sama inikan kehidupanπŸ˜„πŸ˜‚πŸ˜¬πŸ˜πŸ˜πŸ˜†πŸ˜…πŸ˜‡πŸ˜‰πŸ˜‹πŸ˜‡πŸ˜šπŸ˜›πŸ€—πŸ˜ŽπŸ€“

    Pesanan seseorang yang sangat hebat yang aku mula anggapnya mentor ❤️πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻
    'Airmata Mengalir Di Dalam.. Senyuman di luar.'

    Walau sebaik.. sebagus mana pun... yang anda telah lakukan dengan terbaik..sekuat mana anda telah berusaha untuk menjadi terbaik..namun anda masih tidak cukup baik bagi mereka yang tidak mengerti dan memahami anda..Jadi buatlah sesuatu dengan seikhlas hati demi melaksanakan amanah.. insya'Allah perasaan anda akan menjadi lebih tenang dan Allah akan mudahkan semuanya..


    Hati kita itu mahal tidak ternilai. Jangan biarkan rasa benci, iri, dengki dan semua perasaan negatif membuatnya menjadi tidak berharga...ikhlaskan sepenuhnya dalam setiap apa yang anda lakukan..nescaya segala perasaan negatif itu akan menjauhi dari diri anda...dan Allah akan membantu mempermudahkan semua urusanmu walaupun ia terlalu berat.. insya'Allah..❤️.

    “A smile is the lighting system of the face, the cooling system of the head and the heating system of the heart.” ❤️

    'Airmata mengalir Di Dalam..senyuman di luar 'πŸŒΉπŸ˜‰πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜¬rupanya itulah ayat yang selama ini saya cari untuk memberi semangat pemantapan jiwa yang hebat ❤😘dan  ayat itu semestinya datang dari insan berjiwa hebat😍 dan secara tanpa disedari..dialah mentor saya. Tidak perlu saya mention siapa dia..sebab siapa yang pernah melontarkan ayat ini..nescaya dia akan tahu...itu adalah dirinya....mentor dalam menjadikan kerjaya dan jiwa saya sehebat beliau.. insya'Allah.πŸ˜‰πŸŒΉ

    Coretan Luar Biasa
    -Emma
    πŸ˜„πŸ’žπŸ˜

    Pesan ustaz, "Jadilah orang yang redha seakan-akan engkau memiliki segalanya, jadilah orang yang punya impian seakan-akan engkau belum pernah mencapai apapun dan jadilah orang yang bahagia seakan-akan engkau tidak merasakan kesusahan dan kesedihan yang dapat menghilangkan senyumanmu."

    Aku teringat zaman sekolah rendah dulu...

    Aku bersyukur..sepanjang usiaku...aku sentiasa dikelilingi oleh insan-insan penyayang, baik, hebat, mengambil berat dan sentiasa bertemu dengan insan-insan yang sentiasa membahagiakan dan memberi aku semangat untuk terus maju...walaupun kadang kala aku bertemu dengan orang yang sebaliknya namun itu kekuatan untuk memberi ruang aku kenal erti kegagalan kesabaran ketabahan..

    No comments: