Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Wednesday, 15 May 2013

    Khasiat Epal Hijau


    EPAL HIJAU..mengandungi banyak khasiat

    (Artikel ini search dari internet k...ambil dari internet..insyaallah semoga Allah sentiasa memberikan kita semua kesihatan yang baik...)

    Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
    • Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
    • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
    • Membantu kesihatan membran paru-paru.
    • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
    • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
    • Membantu mengekalkan berat badan.
    • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
    • Mengurangkan risiko barah.
    • Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
    • Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
    • Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

    Saturday, 4 May 2013

    Raket Papan+bulu tangkis getah bulat

    Hari ini aku nak bercerita mengenai satu permainan yang dinamakan badminton.

    Memang tidak dinafikan dari kecik aku telah bermain badminton tapi korang nak tau tak??masa itu aku tak guna raket dan bulu tangkis macam kat atas tu tau....aku tak guna yang ini... tapi pada awal umur aku di antara 7-12tahun...aku dan kawan-kawan sepermainan aku menggunakan papan sahaja sebagai raket dan bulu tangkis...kita orang ambil getah sekerap yang sudah dibekukan...kami bulatkan dan buat bentuk macam bulu tangkis....aku tidak dapat nak tunjukkan sebab yea arr dah lama kan raket papan aku tu...masa tu takda pulak kamera nak ambil gambar buat kenang-kenangan. 

    Sekarang??korang nak suruh aku buatkan??hmmm tak dapatlah...sebab sekarang getah sekerap pun aku jarang tengok dan malas pun ada....buat apa susah-susah semata-mata nak letak kat blog ini hehehe..korang bayangkan sendiri k...jomm bayangkan raket papan dan bulu tangkis getah bulat....hehehe

    Aku mula-mula melibatkan diri dalam permainan badminton memang dari kecik tapi aku tak serius. Kat sekolah pun tiada permainan ini...yang ada olahraga dan bola jaring sahaja. Makanya aku dan kawan-kawan sepermainan main badminton dengan cara tersendiri...tanpa guru...masa kecik-kecik...aku suka berkawan dengan budak lelaki...dan majoriti kawan-kawan sepermainan aku memang budak-budak lelaki...dan mereka ajar aku cara-cara hendak memukul bulu tangkis dan bagaimana peraturan bermain badminton. 

    Kami buat gelanggang sendiri dengan menggunakan tali dan batang kayu sahaja. Dan budak kampung sudah tentulah gelanggang kami di atas tanah yang telah kami jadikan garisan-garisan tertentu dengan menggunakan akar kayu sahaja. Model gelanggang badminton tersebut kami pelajari sikit-sikit dari pemerhatian permainan badminton yang sering ditayangkan di dalam televisyen pada masa itu. Pada waktu itu televisyen pun hitam putih sahaja. 

    Kawan-kawan lelaki sepermainan aku...pandai dan cekap berbanding aku yang terkial-kial...maklumlah tak tau peraturan...tapi kelebihan aku ialah aku lincah dan susah nak letih...yea laa...budak olahraga kan...hehehe tapi kalau setakat lincah sahaja tak tau peraturan pun nak buat apa kan....itu saat awal penglibatan aku dalam permainan badminton.

    Selalunya kami akan bermain pada waktu petang selepas balik mengaji petang atau sekarang dikenali sebagai KAFA. Maknanya dalam pukul 6.00petang itupun kalau mak izinkan...hehehe..kadang-kadang banyak kerja sekolah, makanya kena buat kerja sekolah dululah....sebab malam selalunya kena tidur awal.

    Kemudian...kalau tidak silap aku laa...semasa aku darjah enam baru aku pegang raket dan bulu tangkis macam ni...wahhhhh!!!!ringannya berbanding papan hehehehe


    Waktu itu, permainan badminton sekadar suka-suka sahaja di sekolah dan bukan dijadikan sebagai permainan untuk bertanding di peringkat sekolah dan sebagainya. Begitu juga semasa aku di peringkat menengah. Hmmm...masa sekolah menengah aku dikategori sebagai pelajar cemerlang dan aku jarang menceburi di dalam bidang sukan. Masa aku banyak dengan buku. Tetapi sukan bolajaring dan olahraga aku tetap wakili sekolah dan daerah.  Pada waktu itu terpaksalah aku bahagikan di antara pelajaran dan sukan dan alhamdulillah semuanya lancar walaupun kadang-kadang guru-guru bising bila tidak sempat menyiapkan kerja-kerja sekolah kerana terlalu banyak latihan dan keletihan hehehe...Sukan badminton ku tinggalkan begitu sahaja...

    Semasa sekolah menengah...aku dah tak pegang langsung raket samaada raket papan atau raket yang seperti di atas hehehe...kawan-kawan sepermainan aku pun dah berubah...aku dah ramai kawan perempuan berbanding kawan-kawan lelaki...faktor umur yang menyebabkan batas-batas pergaulan itu kena jaga. Aku pulak anak mak...faham-faham aje la hehehe...tapi sampai sekarang kami semua menjadi sahabat yang terbaik...setiap kali raya kami akan berjumpa...dan tuan rumahnya...aku la!

    Masa di alam kampus pun..aku tidak terlibat dengan badminton..cuma pada waktu itu aku teringin sangat nak bermain tenis...tapi aku tak da duit nak beli kayu tenis tu..mahal beb!!!masa itu..duit aku gunakan untuk yang berkaitan dengan pengajianku sahaja. Makanya impian itu terpendam sehingga ke hari ini..sekarang memang aku mampu nak beli kayu tenis tu..tapi aku dah malas...dan yang paling penting...aku mana reti main tenis!!!tak pernah main langsung tenis hehehehe (Sapa nak ajar aku main?heheheh).
    Aku ada seorang Prof. Madya merangkap sahabat baik aku sangat pandai bermain tenis dan mewakili U untuk pertandingan tenis tersebut dan selalu bergelar johan. Aku memang berminat tetapi aku rasa malu pulak hendak bermain tenis dengan dia. Aku budak baru belajar. hehehe...Jadi aku pendamkan sahaja hehehe...Ok kita tinggalkan dahulu permainan tennis ini...nanti aku cerita impian aku itu di post yang lain...ini post raket papan ok hahahahah iklan banyak sangat laaa....

    Selepas aku tamat pengajian di alam kampus dan aku telah memasuki alam pekerjaan. Barulah aku betul-betul terlibat dengan permainan badminton yang melibatkan pertandingan. Itupun gara-gara bff aku hehehe...nanti aku cerita kat post lain...sebab post ini ialah raket papan!!!hahaha raket yang sebenar aku cerita kat post lain!!!tapi semuanya gara-gara ko arrr aku terlibat dengan badminton dan masuk bertanding...hehehe...terima kasih bffku!!!hehehee

    Lukisan Hati

    Twittt!!!!Selain sukan...aku sebenarnya sangat suka melukis...bakat ini ianya hadir dengan sendirinya tanpa ku tahu sejak bila...chewah...hehehe...

    Tetapi yang pasti aku akan melukis di waktu jiwa aku tenang dan tidak berserabut....aku banyak melukis di zaman aku belajar...zaman kampus...zaman sekolah rendah dan menengah bakat ini tiada sangat....zaman sekolah rendah dan menengah aku suka melukis pemandangan sahaja....sebab lukisan cikgu suruh hehehe

    Zaman belajar artis kegemaran aku ialah Faizal Hussain dan Zamani Slam hehehe..aku pernah lukis gambar kedua artis yang aku minat ini....aku tengah mencari di mana yea potret yang pernah ku lukis dulu...kalau jumpa kita letak kat sini yea...;-)

    hmmm aku juga pernah melukis gambar Fauziah Latif dan ku hadiahkan kepada seorang sahabat yang sangat meminati Fauziah Latif...kira itu hadiah harijadi untuknya..oklah tu...masa tu tiada duit nak beli hadiah...so melukis potret hanya perlukan kertas dan pensel sahaja...apa isi hadiahnya tidak penting kan..yang penting ialah keikhlasan hehehe...yealah masa belajar dulu...susah dapat duit...apa-apa pun yang penting ikhlas ;-)

    Pernah juga lukis gambar Zamani slam dan hadiahkan kepada seorang sahabat sebab dia minat Zamani...eh!!!!sama la pulaks...hehehe kalau korang terjumpa Zamani Slam dan Faizal Hussain kirim salam yea....;-)

    Pernah juga melukis gambar keluarga dan sahabat-sahabat baik aku....apa-apa pun itu semua tinggal kenangan jer tau sebab sekarang hobi tu dah lama berlalu...zaman dan beranak pinak ini memang tidak sempat hendak buat itu semua...di zaman teknologi yang semakin berkembang maju selaras dengan perkembangan masa ini...aku lebih berminat dengan grafik...aku rasa kesinambungan daripada minat melukis yang ada pada aku...

    Jadi...kalau nak suruh aku melukis di waktu sekarang ini mungkin aura itu tidak berapa nak ada la hehehe..kalau suruh buat grafik insyaAllah tetapi apa-apa pun semua hobi ini dapat dilakukan jika ada masa...;-)

    Kali terakhir aku melukis potret ialah aku lukis gambar ko kan??(tuju kat bff aku...aku tau ko akan baca gak artikel ini sebab aku akan whatsap/emel ko suruh baca hahahaha) teruk toi kan bff ko nie...semua paksa ko..sampai artikel kat blog pun suruh ko baca ekekek..itulah dinamakan sahabat suka duka dan semuanya lah hehehe...

    Seingat aku arr...aku pernah lukis potret ko..yang ko kata kawan-kawan U ko cakap gambar tu ala-ala Julia Rais tapi aku kata eh!!macam Shiela Majid la..aku pun lukis arr gambar tu....dan ko lekat kat bilik di pejabat ko kan...hehehe..ko ingat tak??hmmm selalunye...ingatan aku lagi kuat dari ko....heheheh...Itulah potret yang terakhir kot aku lukis...

    Awet Muda

    Sebenarnya petua awet muda ini adalah datang dari dalaman seseorang itu. Dan pucuk-pucuk kayu macam ulam-ulam tu semua sebagai sampingan (makanan tambahan aje tu hehehe)

    Bagi aku la...kita akan sentiasa nampak tenang dan sejuk mata memandang atau dalam istilah lain sentiasa nampak muda berseri-seri sekiranya kita sentiasa melakukan perkara-perkara di bawah.

    1. Bersolat 5 waktu dan solat-solat sunat
    2. Memperbanyakan zikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
    3. Membaca Al-Quran
    4. Puasa Wajib dan Puasa sunat
    5. Berfikiran positif dan sentiasa tenang
    6. Tidak cepat marah 
    7. Sentiasa tersenyum

    selamat mencuba. InsyaAllah anda akan sentiasa nampak muda, tenang dan bercahaya kerana di wajah kita penuh dengan cahaya keimanan. Amin.


    SENYUM ITU SEDEKAH

    Senyumlah selalu...walaupun di saat kau sangat marah
    Senyumlah selalu...walaupun di saat kau sangat resah
    Senyumlah agar ia dapat merawat luka dihatimu...
    Senyumlah sebagai tanda kesyukuran ke atas ujian Allah..

    Senyum di saat suka dan duka...
    Senyum itu Sedekah..:-)

    Sebenarnya semua pesanan di atas untuk diri aku sendiri dan peringatan untuk diriku dan kepada sesiapa yang sudi membacanya hehee

    Hmmm memang kita akan merasa sangat marah sekiranya ada sesuatu yang tidak memenuhi apa yang kita fikirkan dan kehendaki terutamanya terhadap orang yang sengaja menaikkan kemarahan kita. Petua menahan diri dari perasaan marah. Kalau di pejabat, cepat-cepat pergi menunaikan solat...ambil air sembahyang dan kalau di rumah sekiranya sudah menunaikan solat...buatlah solat sunat atau petua paling best ialah tido..hehehe insyaAllah selepas bangun dari tido anda sudah rasa lebih tenang dan ketegangan tadi akan hilang dengan sedikit demi sedikit. InsyaAllah. Dan sekiranya anda tidak dapat hendak melelapkan mata anda...jomm kita membaca Al-Quran.:-)

    Petua Jika Mempunyai Tekanan Darah Rendah

    Sebenarnya aku memang tidak berapa arif sangat nama pokok-pokok tetapi kalau tidak silap aku, nama pokok ini ialah pucuk daun manis yang mana selalunya digunakan untuk membuat masak lemak atau masak air dengan ikan bilis.(menu ini memang kegemaran aku la...korang cuba rasa...memang sedap...dan yang paling penting pucuk ini dapat menaikan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah rendah, ini berdasarkan petua orang tua-tua ok. Kalau tidak menjadi itu bermakna Allah belum mengizinkannya. Tetapi kalau nak makan tidak menjadi masalah kerana pucuk ini memang digunakan untuk masakan harian.)

    Sekiranya kita rasa ianya dapat membantu, bolehlah dapatkan daun ini di pasar tani. Memang ada dijual bukan sahaja pasar tani di kampung-kampung tetapi semasa aku tinggal di Putrajaya selama bertahun-tahun, pucuk ini terdapat juga di Pasar Tani di Putrajaya tetapi jarang-jarang hehehe...apa-apa pun daun pucuk manis nie memang sedap dan aku suka!!;-)

    Rawatan Luka Ringan

    Daun Kapal Terbang..

    Aku tidak pasti korang panggil apa...tapi seingat aku la...dari kecik aku memang panggil daun ini daun kapal terbang..itu kampung aku la...kampung korang aku tidak pasti..mungkin korang panggil Daun helikopter hehee...

    Masa kecik-kecik dulu...aku dan kawan-kawan sepermainan akan bermain dengan daun ini untuk buat masak-masak dan sebagainya. Aku pun lupa...hehehe tetapi yang paling aku ingat...pada suatu hari...aku pernah terluka...terpijak batu kot...tidak ingat laa pulak terpijak apa hehehe...mak aku bagi tau...suruh aku pergi ambil daun ini.

    Cara-cara rawatan:

    1. Lumatkan daun ini dengan menggunakan air.(Masa tu aku guna tangan jerk untuk lumatan daun tu..biasa arr rock!!hahaha)-rasanya pernah juga aku gunakan air liur hehehehe
    2. Hasil air lumatan disapukan di tempat luka
    3. Dibiarkan seketika
    4. InsyaAllah darah akan kering dengan izin Allah
    5. Kalau luka parah, lebih baik pergi dapatkan rawatan doktor. Ini rawatan semasa aku kecik-kecik, maklumlah masa itu nak pergi jumpa doktor pun ambil masa. ;-)