Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Saturday, 4 May 2013

    Raket Papan+bulu tangkis getah bulat

    Hari ini aku nak bercerita mengenai satu permainan yang dinamakan badminton.

    Memang tidak dinafikan dari kecik aku telah bermain badminton tapi korang nak tau tak??masa itu aku tak guna raket dan bulu tangkis macam kat atas tu tau....aku tak guna yang ini... tapi pada awal umur aku di antara 7-12tahun...aku dan kawan-kawan sepermainan aku menggunakan papan sahaja sebagai raket dan bulu tangkis...kita orang ambil getah sekerap yang sudah dibekukan...kami bulatkan dan buat bentuk macam bulu tangkis....aku tidak dapat nak tunjukkan sebab yea arr dah lama kan raket papan aku tu...masa tu takda pulak kamera nak ambil gambar buat kenang-kenangan. 

    Sekarang??korang nak suruh aku buatkan??hmmm tak dapatlah...sebab sekarang getah sekerap pun aku jarang tengok dan malas pun ada....buat apa susah-susah semata-mata nak letak kat blog ini hehehe..korang bayangkan sendiri k...jomm bayangkan raket papan dan bulu tangkis getah bulat....hehehe

    Aku mula-mula melibatkan diri dalam permainan badminton memang dari kecik tapi aku tak serius. Kat sekolah pun tiada permainan ini...yang ada olahraga dan bola jaring sahaja. Makanya aku dan kawan-kawan sepermainan main badminton dengan cara tersendiri...tanpa guru...masa kecik-kecik...aku suka berkawan dengan budak lelaki...dan majoriti kawan-kawan sepermainan aku memang budak-budak lelaki...dan mereka ajar aku cara-cara hendak memukul bulu tangkis dan bagaimana peraturan bermain badminton. 

    Kami buat gelanggang sendiri dengan menggunakan tali dan batang kayu sahaja. Dan budak kampung sudah tentulah gelanggang kami di atas tanah yang telah kami jadikan garisan-garisan tertentu dengan menggunakan akar kayu sahaja. Model gelanggang badminton tersebut kami pelajari sikit-sikit dari pemerhatian permainan badminton yang sering ditayangkan di dalam televisyen pada masa itu. Pada waktu itu televisyen pun hitam putih sahaja. 

    Kawan-kawan lelaki sepermainan aku...pandai dan cekap berbanding aku yang terkial-kial...maklumlah tak tau peraturan...tapi kelebihan aku ialah aku lincah dan susah nak letih...yea laa...budak olahraga kan...hehehe tapi kalau setakat lincah sahaja tak tau peraturan pun nak buat apa kan....itu saat awal penglibatan aku dalam permainan badminton.

    Selalunya kami akan bermain pada waktu petang selepas balik mengaji petang atau sekarang dikenali sebagai KAFA. Maknanya dalam pukul 6.00petang itupun kalau mak izinkan...hehehe..kadang-kadang banyak kerja sekolah, makanya kena buat kerja sekolah dululah....sebab malam selalunya kena tidur awal.

    Kemudian...kalau tidak silap aku laa...semasa aku darjah enam baru aku pegang raket dan bulu tangkis macam ni...wahhhhh!!!!ringannya berbanding papan hehehehe


    Waktu itu, permainan badminton sekadar suka-suka sahaja di sekolah dan bukan dijadikan sebagai permainan untuk bertanding di peringkat sekolah dan sebagainya. Begitu juga semasa aku di peringkat menengah. Hmmm...masa sekolah menengah aku dikategori sebagai pelajar cemerlang dan aku jarang menceburi di dalam bidang sukan. Masa aku banyak dengan buku. Tetapi sukan bolajaring dan olahraga aku tetap wakili sekolah dan daerah.  Pada waktu itu terpaksalah aku bahagikan di antara pelajaran dan sukan dan alhamdulillah semuanya lancar walaupun kadang-kadang guru-guru bising bila tidak sempat menyiapkan kerja-kerja sekolah kerana terlalu banyak latihan dan keletihan hehehe...Sukan badminton ku tinggalkan begitu sahaja...

    Semasa sekolah menengah...aku dah tak pegang langsung raket samaada raket papan atau raket yang seperti di atas hehehe...kawan-kawan sepermainan aku pun dah berubah...aku dah ramai kawan perempuan berbanding kawan-kawan lelaki...faktor umur yang menyebabkan batas-batas pergaulan itu kena jaga. Aku pulak anak mak...faham-faham aje la hehehe...tapi sampai sekarang kami semua menjadi sahabat yang terbaik...setiap kali raya kami akan berjumpa...dan tuan rumahnya...aku la!

    Masa di alam kampus pun..aku tidak terlibat dengan badminton..cuma pada waktu itu aku teringin sangat nak bermain tenis...tapi aku tak da duit nak beli kayu tenis tu..mahal beb!!!masa itu..duit aku gunakan untuk yang berkaitan dengan pengajianku sahaja. Makanya impian itu terpendam sehingga ke hari ini..sekarang memang aku mampu nak beli kayu tenis tu..tapi aku dah malas...dan yang paling penting...aku mana reti main tenis!!!tak pernah main langsung tenis hehehehe (Sapa nak ajar aku main?heheheh).
    Aku ada seorang Prof. Madya merangkap sahabat baik aku sangat pandai bermain tenis dan mewakili U untuk pertandingan tenis tersebut dan selalu bergelar johan. Aku memang berminat tetapi aku rasa malu pulak hendak bermain tenis dengan dia. Aku budak baru belajar. hehehe...Jadi aku pendamkan sahaja hehehe...Ok kita tinggalkan dahulu permainan tennis ini...nanti aku cerita impian aku itu di post yang lain...ini post raket papan ok hahahahah iklan banyak sangat laaa....

    Selepas aku tamat pengajian di alam kampus dan aku telah memasuki alam pekerjaan. Barulah aku betul-betul terlibat dengan permainan badminton yang melibatkan pertandingan. Itupun gara-gara bff aku hehehe...nanti aku cerita kat post lain...sebab post ini ialah raket papan!!!hahaha raket yang sebenar aku cerita kat post lain!!!tapi semuanya gara-gara ko arrr aku terlibat dengan badminton dan masuk bertanding...hehehe...terima kasih bffku!!!hehehee

    No comments: