Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Saturday, 4 May 2013

    Awet Muda

    Sebenarnya petua awet muda ini adalah datang dari dalaman seseorang itu. Dan pucuk-pucuk kayu macam ulam-ulam tu semua sebagai sampingan (makanan tambahan aje tu hehehe)

    Bagi aku la...kita akan sentiasa nampak tenang dan sejuk mata memandang atau dalam istilah lain sentiasa nampak muda berseri-seri sekiranya kita sentiasa melakukan perkara-perkara di bawah.

    1. Bersolat 5 waktu dan solat-solat sunat
    2. Memperbanyakan zikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
    3. Membaca Al-Quran
    4. Puasa Wajib dan Puasa sunat
    5. Berfikiran positif dan sentiasa tenang
    6. Tidak cepat marah 
    7. Sentiasa tersenyum

    selamat mencuba. InsyaAllah anda akan sentiasa nampak muda, tenang dan bercahaya kerana di wajah kita penuh dengan cahaya keimanan. Amin.


    SENYUM ITU SEDEKAH

    Senyumlah selalu...walaupun di saat kau sangat marah
    Senyumlah selalu...walaupun di saat kau sangat resah
    Senyumlah agar ia dapat merawat luka dihatimu...
    Senyumlah sebagai tanda kesyukuran ke atas ujian Allah..

    Senyum di saat suka dan duka...
    Senyum itu Sedekah..:-)

    Sebenarnya semua pesanan di atas untuk diri aku sendiri dan peringatan untuk diriku dan kepada sesiapa yang sudi membacanya hehee

    Hmmm memang kita akan merasa sangat marah sekiranya ada sesuatu yang tidak memenuhi apa yang kita fikirkan dan kehendaki terutamanya terhadap orang yang sengaja menaikkan kemarahan kita. Petua menahan diri dari perasaan marah. Kalau di pejabat, cepat-cepat pergi menunaikan solat...ambil air sembahyang dan kalau di rumah sekiranya sudah menunaikan solat...buatlah solat sunat atau petua paling best ialah tido..hehehe insyaAllah selepas bangun dari tido anda sudah rasa lebih tenang dan ketegangan tadi akan hilang dengan sedikit demi sedikit. InsyaAllah. Dan sekiranya anda tidak dapat hendak melelapkan mata anda...jomm kita membaca Al-Quran.:-)

    No comments: