Sebenarnya aku memang tidak berapa arif sangat nama pokok-pokok tetapi kalau tidak silap aku, nama pokok ini ialah pucuk daun manis yang mana selalunya digunakan untuk membuat masak lemak atau masak air dengan ikan bilis.(menu ini memang kegemaran aku la...korang cuba rasa...memang sedap...dan yang paling penting pucuk ini dapat menaikan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah rendah, ini berdasarkan petua orang tua-tua ok. Kalau tidak menjadi itu bermakna Allah belum mengizinkannya. Tetapi kalau nak makan tidak menjadi masalah kerana pucuk ini memang digunakan untuk masakan harian.)
Sekiranya kita rasa ianya dapat membantu, bolehlah dapatkan daun ini di pasar tani. Memang ada dijual bukan sahaja pasar tani di kampung-kampung tetapi semasa aku tinggal di Putrajaya selama bertahun-tahun, pucuk ini terdapat juga di Pasar Tani di Putrajaya tetapi jarang-jarang hehehe...apa-apa pun daun pucuk manis nie memang sedap dan aku suka!!;-)
No comments:
Post a Comment