Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Saturday, 22 October 2022

    Didik Jiwa

     ❤️Zaman ITM Dihatiku❤️

    Zaman ITM adalah zaman terindah yang aku rasa terlalu banyak jika hendak ditulis. Di sini aku mengenal pelbagai erti yang mana inilah kali pertama berjauhan dengan emak dan keluarga tercinta. 

    Pantas masa berlalu setiap hari kerinduan bagaikan meronta-ronta di dalam hati namun nekad untuk berjaya tetap tersemat dihati demi pengorbanan emak yang banyak berjasa untuk melihat kejayaan aku. 

    Aku abaikan setiap perasaan yang ada agar ketabahan untuk aku meneruskan pengajian di sini dengan semangat yang tidak akan pernah pudar biarpun terasa susah juga dengan subjek yang baru hendak kenal selepas tamat pengajian menengah. Aku mulakan semangat baru demi sebuah kejayaan dan yang paling penting untuk kebahagiaan serta kegembiraan emak dan keluarga. 

    Disini juga bermulanya episod silaturrahim sebuah persahabatan sejati dan bermulanya  episod berdikari. Dan alhamdulillah, aku dipermudahkan oleh Allah bertemu dengan insan-insan yang baik bermula dari Pensyarah sehingga kepada kawan-kawan…senior, junior dan rakan seperjuangan bersahabat seperti adik beradik sendiri. 💕

    Setiap destinasi hidup kita Allah sudah susun dan atur. Sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah dan zaman kampus aku cuba sematkan dihati aku dengan kata-kata motivasi..sebab itu aku suka mendengar lagu Fauziah Latif yang mana lagu-lagunya banyak memberi nasihat dan juga lagu-lagu Azian Mazwan Safwan. Waktu itu aku pelekat di buku dan tempat belajar aku. Hehehe terutama lagu ‘Rumah Kecil Tiang Seribu’ dan ‘Dari  Kaki Tangga ke Menara’ .

    Persekitaran yang dikelilingi oleh kata-kata yang memberi semangat dan menaikkan semangat dan bukan menjatuhkan. Terasa jiwa  tidak gemar dengan mana-mana situasi yang memandang rendah orang lain, menghina, mengaibkan, mengumpat dengan sikap ego dan membanggakan diri serta menjatuhkan semangat orang lain. Semoga Allah sentiasa memelihara sifat-sifat itu dan jauhi dari situasi seumpama itu kerana ia umpama ulat yang membusuk di dalam daging yang cantik. Terapkan dalam diri dengan kata-kata motivasi yang mampu membakar semangat juang. Itu aku sejak kecil dan bukan sekarang dan aku rasa bahagia dengan setiap apa yang aku tulis. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri agar jiwa aku diterapi dengan jiwa seperti itu. Dikongsi jika siapa yang membaca nya terasa memberi semangat dan terapi.Penerimaan setiap orang tidak sama kerana Allah menjadikan kita dengan sifat yang berbeza-beza tidak akan sama. Itu hakikat! Setiap hari didik jiwa untuk berubah diri menjadi lebih baik. Bantulah hati ini Ya Allah..❤️

    ❤️Kita memiliki 2 pilihan sepanjang hayat. Sakit kerana ingin berubah atau sakit kerana tidak berubah.Apa yang perlu kita berubah tepuk dada tanya selera kerana setiap kita tahu siapa diri kita di mana perlu baiki dan yang mana perlu kekalkan. Atas masing-masing..sehingga lah ke nafas terakhir kita..terima kasih kepada Allah kerana memberi kita peluang untuk berubah..

    ❤️ Kita menjadikan dunia ini lebih baik dengan perubahan diri sendiri menjadi lebih baik bukan merubah orang lain mengikut acuan kita kerana setiap orang mempunyai acuan kebaikan tersendiri yang kita tidak akan pernah tahu niat dan fikiran orang lain kerana destinasi hidup seseorang perjalanannya berbeza-beza.Tuailah apa yang kita telah tanam sebaiknya untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk bekalan di akhirat jua.Kita merupakan arkitek masa depan kita di mana kita tidak boleh mengawal apa yang berlaku pada diri kita namun kita boleh mengawal sikap kita apabila sesuatu perkara terjadi. Dan kita tidak akan pernah dapat mengawal orang lain namun kita dapat mengawal diri sendiri. Usahlah kita menjadi api untuk menambah kepanasan orang lain.

    ❤️ Kita tidak perlu menguruskan masa kerana masa tetap berputar dan berdetik tanpa henti 24 jam sehari. Apa yang perlu kita lakukan ialah menguruskan diri kita sendiri dengan sebaik mungkin di dunia ini dan fokus utama semuanya menjurus kepada satu tujuan iaitu untuk bekalan di akhirat. Kita yang menentukan sama ada diri kita hendak menjadi bertambah kuat atau lemah dengan kata-kata jati diri dalam jiwa kita tanpa memperdulikan persekitaran yang mungkin menyakitkan. Abaikan dan berdoa agar kita semua mendapat rahmat dari Allah dan berlapang dada untuk memberi maaf dan memaafkan serta memohon keampunan Allah ke atas dosa-dosa kepada orang lain.

    💕ITM Dihatiku💕

    Thursday, 20 October 2022

    Bersedekah

    Assalamualaikum dan salam Jumaat💕

    Sahabat yang saya kasihi…Bersedekah Ketika Kita Susah…😔

    💗Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ: “Wahai Rasulullah, Apakah sedekah yang paling besar pahalanya?” Sabda Rasulullah ﷺ:

    أَنْ تَصَدَّقَ وأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الفَقْرَ، وتَأْمُلُ الغِنَى، ولَا تُمْهِلُ حتَّى إذَا بَلَغَتِ الحُلْقُومَ

    Maksudnya: “(Sedekah yang paling besar ganjarannya ialah) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan.”

    Hadis Riwayat al-Bukhari, 1419

    💕 Berdasarkan hadis itu, Nabi SAW menyatakan, sedekah terbaik adalah ketika diri kita dalam keadaan sihat dan kedekut.

    💕Sedekah dalam keadaan kedekut bermaksud ketika memberi, seseorang itu mencabar dirinya untuk bersedekah biarpun berkira-kira dan berat melakukannya.

    💕Sedekah bukan hanya berbentuk wang semata-mata tetapi senyuman, akhlak yang baik, jasa dan amal kebaikan juga dikategorikan sebagai sedekah.

    💕Kita boleh mulakan dengan membantu keluarga kita yang memerlukan jika ada…kita kena tahu sejauh mana kesusahan dalam keluarga kita..jiran tetangga kita…sahabat kita …seiring  sedekah diberikan kepada orang lain selain keluarga. Bersedekahlah kerana sedekah tidak akan membuat kita miskin sahabat kerana semua kekayaan apa saja yang ada di dunia ini dan seluruh alam semesta adalah milik Allah. Bukan milik kita…

    Keutamaan ini ada disebut di dalam Hadis Riwayat Muslim yang bermaksud:

    “Ada dinar yang kamu infakkan di jalan ALLAH, dinar yang kamu infakkan untuk memerdekakan budak dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin. Namun dinar yang kamu keluarkan untuk keluargamu (anak-isteri) lebih besar pahalanya.”

    Ini membuktikan bahawa sedekah kepada ahli keluarga itu lebih mulia di sisi ALLAH  dan sedekah yang lebih besar pahalanya adalah sedekah kepada ahli keluarga jika ahli keluarga sendiri masih berada dalam keadaan tidak mencukupi. 

    Kenapa perlu berkira dengan adik abang kakak? Padahal kita dilahirkan oleh ibu yang sama..yang menyusu..berkongsi makan minum dan semuanya di waktu kecil. Kenapa bila sudah besar, kita terlalu berkira sedangkan kita dan dia siapa? Apatah lagi kalau berkira dengan ibu dan ayah. 

    Justeru jangan ada dalam kalangan kita yang membiarkan ahli keluarga hidup dalam kesusahan dan mengabaikan mereka ketika memerlukan bantuan. 

    Renungkanlah kerana kita semuanya memiliki sebuah hati yang tidak siapa pun tahu isi hatinya kecuali ALLAH… bersedekah kerana ALLAH kerana Dia lebih mengetahui dan itu yang penting kerana yang menilai adalah ALLAH bukan manusia. 💕

    Firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Ma'idah ayat 2 yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."

    Rasulullah SAW menjelaskan tentang kepentingan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan bermula dengan ahli keluarga terdekat selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Isra' ayat 26 bermaksud: "Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau."

    💗Harta tidak berkurangan (Hadis Riwayat Muslim, 2588)

    💗Memperoleh pahala berlipat kali ganda (Surah al-Baqarah, 251)

    💗Bukti keimanan kepada ALLAH SWT (Hadis Riwayat Muslim, 223)

    💗Masuk syurga melalui pintu sedekah (Hadis Riwayat Bukhari, 1764)

    💗Menghapuskan dosa (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 614)

    💗Selamat dari musibah (Hadis Riwayat Imam Baihaqi, 4/189)

    💗Mendapat naungan di hari akhirat (Hadis Riwayat al-Bukhari, 660)

    💗Ubat kepada penyakit (Hadis Riwayat at-Tabrani 10198)

    💗Menjauhkan seseorang dari api neraka (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3595)

    💗Terlindung dari mati dalam keadaan buruk (As-Syuthi, 5126)

    Salam Jumaat 

    Monday, 10 October 2022

    FOKUS TUJUAN HIDUP

     

     اللّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ جَدِّيْ وَهَزْلِيْ، وَخَطَئِيْ وَعَمْدِيْ، وَكُلُّ ذلِكَ عِنْدِيْ، اللّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ، وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ، وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

    Allahummaghfir li khathi'ati wa jahli, wa israfi fi amri, wa ma anta a'lamu bihi minni. Allahummaghfir li jiddi wa hazli, wa khatha’i wa ‘amdi. Wa kullu dzalika ‘indi. Allahummaghfir li ma qadamtu wa ma akhkhartu, wa ma asrartu, wa ma a‘lantu, wa ma anta a'lamu bihi minni. Antal muqaddimu wa antal mu’akhkhiru, wa anta ‘ala kulli syai’in qadirun.

    "Ya Tuhanku, ampunilah kekeliruan dan kebodohanku, kelewatan batasku dalam sebuah hal, dan dosaku yang mana Kau lebih tahu dariku. Tuhanku, ampunilah dosaku dalam serius dan gurauanku, kekeliruan dan kesengajaanku. Apa pun itu semua berasal dariku. Tuhanku, ampunilah dosaku yang terdahulu dan terkemudian, dosa yang kusembunyikan dan kunyatakan, dan dosa yang mana Kau lebih tahu dariku. Kau Maha Terdahulu. Kau Maha Terkemudian. Kau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

    Ya Allah, hamba-Mu yang lemah ini tahu bahawa hamba-Mu ini tidak sempurna sepanjang kehidupan ini, terlalu banyak dosa yang tidak terhitung, ampunilah aku Ya Allah... tetapi alhamdulillah kerana Kau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dan sentiasa memenuhi kehidupanku insan kerdil lagi lemah ini...dengan penuh keindahan dan kebahagiaan. Terima kasih Allah.

    Ya Allah...aku insan yang berdosa...didiklah jiwa ini hati ini dan seluruh kehidupan ini agar sentiasa menfokuskan kehidupanku..hidup dan matiku hanya kepada-Mu Ya Allah...semoga setiap bisikan hati dan bicara ini samada terlafaz atau terniat untuk sentiasa berdoa setiap hari, detik dan saat ..dalam jaga dan tidurku...dengan memohon keampunan daripada-Mu segala dosa...semoga Allah mengampuni segala dosa yang tersembunyi atau ternyata dan sesungguhnya Kau Maha Mengetahui Ya Allah.

    Kita hamba menyerah sepenuhnya kepada Allah untuk mengurus dan mengatur segala urusan kita dunia akhirat setiap hari dan untuk mendapatkan keberkatan di dalam setiap langkah perjalanan di dunia ini agar ianya dapat digunakan sebagai amalan di akhirat apabila bertemu Allah, setiap masa berdetik, selalu berdoa untuk memohon ampunan daripada Allah setiap harinya. Sebab kita tidak tahu dosa kecil dan dosa besar apa saja yang mungkin telah kita lakukan dan kita tidak sedari...berdoa, memohon keampunan serta menyerah sepenuhnya kehidupan kita dunia akhirat kepada Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang adalah fokus tujuan kita hidup agar segala kebaikan, keimanan dan ketakwaan akan mengiringi kita.....In Syaa Allah.

    Namun..Setiap manusia sudah pasti khilaf..tersilap fikir...tersilap langkah..terpengaruh dengan jiwa dan emosi yang berbolak balik... emosi kita di uji...jiwa kita di uji...perasaan kita di uji kerana kita adalah manusia biasa yang lemah lagi kerdil...yang penuh dengan emosi apabila jiwa kita tidak terkawal. Ya Allah, didiklah jiwa ini agar sering bertaubat kepada-Mu, memohon keampunan serta perbanyakkan doa agar hati kita hanya fokus kepada amalan di dunia untuk bekalan di akhirat....

    Rasulullah bersabda:

    Semua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. (Riwayat Ibnu Majah)

    Perbanyakkan berdoa dan memohon keampunan di dalam setiap ruang waktu dan kesempatan yang ada agar kita masih tidak terlewat untuk bertaubat.

    اللهم اني أستغفرك مما تبت اليك منه ثم عدت فيه وأستغفرك مما جعلته على نفسي ثم لا أف به لك وأستغفرك مما زعمت عني أردت به وجهك فخالط قلبي منه ما قد عملت

    Allahumma inni astaghfiruka mimma tubtu ilaika minhu summa udtu fih wa astaghfiruka mimma ja’altahu ala nafsi summa la uffi bihi laka wa astaghfiruka mima za’amta anni aradtu bihi wajhaka fakhalata qalbi minhu ma qad amiltu

    Artinya: “Ya Tuhan, aku memohon ampun kepadamu dari apa-apa yang telah aku sesali lalu aku mengulanginya, dan aku memohon ampun atas apa yang telah Engkau tetapkan namun aku tak melakukannnya, dan aku memohon ampun atas dugaanku terhadap-Mu yang membuat hatiku resah.”

    Antara Iafaz taubat yang boleh dibaca dan diamalkan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan untuk memohon kemapunan daripada Allah.  Allah akan mengampunkan segala dosa kita seperti buih di lautan (Hadis riwayat Abu Daud)

    أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

    Artinya: Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, tiada tuhan selain Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat pada-Mu

    Istighfar Nabi Adam (Surah al-A’raf ayat 23):

    رَبَّنَا ظَلَمْنَآ اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخٰسِرِيْنَ

    Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan tidak merahmati kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi.

     Istighfar Nabi Yunus (Istighfar Nabi Yunus):

    لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

    Artinya: Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim

    Amalkan setiap masa, detik dan ketika agar setiap ruang jiwa kita terisi dengan keampunan daripada Allah.

    Jiwa kita sangat rapuh dan jika tidak penuhi jiwa kita dengan rawatan doa, zikir dan amalan kebaikan, sudah pasti ianya ada ruang sesuatu yang tidak sepatutnya akan hadir mengisi jiwa kita agar kita akan leka dengan fokus utama kita untuk hidup. Semoga kita sentiasa merawat jiwa kita dengan memperbanyakkan perbuatan kebaikan. Sepertimana Rasulullah bersabda:

    "Bertakwalah kepada Allah di mana-mana pun kalian berada. Iringilah perbuatan dosa dengan amal kebaikan, kerana kebaikan itu dapat menghapusnya. Serta bergaullah dengan orang lain dengan akhlak yang baik." (Riwayat Tirmizi dan Ahmad)

    Amalan berterusan yang perlu iringi kita setiap hembusan nafas, setiap inci langkah dan selagi nyawa belum terpisah dengan jasad. Berusahalah melawan segala emosi dan jiwa yang rapuh, jauhi sifat lemah, malas dan leka dengan perbanyakkan perbuatan baik atau amal soleh  agar ianya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil dan besar yang ada dalam diri kita....jangan tinggal solat 5 waktu, perbanyakkan solat sunat, berpuasa wajib dan berpuasa sunat, perbanyakkan sedekah. Berzikir lah setiap masa agar ianya dapat mengiringi langkah kita dengan kebaikan sehingga ianya menjadi bekalan kita di sana apabila bertemu dengan Allah.

    In Syaa Allah

    Saturday, 16 July 2022

    Terima kasih Allah

    Assalamualaikum dunia blog...

    Terlalu lama rasanya, aku tidak menulis di blog yang sangat bermakna bagi aku dan sentiasa segar dalam memori ingatan. Walaupun nampak seperti tiada berita yang dikemaskini namun ianya bukan satu tanda bahawa penulisnya sudah rasa bosan untuk menulis. Terlalu banyak perkara yang berlaku di dalam kehidupan harian sebagai hamba Allah untuk mengejar makna sebuah kehidupan di dalam menuju destinasi abadi. Terlalu banyak perkara yang berlaku menjadikan kehidupan ini amat bermakna sekali. Terima kasih Allah membimbing hati ini untuk terus menjadikan destinasi di sana sebagai destinasi utama. Ya...tidak dapat dinafikan sebagai manusia biasa, banyak kelemahan, kekhilafan, kekurangan dan pelbagai perkara yang menjadikan kita sebagai hamba yang leka. Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu yang lemah ini. Aaamiin

    Friday, 8 April 2022

    Amalan Harian

    Assalamualaikum anak-anak mama sayang, begitu pantas masa berlalu dan mama yakin, anak-anak mama sudah memahami setiap impian dan doa mama untuk anak-anak mama. Mama mahu anak mama menjadi insan cemerlang yang selamat di dunia dan di akhirat dengan keperibadian akhlak yang mulia dan terpuji oleh Allah dan dikasihi oleh semua manusia. Dijauhi dari sesuatu yang dimurkai oleh Allah. Menjadi hamba Allah yang sentiasa mengamalkan amalan yang menjadi bekalan untuk akhirat. Semoga kita semua menjadi penghuni syurga dan dijauhi dari api neraka. Aamiin.

    Di setiap waktumu..ucaplah 1kali

    *Allaahu Akbar*

    *Laa ilaaha illallaah Muhammadar Rasuulullaah*

    *Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazh zhaalimiin*.

    *Subhaanallaah walhamdulillaah walaa ilaaha illallaah wallaahu akbar*.


    3x kalimat ini,

    *Subhaanallaahi wabihamdihii Subhaanallaahil azhiim*.

    *Subhaanallaahi wabihamdihii Subhaanallaahil azhiim*.

    *Subhaanallaahi wabihamdihii Subhaanallaahil azhiim*.


    3x kalimat ini,

     *Astaghfirullaahal'azhiim wa atuubu ilaih*

    *Astaghfirullaahal'azhiim wa atuubu ilaih*

    *Astaghfirullaahal'azhiim wa atuubu ilaih.*


    Diakhiri dengan selawat:

    *☼︎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ☼︎*

    Allaahumma shalli 'ala sayyidinaa Muhammad wa 'ala ali sayyidinaa Muhammad

    *☼︎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ☼︎*

    Allaahumma shalli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidinaa Muhammad

    *☼︎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ☼︎*

    Allaahumma shalli 'ala sayyidinaa Muhammad wa 'ala ali sayyidinaa Muhammad


    -Pesanan Mama-

    Wednesday, 2 March 2022

    APA MAK AYAH PERLU BUAT BILA ANAK HADAPI PEPERIKSAAN

     KREDIT GAMBAR : COPY DARI MEDIA SOSIAL 



     

    DOA ASMA'ULHUSNA buat anak yang akan menduduki Peperiksaan

    DOA ASMA'ULHUSNA buat anak yang akan menduduki Peperiksaan 

    Perkongsian  dari Ustazah Asma Harun

    Allahumma Ya Alim Ya Hakim ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas, 

    Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan Kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari,  kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan. 

    Allahumma Ya Mani' (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, was-was dan resah gelisah. 

    Allahumma Ya Zohir, Yang Maha Menzahirkan,  Ilhamkanlah jawapan dalam fikiran mereka dengan Cahaya PetunjukMu ya Nuur ya Haadi ya Haqq 

    Allahumma Ya Baari' (Yang Maha Mengatur), aturkanlah agendaMu kepada anak kami ini agar mereka dapat fokus ketika di dewan peperiksaan. 

    Allahumma Ya Aziz ya Qowiy ya Matin,

    Ya Allah Yang Maha Perkasa,  Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini. 

    Allahumma Ya Ba'its, Yang Maha Membakar Semangat dan Maha Memberi Motivasi, bakarkan semangat mereka untuk terus mengulangkaji pelajaran di saat akhir ini. 

    Allahumma ya Quddus ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.  

    Ya Rahman ya Rahim ya Ro'uf ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi abdiMu dan KhalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu. 

    Ameen ya Mujib (Yang Maha Memaqbulkan) 

    Selamat berjuang duhai Anak.  

    💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚

    C a

    Silakan untuk disebarkan. Moga bermanfaat. 

    U.Asma' binti Harun

    #UAHSahabatDuniaAkhirat

    DOA UNTUK ANAK SPM - 2021

     بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

    Ya Allah, Ya Tuhanku,
    Aku mohon keampunan Mu, aku mohon kerahmatan Mu, aku mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

    Ya Allah, Ya Tuhanku,
    Kau ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa anak-anakku, dosa saudara-maraku, dosa ahli keluargaku, dosa guru-guruku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

    Ya Allah, Ya Tuhanku,
    Permudahkan urusan ku, urusan kedua ibu bapaku, urusan anak-anakku, saudara maraku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku dan semua muslimin dan muslimat di dunia dan urusan di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan sebagai  suatu amal ibadah yang diterima Mu.

    Ya Allah, Ya Tuhanku,
    Ikhlaskan hati anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.

    Ya Allah,
    Aku mohon kepada Mu, permudahkanlah anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM agar mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

    Ya Allah,
    Anakku, puteriku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM, sedang menduduki peperiksaan SPM ya Allah, aku mohon kepada Mu ya Allah, bantulah permudahkan anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM dalam peperiksaan SPM yang akan mereka hadapi ya Allah.

    Ya Allah,
    Peliharalah kesihatan anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya serta calon-calon SPM di sepanjang peperiksaan SPM ini. Permudahkanlah anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM untuk menjawab semua soalan ketika sedang menghadapi peperiksaaan dalam keadaan yang sihat. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab semua soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

    Ya Allah Ya Tuhanku,
    Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya serta calon-calon SPM nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya serta calon-calon SPM . Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang mereka lakukan.

    Ya Allah,
    Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang beriman, soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

    Ya Allah,
    Jadikanlah anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Aku mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anakku dan jadikankan dia pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam dirinya dan buanglah sifat mazmumah dalam dirinya. 

    Ya Allah, jadikanlah anakku seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

    Ya Allah,
    Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

    Ya Allah,
    Jadikanlah anakku anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata ini memandangnya ya Allah. Jadikanlah anakku ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati anakku untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

    Ya Allah,
    Perkenankanlah doa hamba Mu ini, aku memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhanku Ya Allah. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan doa-doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya Ya Allah. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. 

    Terima kasih Allah. 

    Mama sentiasa mendoakan anak-anak mama agar kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak mama dunia akhirat dengan kesihatan yang sihat sejahtera serta dirahmati kehidupan dunia akhirat. Aamiin

    Terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar anak-anakku yang sentiasa memberi yang terbaik di dalam mencurahkan ilmu kepada mereka. Terima kasih cikgu 💕

    -❤️mama💕-

    2 Mac 2022