❤️Zaman ITM Dihatiku❤️
Zaman ITM adalah zaman terindah yang aku rasa terlalu banyak jika hendak ditulis. Di sini aku mengenal pelbagai erti yang mana inilah kali pertama berjauhan dengan emak dan keluarga tercinta.
Pantas masa berlalu setiap hari kerinduan bagaikan meronta-ronta di dalam hati namun nekad untuk berjaya tetap tersemat dihati demi pengorbanan emak yang banyak berjasa untuk melihat kejayaan aku.
Aku abaikan setiap perasaan yang ada agar ketabahan untuk aku meneruskan pengajian di sini dengan semangat yang tidak akan pernah pudar biarpun terasa susah juga dengan subjek yang baru hendak kenal selepas tamat pengajian menengah. Aku mulakan semangat baru demi sebuah kejayaan dan yang paling penting untuk kebahagiaan serta kegembiraan emak dan keluarga.
Disini juga bermulanya episod silaturrahim sebuah persahabatan sejati dan bermulanya episod berdikari. Dan alhamdulillah, aku dipermudahkan oleh Allah bertemu dengan insan-insan yang baik bermula dari Pensyarah sehingga kepada kawan-kawan…senior, junior dan rakan seperjuangan bersahabat seperti adik beradik sendiri. 💕
Setiap destinasi hidup kita Allah sudah susun dan atur. Sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah dan zaman kampus aku cuba sematkan dihati aku dengan kata-kata motivasi..sebab itu aku suka mendengar lagu Fauziah Latif yang mana lagu-lagunya banyak memberi nasihat dan juga lagu-lagu Azian Mazwan Safwan. Waktu itu aku pelekat di buku dan tempat belajar aku. Hehehe terutama lagu ‘Rumah Kecil Tiang Seribu’ dan ‘Dari Kaki Tangga ke Menara’ .
Persekitaran yang dikelilingi oleh kata-kata yang memberi semangat dan menaikkan semangat dan bukan menjatuhkan. Terasa jiwa tidak gemar dengan mana-mana situasi yang memandang rendah orang lain, menghina, mengaibkan, mengumpat dengan sikap ego dan membanggakan diri serta menjatuhkan semangat orang lain. Semoga Allah sentiasa memelihara sifat-sifat itu dan jauhi dari situasi seumpama itu kerana ia umpama ulat yang membusuk di dalam daging yang cantik. Terapkan dalam diri dengan kata-kata motivasi yang mampu membakar semangat juang. Itu aku sejak kecil dan bukan sekarang dan aku rasa bahagia dengan setiap apa yang aku tulis. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri agar jiwa aku diterapi dengan jiwa seperti itu. Dikongsi jika siapa yang membaca nya terasa memberi semangat dan terapi.Penerimaan setiap orang tidak sama kerana Allah menjadikan kita dengan sifat yang berbeza-beza tidak akan sama. Itu hakikat! Setiap hari didik jiwa untuk berubah diri menjadi lebih baik. Bantulah hati ini Ya Allah..❤️
❤️Kita memiliki 2 pilihan sepanjang hayat. Sakit kerana ingin berubah atau sakit kerana tidak berubah.Apa yang perlu kita berubah tepuk dada tanya selera kerana setiap kita tahu siapa diri kita di mana perlu baiki dan yang mana perlu kekalkan. Atas masing-masing..sehingga lah ke nafas terakhir kita..terima kasih kepada Allah kerana memberi kita peluang untuk berubah..
❤️ Kita menjadikan dunia ini lebih baik dengan perubahan diri sendiri menjadi lebih baik bukan merubah orang lain mengikut acuan kita kerana setiap orang mempunyai acuan kebaikan tersendiri yang kita tidak akan pernah tahu niat dan fikiran orang lain kerana destinasi hidup seseorang perjalanannya berbeza-beza.Tuailah apa yang kita telah tanam sebaiknya untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk bekalan di akhirat jua.Kita merupakan arkitek masa depan kita di mana kita tidak boleh mengawal apa yang berlaku pada diri kita namun kita boleh mengawal sikap kita apabila sesuatu perkara terjadi. Dan kita tidak akan pernah dapat mengawal orang lain namun kita dapat mengawal diri sendiri. Usahlah kita menjadi api untuk menambah kepanasan orang lain.
❤️ Kita tidak perlu menguruskan masa kerana masa tetap berputar dan berdetik tanpa henti 24 jam sehari. Apa yang perlu kita lakukan ialah menguruskan diri kita sendiri dengan sebaik mungkin di dunia ini dan fokus utama semuanya menjurus kepada satu tujuan iaitu untuk bekalan di akhirat. Kita yang menentukan sama ada diri kita hendak menjadi bertambah kuat atau lemah dengan kata-kata jati diri dalam jiwa kita tanpa memperdulikan persekitaran yang mungkin menyakitkan. Abaikan dan berdoa agar kita semua mendapat rahmat dari Allah dan berlapang dada untuk memberi maaf dan memaafkan serta memohon keampunan Allah ke atas dosa-dosa kepada orang lain.
💕ITM Dihatiku💕
No comments:
Post a Comment