Assalamualaikum dan salam Jumaat💕
Sahabat yang saya kasihi…Bersedekah Ketika Kita Susah…😔
💗Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ: “Wahai Rasulullah, Apakah sedekah yang paling besar pahalanya?” Sabda Rasulullah ﷺ:
أَنْ تَصَدَّقَ وأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الفَقْرَ، وتَأْمُلُ الغِنَى، ولَا تُمْهِلُ حتَّى إذَا بَلَغَتِ الحُلْقُومَ
Maksudnya: “(Sedekah yang paling besar ganjarannya ialah) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan.”
Hadis Riwayat al-Bukhari, 1419
💕 Berdasarkan hadis itu, Nabi SAW menyatakan, sedekah terbaik adalah ketika diri kita dalam keadaan sihat dan kedekut.
💕Sedekah dalam keadaan kedekut bermaksud ketika memberi, seseorang itu mencabar dirinya untuk bersedekah biarpun berkira-kira dan berat melakukannya.
💕Sedekah bukan hanya berbentuk wang semata-mata tetapi senyuman, akhlak yang baik, jasa dan amal kebaikan juga dikategorikan sebagai sedekah.
💕Kita boleh mulakan dengan membantu keluarga kita yang memerlukan jika ada…kita kena tahu sejauh mana kesusahan dalam keluarga kita..jiran tetangga kita…sahabat kita …seiring sedekah diberikan kepada orang lain selain keluarga. Bersedekahlah kerana sedekah tidak akan membuat kita miskin sahabat kerana semua kekayaan apa saja yang ada di dunia ini dan seluruh alam semesta adalah milik Allah. Bukan milik kita…
Keutamaan ini ada disebut di dalam Hadis Riwayat Muslim yang bermaksud:
“Ada dinar yang kamu infakkan di jalan ALLAH, dinar yang kamu infakkan untuk memerdekakan budak dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin. Namun dinar yang kamu keluarkan untuk keluargamu (anak-isteri) lebih besar pahalanya.”
Ini membuktikan bahawa sedekah kepada ahli keluarga itu lebih mulia di sisi ALLAH dan sedekah yang lebih besar pahalanya adalah sedekah kepada ahli keluarga jika ahli keluarga sendiri masih berada dalam keadaan tidak mencukupi.
Kenapa perlu berkira dengan adik abang kakak? Padahal kita dilahirkan oleh ibu yang sama..yang menyusu..berkongsi makan minum dan semuanya di waktu kecil. Kenapa bila sudah besar, kita terlalu berkira sedangkan kita dan dia siapa? Apatah lagi kalau berkira dengan ibu dan ayah.
Justeru jangan ada dalam kalangan kita yang membiarkan ahli keluarga hidup dalam kesusahan dan mengabaikan mereka ketika memerlukan bantuan.
Renungkanlah kerana kita semuanya memiliki sebuah hati yang tidak siapa pun tahu isi hatinya kecuali ALLAH… bersedekah kerana ALLAH kerana Dia lebih mengetahui dan itu yang penting kerana yang menilai adalah ALLAH bukan manusia. 💕
Firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Ma'idah ayat 2 yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."
Rasulullah SAW menjelaskan tentang kepentingan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan bermula dengan ahli keluarga terdekat selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Isra' ayat 26 bermaksud: "Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau."
💗Harta tidak berkurangan (Hadis Riwayat Muslim, 2588)
💗Memperoleh pahala berlipat kali ganda (Surah al-Baqarah, 251)
💗Bukti keimanan kepada ALLAH SWT (Hadis Riwayat Muslim, 223)
💗Masuk syurga melalui pintu sedekah (Hadis Riwayat Bukhari, 1764)
💗Menghapuskan dosa (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 614)
💗Selamat dari musibah (Hadis Riwayat Imam Baihaqi, 4/189)
💗Mendapat naungan di hari akhirat (Hadis Riwayat al-Bukhari, 660)
💗Ubat kepada penyakit (Hadis Riwayat at-Tabrani 10198)
💗Menjauhkan seseorang dari api neraka (Hadis Riwayat al-Bukhari, 3595)
💗Terlindung dari mati dalam keadaan buruk (As-Syuthi, 5126)
Salam Jumaat
No comments:
Post a Comment