Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Sunday, 16 June 2013

    Pedang Bicara


    Lidah manusia…. amat berbisa….
    Tersilap guna…pastinya binasa….
    Ianya lembut pedih panahannya…

    Di sinilah kesempatan yang ada…
    Syaitan menghasut manusia
    Memperdaya kita ….

    Manusia tertipu jua….
    Sungguh enaknya mengeluarkan kata-kata…
    Tanpa memikir kesannya….
    Bisikan syaitan berbisik mesra..

    Akhirnya manusia terpedaya

    C/0
    Kebanyakan manusia..
    Salah mengunakan lidahnya
    Menimbulkan fitnah…
    Membawa cerita….
    Mengutuk sesama manusia…
    Janganlah kita terpedaya…
    Ingatlah di akhirat sana..
    Balasannya amatlah seksa

    Kita Hamba Allah…
    Banyak berzikir dan beramal….
    Kita Umat Islam..
    Gunalah lidah di jalan kebenaran..
    Kita umat Nabi Muhammad
    Praktikanlah lidah banyakkan selawat…

    Berzikir berselawat…..membaca Al-Quran
    Berdebat menegakkan kebenaran,
    Berjihad di jalan Tuhan….
    Berdoalah…Pupukan kemesraan..
    Lidah gunakanlah sepenuhnya..
    Dengan kebaikan dan kemuliaan..

    Ilmu Pelita Hati


    Ilmu pelita hati  
    Ilmu pelita hati  
    Sinaran terpancar terangi kegelapan     
    Sinaran terpancar terangi kegelapan   
    Bercahaya umpama bulan                     
    Bercahaya umpama bulan                     

    Ilmu dunia akhirat         
    Ilmu dunia akhirat        
             Beriringan hidup berilmu mendapat berkat 
    Beriringan hidup berilmu mendapat berkat 

    Ilmu Pelita Hati…. 

    C/o


    Didalam Al-Quran Allah berfirman 
    Ilmu Al-Quran kita manfaatkan     
    Umpama pepohon yang lebat buahnya…
    Nikmatilah khasiat  
    Kemanisan isinya…. 

    Ilmu itu ibarat pelita                        
    Sekiranya terpadam gelap gelita      
    Hiasilah hidupmu dengan cahaya   
    Penuhi hatimu dengan ilmu yang berguna

    Tanpa nikmat ilmu        
    Tanpa nikmat ilmu    
    Manusia akan menjadi buta hati  
    Manusia akan menjadi buta hati 
    Tiada keindahan….
    Dan kemanisan….

    Tunaikan Kewajipan

    Tunaikan kewajipan
    Yang telah disyariatkan
    Ikutkan panduan
    Menempuh kehidupan
    Berlandaskan Islam
    Berpandukan Al- Quran
    Sunnah Nabi menjadi ikutan
    Di sepanjang zaman

    Hidup di dunia ini
    Banyak pancaroba
    Jangan kita jadi lupa
    Dunia hanya sementara
    Bila sampai waktunya
    Allah memanggil kita
    Meninggalkan dunia
    Dan segala yang ada

    Janganlah kau lupa
    Jangan kau jadi lalai
    Tunaikan kewajipan
    Menempuh kehidupan
    Liku-liku perjalanan
    Detik-detik kehidupan
    Berlandaskan Islam
    Islam menjadi panduan

    Himpunkan amalan
    Yang menjadi tuntutan
    Jauhkan kemungkaran
    Selamatkan kehidupan
    Kita membangun
    Bersama pembangunan
    Di zaman serba permodenan
    Dan beroleh kejayaan

    Hidup di dunia ini
    Biarlah seimbang

    Dunia dan akhirat
    Sama-sama dipentingkan
    Keduanya adalah
    Kewajipan kita
    Wajib ditunaikan
    Agar hidup bahagia

    Saturday, 15 June 2013

    Putaran Masa

    Perjalanan kita di setiap masa…
    Setiap ketika masa amatlah berharga…
    Sedetik putaran masa meninggalkan kita
    Tiada lagi putaran semula….
    Sedetik sedetik masa berlalu jua…..

    Tiada guna kita menahannya…
    Putaran masa tetap tak menunggu kita….
    Mestilah bijak mengunakan masa….
    Memberi manfaat hingga ke akhirnya
    Bukan sahaja di dunia …
    Di akhirat kita bahagia….
    Terhindar dari segala sengsara…

    C/O

    Manusia di dunia bagaikan tak bererti..
    Terasa diri amatlah rugi…
    Sekiranya masa tidak dipatuhi…
    Putaran masa tidak akan terhenti..
    Fikirkanlah masa….
    Manfaatkanlah ia…
    Agar kita…bahagia….di dunia ….
    Dan di akhirat jua…..

    Jika engkau mengabaikan masa…
    Sampai ketika sesalan menjelma..
    Tiada guna lagi menyesali…
    Masa takkan kembali..kitalah yang rugi….
    Kegelapan yang mengiringi…
    Bangunlah wahai manusia…
    Tingkatkanlah keimanan..
    Bangkitlah bersama masa…
    Seiring dalam perjuangan..…

    Doa

    Berdoalah….kepada Allah yang Esa…  
    Berdoalah…dengan sepenuh jiwa raga…
    Menangis mu di atas sejadah..
    Mengalirkan airmata….penuh keinsafan..
    Mengharapkan keampunan…
    Mengharapkan rahmat Tuhan…

    Berdoalah…kepada Allah yang Esa…
    Berdoalah seikhlas hati kita…

     Allah sentiasa bersama…bila kita memerlukanNya
    Allah sentiasa bersama…bila kita mengingatiNya..
    Berdoalah di dalam apa jua keadaan…
    Doa yang baik di kabulkan Allah….

    InsyaAllah…pasti terkabul doa…Berdoalah..wahai umat manusia… 
    Berdoalah seikhlas hati kita..
    Tiada sesuatu yang di sambut Allah
    Lebih hangat dari doa…

    Berdoalah….anak yang soleh terhadap orang tuanya 
    Berdoalah….orang muslim untuk sesamanya…
    Berdoalah…orang yang memohon keampunan…

    Allah Maha pengasih..
    Allah Maha penyayang…
    Jangan lah engkau lupa..
    Allah akan bersama….
    Allah Maha pengasih..
    Allah Maha penyayang…
    Andainya engkau dibuntu kegelisahan…

    Berdoalah….Memohon keampunan..
    Berdoalah….Memohon ketabahan…
    Berdoalah…

    Tiada sesuatu yang di sambut Allah
     Lebih hangat dari doa…

    Allah sentiasa bersama…bila kita memerlukanNya 
    Allah sentiasa bersama…bila kita mengingatiNya.. 
    Berdoalah di dalam apa jua keadaan…
    Doa yang baik di kabulkan Allah….

    Fitrah Manusia


    Jangan kau jadi lalai dan leka
    Pada duniawi
    Berhati-hati lah sandiwara
    Di dunia ini
    Menjejak kaki ke taman kebahagiaan
    Memanglah terlalu indah
    Tapi harus kau ingat itu hanyalah sementara sahaja

    Rasulullah telah menasihatkan umatnya..
    Ingatlah dunia ini hanya sementara
    Sediakan bekalan di akhirat jua…
    Dengan berbekal fitrah  manusia
    Amalan yang mulia…bekalkan di jiwa
    Jauhkanlah yang membawa sengsara…

    Ijub riya’ bakhil sifat tercela
    Cintakan harta..
    Sifat degil dan juga pemarah…
    Bongkak sombong dan takbur

    Jauhilah permusuhan
    Dekatilah persahabatan
    Jauhilah kemungkaran
    Dekatilah ketakwaan…

    C/O
     
    Ya Allah..bimbinglah kami
    Ke jalan yang kau redhoi…
    Mendapat hidayah
    Diberi petunjuk kebenaran…
    Penuhkan jiwamu dengan amalan
    Hindarkan segala kemungkaran

    Hati ini amat merindui (2X)
    Akan cahaya keimanan (2X)
    Andainya kami…tersesat jalan
    Bawalah kami ke jalan kebenaran

    Setiap masa..kami…diuji…(2X)
    Akan kesabarana dan keimanan (2X)
    Supaya kami mendapat hidayah
    Darimu…Ya Allah..

    Hanya Allah yang memberi sinar
    Ke jalan kebenaran
    Kami hambamu menadah tangan
    Agar diberi pedoman

    Tolonglah….kami Ya Allah
    Kami hambamu yang lemah
    Kami memohon sepenuh hati
    Semoga kami tidak kesesatan