Jangan kau jadi lalai dan leka
Pada duniawi
Berhati-hati lah sandiwara
Di dunia ini
Menjejak kaki ke taman kebahagiaan
Memanglah terlalu indah
Tapi harus kau ingat itu hanyalah sementara sahaja
Rasulullah telah menasihatkan umatnya..
Ingatlah dunia ini hanya sementara
Sediakan bekalan di akhirat jua…
Dengan berbekal fitrah
manusia
Amalan yang mulia…bekalkan di jiwa
Jauhkanlah yang membawa sengsara…
Ijub riya’ bakhil sifat tercela
Cintakan harta..
Sifat degil dan juga pemarah…
Bongkak sombong dan takbur
Jauhilah permusuhan
Dekatilah persahabatan
Jauhilah kemungkaran
Dekatilah ketakwaan…
Ya Allah..bimbinglah kami
Ke jalan yang kau redhoi…
Mendapat hidayah
Diberi petunjuk kebenaran…
Penuhkan jiwamu dengan amalan
Hindarkan segala kemungkaran
Hati ini amat merindui (2X)
Akan cahaya keimanan (2X)
Andainya kami…tersesat jalan
Bawalah kami ke jalan kebenaran
Setiap masa..kami…diuji…(2X)
Akan kesabarana dan keimanan (2X)
Supaya kami mendapat hidayah
Darimu…Ya Allah..
Hanya Allah yang memberi sinar
Ke jalan kebenaran
Kami hambamu menadah tangan
Agar diberi pedoman
Tolonglah….kami Ya Allah
Kami hambamu yang lemah
Kami memohon sepenuh hati
Semoga kami tidak kesesatan
No comments:
Post a Comment