Mama letak resepi di sini:
Bahan-bahan : mengikut sukatan/ keperluan
2 biji Tomato
5-6 biji Cili besar
2-4 biji Cili padi
Belacan
Ikan bilis (mengikut sukatan/ keperluan)
Minyak masak
Cara-cara :
1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak dan apabila garing masukkan terus tomato ke dalam kuali tersebut.
3. Masukkan sukatan cili besar, cili padi dan belacan ke dalam kuali dan goreng sehingga layu.
4. Kemudian tutup api dan biarkan sejuk
6. Setelah sejuk, kisar kasar sahaja dengan menggunakan blender atau tumbuk menggunakan lesung batu.
7. Setelah blender/ tumbuk masukkan ke dalam kuali yang sama dan goreng hingga air dan pecah minyak.
9. Letak garam dan gula sedikit mengikut rasa masing-masing.