Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Sunday, 10 December 2023

    DOA MAMA HINGGA KE SYURGA

     Firman Allah SWT:

    اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

    MaksudnyaKetahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

    Surah al-Hadid (20)

    Sabda Rasulullah: Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya. - [HR Muslim 1631]

    Bicara buat anak-anak mama

    Anak-anakku sayang..
    Andai sampai satu masa kita terpisah jasad..
    Ingatlah mama sentiasa ada dalam setiap harimu...
    Sentiasa ada dalam setiap doamu...setiasa ada dalam hatimu..
    Dan akan sentiasa ada dalam jiwamu..
    Setiap hamba Allah yang bernyawa tidak akan kekal di dunia
    Sampai satu masa...akan pergi jua..
    Seorang ibu bila pergi...tiada akan ada gantinya..
    Yang ada bersamamu...adalah kasih sayang yang akan kau rasa
    Sehingga ke syurga...
    Setiap sentuhan mama, setiap belaian mama dan setiap bisikan rindu mama
    Akan menjadi penemanmu....bersama kerinduan yang akan dirasai dalam doamu
    Dalam solatmu....dan setiap kebaikanmu....akan menjadi penemanmu...

    Anakku sayang...
    Andai mama pergi dulu...pelukkan yang kau rasa
    Tetap hangat...kerana sentiasa hampir dalam doamu...
    Hampir dalam jiwamu selamanya hingga ke syurga...

    No comments: