KREDIT GAMBAR : COPY DARI MEDIA SOSIAL
Menu Utama
AkuEmma
Wednesday, 2 March 2022
DOA ASMA'ULHUSNA buat anak yang akan menduduki Peperiksaan
DOA ASMA'ULHUSNA buat anak yang akan menduduki Peperiksaan
Perkongsian dari Ustazah Asma Harun
Allahumma Ya Alim Ya Hakim ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas,
Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan Kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.
Allahumma Ya Mani' (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, was-was dan resah gelisah.
Allahumma Ya Zohir, Yang Maha Menzahirkan, Ilhamkanlah jawapan dalam fikiran mereka dengan Cahaya PetunjukMu ya Nuur ya Haadi ya Haqq
Allahumma Ya Baari' (Yang Maha Mengatur), aturkanlah agendaMu kepada anak kami ini agar mereka dapat fokus ketika di dewan peperiksaan.
Allahumma Ya Aziz ya Qowiy ya Matin,
Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.
Allahumma Ya Ba'its, Yang Maha Membakar Semangat dan Maha Memberi Motivasi, bakarkan semangat mereka untuk terus mengulangkaji pelajaran di saat akhir ini.
Allahumma ya Quddus ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.
Ya Rahman ya Rahim ya Ro'uf ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi abdiMu dan KhalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu.
Ameen ya Mujib (Yang Maha Memaqbulkan)
Selamat berjuang duhai Anak.
💚💚💚💚💚💚💚💚💚💚
C a
Silakan untuk disebarkan. Moga bermanfaat.
U.Asma' binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
DOA UNTUK ANAK SPM - 2021
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah, Ya Tuhanku,
Aku mohon keampunan Mu, aku mohon kerahmatan Mu, aku mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhanku,
Kau ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa anak-anakku, dosa saudara-maraku, dosa ahli keluargaku, dosa guru-guruku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhanku,
Permudahkan urusan ku, urusan kedua ibu bapaku, urusan anak-anakku, saudara maraku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku dan semua muslimin dan muslimat di dunia dan urusan di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhanku,
Ikhlaskan hati anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Aku mohon kepada Mu, permudahkanlah anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM agar mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Anakku, puteriku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM, sedang menduduki peperiksaan SPM ya Allah, aku mohon kepada Mu ya Allah, bantulah permudahkan anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM dalam peperiksaan SPM yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya serta calon-calon SPM di sepanjang peperiksaan SPM ini. Permudahkanlah anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM untuk menjawab semua soalan ketika sedang menghadapi peperiksaaan dalam keadaan yang sihat. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab semua soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya serta calon-calon SPM nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya serta calon-calon SPM . Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang mereka lakukan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang beriman, soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Ya Allah,
Jadikanlah anakku, anak saudaraku, cucu saudaraku, sahabat-sahabatnya dan calon-calon SPM pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Aku mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anakku dan jadikankan dia pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam dirinya dan buanglah sifat mazmumah dalam dirinya.
Ya Allah, jadikanlah anakku seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anakku anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata ini memandangnya ya Allah. Jadikanlah anakku ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati anakku untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa hamba Mu ini, aku memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhanku Ya Allah. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan doa-doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya Ya Allah. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah.
Terima kasih Allah.
Mama sentiasa mendoakan anak-anak mama agar kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak mama dunia akhirat dengan kesihatan yang sihat sejahtera serta dirahmati kehidupan dunia akhirat. Aamiin
Terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar anak-anakku yang sentiasa memberi yang terbaik di dalam mencurahkan ilmu kepada mereka. Terima kasih cikgu 💕
-❤️mama💕-
2 Mac 2022