Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Saturday, 18 July 2020

    Kisah Hati


    Hati adalah sebuah organ dalaman yang perlu dijaga sebaik mungkin samaada secara sentuhan jiwa atau sentuhan fizikal pada hati itu sendiri...πŸ˜”

    Hati perlu dijaga secara semulajadi yang hanya pemiliknya sahaja yang lebih tahu berkaitan hatinya samada hati yang rapuh, lemah dan menjurus kepada aura positif atau negatif. Kelemahan itu hanya diri kita saja yang mengetahui dan sejauh mana kita berusaha untuk merubah hati kita menjadi lebih baik dan indah dari sebelum nya...Insya-Allah tepuk dada tanya diri kita sendiri...πŸ˜”

    Pemilik hati tidak tahu secara fizikal samada hatinya berfungsi dengan baik atau tidak sehinggalah ianya dikesan oleh pakar perubatan tetapi hati yang beraura positif negatif yang lemah, rapuh atau melibatkan jiwa hanya pemiliknya yang lebih tahu dan tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali Allah. Berusahalah mendidik hati secara sentuhan jiwa kerana kita mengetahui kita baik atau tidak😭 dan semoga organ hati secara fizikal berfungsi dengan baik insya-Allah..πŸ’ž. Kita yang merubah diri kita dan kita yang akan menjaga hati kita...jagalah sebaik mungkin kerana pokok pangkalnya semua bermula dari hati.

    Itulah uniknya organ yang bernama HATI.

    Ada pesanan menarik daripada seorang ulama dalam tazkirahnya.  Kalau kita berbicara tentang kekayaan & kelebihan diri kita, kita seharusnya berhati-hati kerana mungkin orang yang mendengar ketika itu adalah orang yang tiada harta & miskin. Kalau kita berbicara tentang suami, isteri, ibu, ayah atau saudara mara, kita pun seharusnya berhati-hati kerana mungkin orang yang berdiri di depan kita itu adalah orang yg kematian suami/isteri atau seorang anak yatim piatu. Dan kalau kita berbicara tentang kejayaan diri kita di dunia ini, kita juga seharusnya sangat berhati-hati kerana mungkin orang yang sedang berurusan dengan kita pada ketika itu, belum pernah menerima kejayaan di dunia tetapi kejayaannya sedang menunggunya di pintu syurga. Yang penting, apa pun yg kita lakukan, kita mesti mengutamakan perasaan saudara kita yg berada di sisi kita tanpa melukakan hatinya kerana dia juga adalah Hamba Allah Umat Muhammad. Waahhu'alam...(copy paste)

    Ketika kamu bersyukur, Allah akan memberimu lebih. Mengeluh tidak akan menyelesaikan masalah tetapi bertambah sakit kepala dan stress...terima la sebagai dugaan dan ujian...insyaAllah

    @SantapanMinda
    Kunci kebahagiaan seorang hamba adalah jika dia mampu bersyukur atas kurnia-Nya, bersabar atas cobaan-Nya dan bertaubat atas dosanya.

    MANUSIA yang sentiasa membuka KEAIBAN orang lain akan di'AIB kan Allah pada penghujung hayatnya atau di akhirat kelak selagi dia TIDAK BERTAUBAT.

    "Lidah itu sangat bahaya,antara dosa lidah ialah Mengumpat, Menfitnah, Bercakap bohong & Mencela serta mengeji"-Tanyalah Ustazah

    "Siapa yg berhenti bertengkar walaupun dia tahu dia betul,akan diberikan ganjaran sebuah rumah ditengah syurga" -Tanya Ustazah

    Impian jangan terlalu berharap menjadi kenyataan tetapi banyakkan berdoa untuk memohon pertolongan Allah agar dipermudahkan mencapai impian itu...jika kita terlalu berharap jika gagal..selalunya kita sangat kecewa... tetapi jika tidak berjaya dengan kita  amalkan doa...kita yakin Allah mngajar kita untuk bersabar dan redho..:-)

    Diam ni ada 4 sebab:

    1) Memerhati
    2) Terasa Hati
    3) Tenangkan hati
    4) Dah takda hati

    Korang yg mana satu skrg ni?

    Jangan letak seseorang dalam hati.
    Kerana hati berbolak balik sifatnya. Letak seseorang dalam doa. Kerana ia akan tercatat di langit selamanya.

    Buatlah yang terbaik walaupun perkara yang remeh kerana dengannya kita akan memperolehi keikhlasan....

    Nampak baik, belum tentu benar.Yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.Sesuatu yang brharga, belum tentu bagus...πŸ˜πŸ˜ƒ❤️

    Org yang baik akan sentiasa terbaik tapi orang terbaik belum tentu baik..

    Menjadi terbaik bukannya mudah.Terbaik bagi kita belum tentu terbaik bagi orang lain. Nak puaskan hati semua?πŸ€”.Buat ja benda baik. Kalau  tidak puas hati gak.Maaf Zahir Batin.Slmt Hari Raya Kawan 0-0😁

    @NotaDakwah: Salah satu rahsia untuk kekal berjaya ialah menghormati dan menghargai orang yang belum berjaya . Jangan sombong dengan kejayaan sekarang.

    Biar putih mata..biar putih tulang..tapi jangan hitam hati..kalau hitam hati..hidup pun jadi golap dan gelitaaaa.....

    'Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari' Saidina Ali - utk semua sahabat yg dikasihi...semoga aku tidak mensia2kan sahabatku semua....sekiranya ada..sila alertkan aku k...hehehe aku insan yg lemah :-D...

    Senyum selalu,jangan cepat marah,jangan stress2, fikir mudah tetapi bkualiti dan tenang selalu..

    Wednesday, 15 July 2020

    SOFEAROSE

    YOUTUBE imeakuemma 76




    Antara Doa di Mekah

    Ya Allah, terimalah amalan kami, sesungguhnya engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

    Ya Allah, jadikanlah aku dan seluruh zuriat serta keturunanku sebagai hamba-Mu yang  menyerah diri sepenuhnya kepada-Mu urusan hidup dan mati kami dan terimalah taubat kami serta mati kanlah kami dalam Islam sebagai hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa.


    Tuesday, 14 July 2020

    Akuemma 76


    Aku mencari di mana jiwa aku di bawa pergi. Rupanya semakin aku mencari aku semakin terbawa-bawa untuk menemui jawapan pencarian ini. Apa yang aku perlukan dalam hidup. Ketenangan? kemewahan? kebahagiaan? kemuliaan? Kebaikan?. Ya...kebaikan...kenapa kebaikan...kerana dengan melakukan kebaikan sudah pastinya akan datang setiap jawapan dalam pencarian. Berbuat baik lah dengan seikhlas hati untuk menuju jalan pulang..

     TWINEOOILERS TC