Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Saturday, 29 February 2020

    Doakan saya maafkan saya

    Salam Jumaat semua ...Assalamualaikum...

    Kata-kata motivasi pagi ini peringatan diri sendiri dan dikongsi jika berguna...๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

    'Kalau orang ada buat sesuatu yang merasakan ianya salah dan sebagai sahabat ingin menegurnya tetapi perlu kaedah dalam komunikasi berkesan 2 hala agar keharmonian itu wujud...bukan belasah ikut suka hati kita ja sebab tidak semua orang boleh menerima secara terbuka sekiranya kita menegur pun secara terbuka..namun jika menegur tidak berkesan..berdoa secara tidak diketahui olehnya hanya awak dan Allah..itu adalah terbaik sekiranya kita sayangkan orang yang ingin ditegur agar Allah sentiasa memberi yg terbaik dalam hidupnya... insya'Allah nikmat doa itu akan mendidik keperibadian kita juga di dalam mendalami jiwa orang lain dan jangan sesekali menegur seseorang yang boleh mengaibkan samada  cara kasar atau cara baik serta secara terbuka tapi jika kita merasakan perlu ditegur carilah kaedah yang paling berkesan agar ia betul2 dapat dihayati dan diterima baik buruknya sesuatu teguran itu..anda lebih tahu kerana orang yang hendak ditegur itu semestinya orang yang anda kenal dan sayang..tetapi jika tidak kenal atau rapat..doakan adalah senjata terbaik kerana Allah mendengarnya๐Ÿค—๐Ÿ˜...'

    'Kalau dengan orang pun berkira serba serbi di dalam berkomunikasi atau apa saja...Jangan pelik kalau tiba-tiba orang yang sentiasa buat pelbagai untuk anda dan suatu ketika dia akan pergi  kerana sebenarnya setiap orang pun boleh berkira jika kita sangat berkira orangnya...' -๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

    'Simpan dan sembunyikan kebaikan yang telah  kau lakukan sebaik mungkin sebagaimana engkau telah menyembunyikan aib engkau yang tidak mahu diketahui oleh orang lain...biarkan Allah yang menilai setiap kebaikan yang telah engkau lakukan walaupun sebesar zarah dan sebaliknya.'

    PenawarMembentukJiwaYangRapuh๐Ÿ˜ฅ
    RapuhnyaJiwaYangLemah๐Ÿ˜ช

    Doakan saya maafkan saya...

    Saturday, 15 February 2020

    PERFUME LOVABLE ERRA FAZIRA


    Untuk keterangan lanjut : boleh PM melalui INSTAGRAM : akuemma76
    atau tinggalkan komen anda di sini.....

                                      
     
     


      





    Kabulkanlah doa hamba Ya Allah, Aamiin ya Rabbal'alamiin

    Alhamdulillah, Ya Allah, terima kasih atas kurniaan umur yang Engkau berikan kepadaku sehingga ke saat ini. Terima kasih Allah setiap apa yang kumiliki dari ku dilahirkan sehingga ke saat ini.

    Di usia hamba ini, berikanlah hamba-Mu pertolongan di dalam mendidik jiwa menjadi peribadi yang lebih baik, yang dapat mengabdi hidup dan matiku pada Agamamu, berbakti pada ibuku, Kau panjangkanlah umur ibuku Ya Allah..kau berikanlah ibuku kesihatan yang sihat sejahtera ❤️๐Ÿ˜˜. Semoga umur ini dapat ku manfaatkan sepenuhnya untuk berbakti di jalan-Mu dengan sebaik-baiknya, menjadi lebih baik dari sebelumnya di dalam membentuk keperibadian yang mulia untuk diri sendiri dan orang-orang di sekitar ku selaras dengan iman dan takwa kepada-Mu. Ya Allah, kau berikanlah aku , ibuku, suamiku, anak-anakku, keluargaku, guru-guruku dan sahabat-sahabatku kebaikan hidup di dunia dan di akhirat serta jauhilah kami dari seksaan api neraka.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜”. Berkatilah hidup kami dengan rezeki yang halal dan kesihatan yang sihat sejahtera.

    Ya Allah ya Tuhan ku, terima kasih kerana Engkau memberikan kesempatan usia baru untuk ku. Ya Allah, di ulang tahunku ini, aku memohon kepada-Mu, keberkatan atas umurku, kelapangan atas rezekiku, dan kemudahan dalam urusanku, jauhkanlah hamba dari segala kejahatan jin dan Manusia. Permudahkanlah segala urusan hidup dan matiku agar sentiasa menjadi hamba yang taat pada-Mu. Kabulkanlah doa hamba, Aamiin ya Rabbal'alamiin.

    "Semalam kita anak kecil yg menangis dan sentiasa memerlukan perhatian...kemudian kita menjadi kanak-kanak yang mungkin sudah mengerti akan suatu impian...Impian itu direalisasikan semasa bergelar remaja. Hari ini..apa yang kita miliki, kita syukuri dengan sebenar-benar syukur di atas segala kurniaan Allah. Esok, semuanya akan menjadi kenangan terindah kita..sejarah usia yang ditinggalkan setahun demi setahun, ianya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna. Sematkan di hati yang paling dalam rasa kasih sayang, cinta, persahabatan, keikhlasan, kejujuran dan segalanya yang sentiasa sangat sempurna dan suburkan di hati rasa kesyukuran yg berterusan serta jauhilah sifat-sifat  yang bisa melemahkan jiwa kerana keperibadian yang mulia diselit kasih sayang itu lebih indah. "

    Terima kasih semua insan-insan yang menyayangi diri ini..insan-insan yang sentiasa ada ruang masa seminit dua untuk singgah di wall FB dengan ucapan dan doa. Itu adalah satu anugerah yang terindah kerana sahabat itu sebahagian dari kehidupan. Bila kau senyum ku gembira. Bila kau sedih ku menangis. Di mana saja kau berada. Ku kan tetap bersamamu. Walau pun jasad ku jauh ...❤️๐Ÿ˜˜๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน.

    -Coretan detik 12 malam Februari 2020-
    Terjaga dari lena .....



    Wednesday, 5 February 2020

    Puisi Harijadi 3 Februari

    Lihatlah pandangan mata..
    Lihatlah pandangan masa..
    Masa berputar tiada henti...
    Masa berjalan penuh kesibukan...
    Namun mereka ada masa untukmu....
    ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
    Meluangkan sesaat...
    Hargai itulah ingatan abadi....
    Menjadikan ianya bermakna...

    Hidup yang dilalui sedetik masa berlari
    Pengisian jiwa mengenal apa makna sebuah kehidupan...hanya Dia yang tahu sejauh mana kau berjalan kau berlari mengejar cinta padaNya...
    Alhamdulillah masih bernafas Mendoakan...esok masih ada nafas Menambahkan iman dan takwa...sejauh mana cinta padaNya...๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”

    Hidup ini tidak begitu rumit..
    Amat tenang mendamaikan
    Menerima rasa melapang dada penuh cinta kasih sayang....

    Menjadi lengkap dan membahagiakan
    Ianya indah penuh warna warni
    Memiliki insan-insan yang menyayangi
    Itulah harta paling bermakna dan bernilai
    Lebih dari segalanya....

    Bersyukur ada doa bonda...doa kekasih hati..doa pengarang jantung penyejuk hati mama...ada keluarga...menyintai menyayangi tanpa rasa jemu dihati...
    Ada cara tersendiri itulah pelengkap...
    Menjadikannya indah ....
    Membahagiakan..๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

    Bersyukur ada rakan di mana-mana...ada kawan..ada sahabat...ada teman..ada sahabat sejati...Terima Kasih!!
    Bersyukur ada insan yang sudi meluangkan sesaat masa mendoakan...dan ianya bukan satu tulisan sekadar mengisi masa tetapi ianya satu rasa antara sebuah keikhlasan...yang terbina...Insya-Allah

    Terima kasih di atas masa yang diluangkan untuk merangkap doa..
    Setiap bait-bait doa yang tertera itulah tanda kita masih ada satu ikatan...ukhuwah yang tidak pernah luntur di telan masa...Kita akan bertemu dalam doa bahawa aku masih ada insan yang sudi mendoakan untuk melihat kebahagiaan kecemerlangan...bahagia melihat bahagia
    Terima kasih..

    Bagiku ianya bukan sekadar ungkapan tetapi ianya memberi satu makna yang mana antara kau dan aku memahami sejauh mana perkataan itu memberi kesan yang menjadikannya indah...

    Masa sesaat yang diberikan itulah tanda Bahawa antara kita ada satu ikatan Ukhuwah......๐Ÿ˜
    Setiap doa ku baitkan doa...menghayati satu persatu....
    Dalam rasa dan doa
    Yang sama untuk melihat kegembiraan kebahagiaan kecemerlangan antara kita..Meluangkan masa demi satu Ukhuwah!!!

    Keluarga adalah segalanya..
    Sahabat sejati adalah pelengkap...
    Di mana saja kau berada..sentiasa ada...
    Di waktu untuk kita muncul..
    Meluang masa Emas demi satu doa!
    ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

    Terima kasih cinta..Terima kasih sayang..Terima kasih Sahabat...Terima kasih semua yang sentiasa ada untukku di mana saja kau berada!!!!

    Terima kasih atas keikhlasan...cinta kasih dan sayang kerna kau Istimewa!๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜”