Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Thursday, 30 January 2020

    Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan. ❤️


    Bila Allah ingin seseorang itu menjadi baik, nescaya Allah menampakkan baginya akan kekurangan dirinya bukan menampakkan kekurangan diri orang lain...😎

    Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan. ❤️

    Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang yang tidak kita sukai..nanti akan datang dalam diri aura negatif...jadi fikirkan keindahan..aura positif akan mewarnai emosi anda...

    Ok sekian terima kasih.Pujangga kata di Jumaat nan indah😃😁🤗

    @SantapanMinda: Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.

    Tuesday, 21 January 2020

    Tips Mencium Hajarul Aswad Bagi Perempuan

    Bismillahirrahmanirrahim 

    Assalamualaikum

    Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah.

    Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajarul Aswad), beliau berkata-kata:
    “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andai aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukannya (mencium Hajarul Aswad).


    ″Sunnah mencium (Hajar Aswad), bila tidak memungkinkan, cukup menyentuhnya, bila tidak memungkinkan cukup bertakbir, bertahmid atau bertahlil ke arahnya.″


    Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah kerana saya seisi keluarga di jemput menunaikan umrah pada 4 Disember - 16 Disember 2019 yang laluSemoga Allah menjemput saya seisi keluarga ke sini lagi untuk menunaikan haji dan umrah. Gambar di bawah di ambil semasa saya menuju ke Hajarul Aswad, pada ketika ini, saya tidak dapat mencium Hajarul Aswad tetapi saya diizinkan Allah sehingga dapat memegang sekitar bahagian luar Hajarul Aswad sahaja ( bahagian Silver) di mana saya berada di bahagian dinding Kaabah / Multazam. Bahagian ini agak lapang ketika itu sehingga saya berpeluang menyentuh bahagia silver sahaja. Dan saya berlalu apabila keadaan mulai padat dengan orang. Saya bergerak keluar apabila berkesempatan sekejap berada di hadapan Multazam.  Alhamdulilah, saya dapat menyentuh dinding Kaabah dan berada di bahagian hadapan Multazam. Allahuakbar...terima kasih Allah...Terima kasih setiap urusan yang Allah telah mudahkan sepanjang kami berada di Bailtullah, Makkah Al-Mukkarramah di dalam menunaikan umrah. Jemputlah kami seisi keluarga ke sini lagi Ya Allah.









    Tips dan gambar-gambar di bawah ini saya perolehi hasil pembacaan saya melalui banyak artikel dari blogger/info. Saya simpan di dalam blog ini sebagai rujukan saya dan sesiapa sahaja yang singgah ke blog ini sebagai panduan sekiranya saya seisi keluarga di jemput lagi dan lagi menunaikan haji dan umrah serta dapat ke Bailtullah, Makkah Al-Mukkarramah...Aamin..

    Tips mencium Hajarul Aswad bagi Perempuan:

     * Pergi selepas menunaikan solat Maghrib sementara waktu Isyak'
    * Mulakan dengan tawaf sunat dan lakukan agak hampir dengan Kaabah 
    * Himpit ke kiri setiap kali lalu Hajarul Aswad
    * Dan di akhir pusingan himpit terus ke kiri agar berada betul-betul dengan Multazam
    * Berdiri depan Multazam, berdoa sepenuh hati memohon keampunan dari Allah Taala dan doa segala kebaikan hidup di dunia dan akhirat . (Doa sepenuh hati) sehingga...
    * Dengar polis yang berdiri dekat situ meminta jemaah lelaki beredar dari situ dan akan memberi laluan kepada jemaah perempuan untuk mencium Hajarul Aswad
    * Jangan berebut-rebut dan bertenang kerana polis tersebut akan meminta semua perempuan beratur dan polis akan memberi giliran 
    *Insya-Allah dengan izin Allah dan memohon kepada Allah, agar segala urusan kita dipermudahkan.



     






    Monday, 20 January 2020

    Tuesday, 14 January 2020

    Umrah 4 Disember - 17 Disember 2019

    DALAM PENYELENGGARAAN UNTUK PENULISAN HEHE