Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Wednesday, 19 August 2020

    Puisi Hari jadi Buat Suami

    Happy birthday 44 tahun suamiku ..💞

    20 OGOS 2020


    Dia suami..yang sentiasa ada...

    Mengajarku pelbagai erti..

    Di dalam melayari bahtera..

    Pelbagai rasa ditempuhi 

    Dengan penyatuan dua jiwa..


    Antara kita tersemat satu rasa..

    Kasih sayang dan cinta yang ada

    Tersemat teguh di dalam dada...

    Mekar mewangi sentiasa..

    Di atas ikatan cinta suci...

    Dengan restu Ilahi...


    Selamat hari lahir suami..😘

    Semoga kebahagiaan sentiasa bersamamu ..mengiringi langkahmu

    Dikurniakan kesihatan yang baik..

    Dilimpahkan rezeki.. dipermudahkan segala urusan serta diberkati Allah selalu hidup dunia akhirat...sihat sejahtera serta berbahagia di samping diriku dan 3 orang anak-anak kita serta keluarga tercinta...dipanjangkan umurmu di dalam keberkatan usia..

    Dirahmati Allah hidup dunia akhirat..💞😘


    🐜🐜🐜🐜🐜❤️🍰🎂🍫😍😘😁


    Selamat menyambut Maal Hijrah 1442H/2020M "Ummah Rabbani Negara Harmoni"

    Thursday, 13 August 2020

    Cahaya Kasih Cinta Hati

     Puisi buat kesayangan mama...

    Cahaya Kasih Cinta Hati❤️😘.
     
    Seluruh doa dan cinta kasih sayang mama khas untukmu sayang-sayang mama❤️😘...Mama mendoakan setiap langkah anak-anak mama diberkati Allah..semoga anak-anak mama sentiasa sihat..dipanjangkan umur...menjadi anak yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan di akhirat selaras dengan keperibadian akhlak yang tinggi.

    Selamat berjuang sayangku dalam setiap  ujian dan peperiksaan yang bakal anak-anak mama tempuhi. Tempuhilah setiap fasa anak-anak mama menuju kedewasaan dengan iman dan taqwa dan  kesungguhan di dalam memperolehi setiap kejayaan. ❤️ Semoga kecemerlangan dan kejayaan sentiasa mengiringi setiap langkah destinasi anak-anak mama dunia akhirat..😘❤️


    Cahaya Kasih Cinta Hati

    Cahaya yang menerangi...
    Berkilau ketika kau di sisi...
    Bersinar indah di setiap nadi ini... 
    Menyinari segala kepahitan dihati..
    Langkah kaki kekuatan diri...
    Menguasai segenap jiwa 
    Cinta hati cahaya kasih..
    Kasih sayang terpahat 
    Teguh hati menjadi satu...

    Gelak tawa tangis hiba...
    Rajuk pilu menjadi kemanisan..
    Riuh rendah di sisimu..
    Sentuhan kasih sayang 
    Saat keutuhan 
    Ikatan cinta hati..

    Cahaya kasih cinta hati...
    Keindahan buat diri...
    Menjadi ubat dalam setiap langkah...
    Menjadi penawar di dalam segenap resah..Tersenyum manis untukmu..
    Di kala mana pun situasi..
    Tatapan wajahmu...penyejuk mata
    Senyuman tawamu pengubat jiwa..

    Iringimu di setiap saat waktu 
    Dengan doaku..
    Iringimu dengan kasih sayangku..
    Iringimu dengan cinta sejati...

    Setiap langkah lena dan jagamu...
    Bermain di segenap jiwaku...
    Kau kesayangan...
    Seluruh jiwa...
    Penawar pengubat
    segalanya...Mama....

    Nukilan:akuemma

    Puisi Buat Putera Mama

    Dingin pagi...langit kebiruan
    Cuaca redup penuh kedamaian..
    Padang menghijau memberi ketenangan..
    Menikmati keindahan alam...
    Cantiknya ciptaan Tuhan..
    Merenung penuh kesyukuran...

    Anak-anak berlatih di padang..
    Penuh semangat berkejar-kejaran..
    Tidak mengira kepenatan..
    Kerna kasih sayang ku turutkan...
    Demi cinta ini...ianya abadi...

    Tiada terlafaz dengan sebutan...
    Setiap perkara yang dilakukan..
    Sematkan rasa keikhlasan..
    Menikmati kehidupan penuh kesyukuran...

    Putaran masa tidak terhenti..
    Kaki melangkah ke destinasi...
    Sematkan rasa baik hati..
    Biar dunia akan mengerti..
    Hadirmu dirasai..
    Ketiadaan mu akan dirindui...

    Nukilan:
    akuemma

    Monday, 3 August 2020

    Penawar -AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din

    Kena simpan ilmu ni sebaiknya
    Orangnya pun dah takda lagi.😔
    Copy Paste dari group whatsap. Simpan di sini sebagai ilmu untuk perkongsian.

     (AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

    1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
     -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
     -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

    2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
     - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
     - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

    3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
     - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
     - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
     - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

    4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
     Surah Al - Baqarah, ayat 102

    5 ) Resdung
     - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
     - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
     - Setiap kolah masjid, 1 botol.
     - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
     - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
     - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
     - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
     - Ulang sebanyak 7 kali
     Surah Al - Anbya', ayat 83

    6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
     - Gunakan minyak zaitun
     - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
     - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
     Surah At- Taubah ayat 14
     &
     surah Al - Hashr ayat 21

    7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
     - Menggunakan madu asli
     - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
     - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
     - Makan 1 sudu sehari
     Surah An -Nahl, ayat 69

    8 ) Angin pasang
     - Menggunakan madu
     - Amalkan ayat- ayat di bawah ini
     -Surah Al - Isra', ayat 82
     Surah Al - Hashr, ayat 21
     Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

    9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
     Bahan - bahan :
     - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
     - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
     - Buah kelapa (yang berhingus)
     Cara - cara :
     - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
     - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
     - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
     - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
     - Minum air kelapa yang telah suam.
     *Satu bji kelapa, selang 2 hari.

    10) Susah tidur malam
     Surah Al - kahf, ayat 11

    11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
     Surah - fussilat, ayat 44

    12) Merawat histeria
     - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
     - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
     *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
     - As saffat , ayat 7

    [Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

    Ilmu yang harus dikongsi bersama..

    Saturday, 18 July 2020

    Kisah Hati


    Hati adalah sebuah organ dalaman yang perlu dijaga sebaik mungkin samaada secara sentuhan jiwa atau sentuhan fizikal pada hati itu sendiri...😔

    Hati perlu dijaga secara semulajadi yang hanya pemiliknya sahaja yang lebih tahu berkaitan hatinya samada hati yang rapuh, lemah dan menjurus kepada aura positif atau negatif. Kelemahan itu hanya diri kita saja yang mengetahui dan sejauh mana kita berusaha untuk merubah hati kita menjadi lebih baik dan indah dari sebelum nya...Insya-Allah tepuk dada tanya diri kita sendiri...😔

    Pemilik hati tidak tahu secara fizikal samada hatinya berfungsi dengan baik atau tidak sehinggalah ianya dikesan oleh pakar perubatan tetapi hati yang beraura positif negatif yang lemah, rapuh atau melibatkan jiwa hanya pemiliknya yang lebih tahu dan tidak diketahui oleh sesiapa pun kecuali Allah. Berusahalah mendidik hati secara sentuhan jiwa kerana kita mengetahui kita baik atau tidak😭 dan semoga organ hati secara fizikal berfungsi dengan baik insya-Allah..💞. Kita yang merubah diri kita dan kita yang akan menjaga hati kita...jagalah sebaik mungkin kerana pokok pangkalnya semua bermula dari hati.

    Itulah uniknya organ yang bernama HATI.

    Ada pesanan menarik daripada seorang ulama dalam tazkirahnya.  Kalau kita berbicara tentang kekayaan & kelebihan diri kita, kita seharusnya berhati-hati kerana mungkin orang yang mendengar ketika itu adalah orang yang tiada harta & miskin. Kalau kita berbicara tentang suami, isteri, ibu, ayah atau saudara mara, kita pun seharusnya berhati-hati kerana mungkin orang yang berdiri di depan kita itu adalah orang yg kematian suami/isteri atau seorang anak yatim piatu. Dan kalau kita berbicara tentang kejayaan diri kita di dunia ini, kita juga seharusnya sangat berhati-hati kerana mungkin orang yang sedang berurusan dengan kita pada ketika itu, belum pernah menerima kejayaan di dunia tetapi kejayaannya sedang menunggunya di pintu syurga. Yang penting, apa pun yg kita lakukan, kita mesti mengutamakan perasaan saudara kita yg berada di sisi kita tanpa melukakan hatinya kerana dia juga adalah Hamba Allah Umat Muhammad. Waahhu'alam...(copy paste)

    Ketika kamu bersyukur, Allah akan memberimu lebih. Mengeluh tidak akan menyelesaikan masalah tetapi bertambah sakit kepala dan stress...terima la sebagai dugaan dan ujian...insyaAllah

    @SantapanMinda
    Kunci kebahagiaan seorang hamba adalah jika dia mampu bersyukur atas kurnia-Nya, bersabar atas cobaan-Nya dan bertaubat atas dosanya.

    MANUSIA yang sentiasa membuka KEAIBAN orang lain akan di'AIB kan Allah pada penghujung hayatnya atau di akhirat kelak selagi dia TIDAK BERTAUBAT.

    "Lidah itu sangat bahaya,antara dosa lidah ialah Mengumpat, Menfitnah, Bercakap bohong & Mencela serta mengeji"-Tanyalah Ustazah

    "Siapa yg berhenti bertengkar walaupun dia tahu dia betul,akan diberikan ganjaran sebuah rumah ditengah syurga" -Tanya Ustazah

    Impian jangan terlalu berharap menjadi kenyataan tetapi banyakkan berdoa untuk memohon pertolongan Allah agar dipermudahkan mencapai impian itu...jika kita terlalu berharap jika gagal..selalunya kita sangat kecewa... tetapi jika tidak berjaya dengan kita  amalkan doa...kita yakin Allah mngajar kita untuk bersabar dan redho..:-)

    Diam ni ada 4 sebab:

    1) Memerhati
    2) Terasa Hati
    3) Tenangkan hati
    4) Dah takda hati

    Korang yg mana satu skrg ni?

    Jangan letak seseorang dalam hati.
    Kerana hati berbolak balik sifatnya. Letak seseorang dalam doa. Kerana ia akan tercatat di langit selamanya.

    Buatlah yang terbaik walaupun perkara yang remeh kerana dengannya kita akan memperolehi keikhlasan....

    Nampak baik, belum tentu benar.Yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.Sesuatu yang brharga, belum tentu bagus...😍😃❤️

    Org yang baik akan sentiasa terbaik tapi orang terbaik belum tentu baik..

    Menjadi terbaik bukannya mudah.Terbaik bagi kita belum tentu terbaik bagi orang lain. Nak puaskan hati semua?🤔.Buat ja benda baik. Kalau  tidak puas hati gak.Maaf Zahir Batin.Slmt Hari Raya Kawan 0-0😁

    @NotaDakwah: Salah satu rahsia untuk kekal berjaya ialah menghormati dan menghargai orang yang belum berjaya . Jangan sombong dengan kejayaan sekarang.

    Biar putih mata..biar putih tulang..tapi jangan hitam hati..kalau hitam hati..hidup pun jadi golap dan gelitaaaa.....

    'Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari' Saidina Ali - utk semua sahabat yg dikasihi...semoga aku tidak mensia2kan sahabatku semua....sekiranya ada..sila alertkan aku k...hehehe aku insan yg lemah :-D...

    Senyum selalu,jangan cepat marah,jangan stress2, fikir mudah tetapi bkualiti dan tenang selalu..

    Wednesday, 15 July 2020

    SOFEAROSE

    YOUTUBE imeakuemma 76




    Antara Doa di Mekah

    Ya Allah, terimalah amalan kami, sesungguhnya engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

    Ya Allah, jadikanlah aku dan seluruh zuriat serta keturunanku sebagai hamba-Mu yang  menyerah diri sepenuhnya kepada-Mu urusan hidup dan mati kami dan terimalah taubat kami serta mati kanlah kami dalam Islam sebagai hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa.


    Tuesday, 14 July 2020

    Akuemma 76


    Aku mencari di mana jiwa aku di bawa pergi. Rupanya semakin aku mencari aku semakin terbawa-bawa untuk menemui jawapan pencarian ini. Apa yang aku perlukan dalam hidup. Ketenangan? kemewahan? kebahagiaan? kemuliaan? Kebaikan?. Ya...kebaikan...kenapa kebaikan...kerana dengan melakukan kebaikan sudah pastinya akan datang setiap jawapan dalam pencarian. Berbuat baik lah dengan seikhlas hati untuk menuju jalan pulang..

     TWINEOOILERS TC


    Monday, 15 June 2020

    Triple White

    FOLLOW ME :

    Nak kulit flawless macam bintang kegemaran anda?⁠
    Mari dapatkan produk Triple White dari kami untuk merawat masalah anda.😊banyak manfaat menggunakan produk triple white ⁠
    ✅membantu mengembalikan kelembapan
    ✅menganjalkan kulit
    ✅mengawal pengeluaran minyak
    ✅mencegah jerawat
    ✅mencerahkan kulit wajah
    Wah tak sangkakan banyak betul manfaat dia. Patutlah skin makin sihat dan cantik . Beribu-ribu dah pengguna triple white di seluruh Malaysia
    Jom stop pakai produk yang bagi rosak kulit. Kita rawat kulit secara sihat dan selamat, repair dari dalam dengan triple white.⁠
    #triplewhite #triplewhiteofficial #triplewhiteglutathione #glutathione #supplement #skincare #beauty #health ⁠
    #skincareroutine #skincaredaily #skincareproducts #skincareaddict #skincarejunkie #mondayblues #eloksangat







    Wednesday, 10 June 2020

    YOUNG LIVING

    Apa itu Essential Oil (EO)?
    #essentialoils #youngliving


    JOM ADD FRIEND:
          TWINEOOILERS TC
    PAGE : TWINEOOILERS


    https://www.youngliving.com/en_MY

    Apa itu Essential Oil (EO)? EO adalah minyak aromatik yg diestrak dari tumbuhan (akar, resin/getah, bunga & biji benih) dan setiap 1 nya mempunyai sifat penyembuhan (healing properties). Minyak yg dihasilkan adalah 100% tulen dan mempunyai jisim molekul yg sgt halus bagi membantu menyerapan yg lebih cepat dan berkesan.

    EO sangat mudah meresap ke dalam kulit apabila disapu secara topikal dan tidak mempunyai kesan sampingan jangka panjang.



    Minyak pati yang merupakan ekstrak tumbuhan pekat aromatik yang diperoleh dengan teliti melalui penyulingan wap, penekanan sejuk, atau penyadapan resin. Minyak pati, campuran, dan produk yang disuntikkan minyak dengan tahap optimum komponen penyusun minyak pati semula jadi untuk memaksimumkan potensi mereka.

    Diantara potensi oils:
    ◆ Meningkatkan imuniti secara natural
    ◆ Aroma menyegarkan udara dalam persekitaran yang bersih dan segar
    ◆ Aroma meningkatkan daya fokus/tenang
    ◆ Meningkatkan kebaikan kesihatan yang pelbagai...insya'Allah


    #twineooilers
    — feeling positive.




    Tripple White - L-Glutathione




    Lindungi hati anda. 

    Banyak kelebihan apabila anda mengambil produk L-Glutathione dari kami. 
    Mari dapatkan produk Triple White dari kami untuk merawat masalah anda. 
    Banyak manfaat menggunakan produk triple white ⁠ ⁠ 
    ✅membantu mengembalikan kelembapan 
    ✅menganjalkan kulit 
    ✅mengawal pengeluaran minyak 
    ✅mencegah jerawat 
    ✅mencerahkan kulit wajah

    Untuk keterangan lanjut boleh emel : stylo76@gmail.com atau 
    PM IG: akuemma 76





    Thursday, 7 May 2020

    Doa Harian Oleh Ustaz Ismail Kamus


    Assalamualaikum

    Hari ini, Jumaat, 8 Mei 2020 bersamaan 15 Ramadan...kembalinya seorang permata yang ummah😔.. semoga roh nya dicucuri rahmat Allah s.w.t. Innalillahiwainnahirojiun...

    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
    Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya,  jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

    3 permata yang ummah telah kembali kepada sang pencipta di hari jumaat saiyidullayam serta di bulan yang mulia 15 Ramadhan ..



    Perkongsian ini saya dapatkan dari posting facebook dan dan  copy paste di blog saya ini sebagai rujukan untuk kehidupan harian ...insya' Allah

    KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS 🌳

    1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
    - Mandi dan ambil wuduk

    2. Solat Sunat Wuduk.

    3. Solat Sunat Taubat.

    4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

    5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

    6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

    7. Istighfr

    ( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X

    8. Tahlil
    ( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X

    9. Baca Doa Nabi Yunus

    ( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x

    10. Tasbih 40x

    ( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X

    11. Solat Sunat Fajar.

    12. Solat Subuh.

    13. Baca Yaassin lepas subuh.

    14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

    15. Solat Zohor.
    - Solat sunat sebelum
    - Solat sunat selepas

    16. Solat Asar.
    - Solat sunat sebelum

    17. Solat Maghrib.
    - Solat sunat selepas

    18. Solat Isya'
    - Solat sunat sebelum
    - Solat sunat selepas

    19. Sebelum tidur baca :
    - Al-Quran
    - surah Al-Mulk
    - surah Sajjadah
    - surah Al-Waqiah

    20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

    “ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

    Ustaz Ismail Kamus ❤️

    Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

    🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
    🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
    🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
    🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
    🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

    🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

    🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

    🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

    🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

    🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

    🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

    🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

    🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

    🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

    (Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

    🍃🌹tazkirah hati🌹🍃

    #Share ilmu ini utk peringatan semua

    Saturday, 29 February 2020

    Doakan saya maafkan saya

    Salam Jumaat semua ...Assalamualaikum...

    Kata-kata motivasi pagi ini peringatan diri sendiri dan dikongsi jika berguna...😍😘

    'Kalau orang ada buat sesuatu yang merasakan ianya salah dan sebagai sahabat ingin menegurnya tetapi perlu kaedah dalam komunikasi berkesan 2 hala agar keharmonian itu wujud...bukan belasah ikut suka hati kita ja sebab tidak semua orang boleh menerima secara terbuka sekiranya kita menegur pun secara terbuka..namun jika menegur tidak berkesan..berdoa secara tidak diketahui olehnya hanya awak dan Allah..itu adalah terbaik sekiranya kita sayangkan orang yang ingin ditegur agar Allah sentiasa memberi yg terbaik dalam hidupnya... insya'Allah nikmat doa itu akan mendidik keperibadian kita juga di dalam mendalami jiwa orang lain dan jangan sesekali menegur seseorang yang boleh mengaibkan samada  cara kasar atau cara baik serta secara terbuka tapi jika kita merasakan perlu ditegur carilah kaedah yang paling berkesan agar ia betul2 dapat dihayati dan diterima baik buruknya sesuatu teguran itu..anda lebih tahu kerana orang yang hendak ditegur itu semestinya orang yang anda kenal dan sayang..tetapi jika tidak kenal atau rapat..doakan adalah senjata terbaik kerana Allah mendengarnya🤗😍...'

    'Kalau dengan orang pun berkira serba serbi di dalam berkomunikasi atau apa saja...Jangan pelik kalau tiba-tiba orang yang sentiasa buat pelbagai untuk anda dan suatu ketika dia akan pergi  kerana sebenarnya setiap orang pun boleh berkira jika kita sangat berkira orangnya...' -😍😘

    'Simpan dan sembunyikan kebaikan yang telah  kau lakukan sebaik mungkin sebagaimana engkau telah menyembunyikan aib engkau yang tidak mahu diketahui oleh orang lain...biarkan Allah yang menilai setiap kebaikan yang telah engkau lakukan walaupun sebesar zarah dan sebaliknya.'

    PenawarMembentukJiwaYangRapuh😥
    RapuhnyaJiwaYangLemah😪

    Doakan saya maafkan saya...

    Saturday, 15 February 2020

    PERFUME LOVABLE ERRA FAZIRA


    Untuk keterangan lanjut : boleh PM melalui INSTAGRAM : akuemma76
    atau tinggalkan komen anda di sini.....

                                      
     
     


      





    Kabulkanlah doa hamba Ya Allah, Aamiin ya Rabbal'alamiin

    Alhamdulillah, Ya Allah, terima kasih atas kurniaan umur yang Engkau berikan kepadaku sehingga ke saat ini. Terima kasih Allah setiap apa yang kumiliki dari ku dilahirkan sehingga ke saat ini.

    Di usia hamba ini, berikanlah hamba-Mu pertolongan di dalam mendidik jiwa menjadi peribadi yang lebih baik, yang dapat mengabdi hidup dan matiku pada Agamamu, berbakti pada ibuku, Kau panjangkanlah umur ibuku Ya Allah..kau berikanlah ibuku kesihatan yang sihat sejahtera ❤️😘. Semoga umur ini dapat ku manfaatkan sepenuhnya untuk berbakti di jalan-Mu dengan sebaik-baiknya, menjadi lebih baik dari sebelumnya di dalam membentuk keperibadian yang mulia untuk diri sendiri dan orang-orang di sekitar ku selaras dengan iman dan takwa kepada-Mu. Ya Allah, kau berikanlah aku , ibuku, suamiku, anak-anakku, keluargaku, guru-guruku dan sahabat-sahabatku kebaikan hidup di dunia dan di akhirat serta jauhilah kami dari seksaan api neraka.😭😔. Berkatilah hidup kami dengan rezeki yang halal dan kesihatan yang sihat sejahtera.

    Ya Allah ya Tuhan ku, terima kasih kerana Engkau memberikan kesempatan usia baru untuk ku. Ya Allah, di ulang tahunku ini, aku memohon kepada-Mu, keberkatan atas umurku, kelapangan atas rezekiku, dan kemudahan dalam urusanku, jauhkanlah hamba dari segala kejahatan jin dan Manusia. Permudahkanlah segala urusan hidup dan matiku agar sentiasa menjadi hamba yang taat pada-Mu. Kabulkanlah doa hamba, Aamiin ya Rabbal'alamiin.

    "Semalam kita anak kecil yg menangis dan sentiasa memerlukan perhatian...kemudian kita menjadi kanak-kanak yang mungkin sudah mengerti akan suatu impian...Impian itu direalisasikan semasa bergelar remaja. Hari ini..apa yang kita miliki, kita syukuri dengan sebenar-benar syukur di atas segala kurniaan Allah. Esok, semuanya akan menjadi kenangan terindah kita..sejarah usia yang ditinggalkan setahun demi setahun, ianya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna. Sematkan di hati yang paling dalam rasa kasih sayang, cinta, persahabatan, keikhlasan, kejujuran dan segalanya yang sentiasa sangat sempurna dan suburkan di hati rasa kesyukuran yg berterusan serta jauhilah sifat-sifat  yang bisa melemahkan jiwa kerana keperibadian yang mulia diselit kasih sayang itu lebih indah. "

    Terima kasih semua insan-insan yang menyayangi diri ini..insan-insan yang sentiasa ada ruang masa seminit dua untuk singgah di wall FB dengan ucapan dan doa. Itu adalah satu anugerah yang terindah kerana sahabat itu sebahagian dari kehidupan. Bila kau senyum ku gembira. Bila kau sedih ku menangis. Di mana saja kau berada. Ku kan tetap bersamamu. Walau pun jasad ku jauh ...❤️😘🌹🌹🌹.

    -Coretan detik 12 malam Februari 2020-
    Terjaga dari lena .....



    Wednesday, 5 February 2020

    Puisi Harijadi 3 Februari

    Lihatlah pandangan mata..
    Lihatlah pandangan masa..
    Masa berputar tiada henti...
    Masa berjalan penuh kesibukan...
    Namun mereka ada masa untukmu....
    😍😘😘
    Meluangkan sesaat...
    Hargai itulah ingatan abadi....
    Menjadikan ianya bermakna...

    Hidup yang dilalui sedetik masa berlari
    Pengisian jiwa mengenal apa makna sebuah kehidupan...hanya Dia yang tahu sejauh mana kau berjalan kau berlari mengejar cinta padaNya...
    Alhamdulillah masih bernafas Mendoakan...esok masih ada nafas Menambahkan iman dan takwa...sejauh mana cinta padaNya...😔😔😔

    Hidup ini tidak begitu rumit..
    Amat tenang mendamaikan
    Menerima rasa melapang dada penuh cinta kasih sayang....

    Menjadi lengkap dan membahagiakan
    Ianya indah penuh warna warni
    Memiliki insan-insan yang menyayangi
    Itulah harta paling bermakna dan bernilai
    Lebih dari segalanya....

    Bersyukur ada doa bonda...doa kekasih hati..doa pengarang jantung penyejuk hati mama...ada keluarga...menyintai menyayangi tanpa rasa jemu dihati...
    Ada cara tersendiri itulah pelengkap...
    Menjadikannya indah ....
    Membahagiakan..😍😘😘😘

    Bersyukur ada rakan di mana-mana...ada kawan..ada sahabat...ada teman..ada sahabat sejati...Terima Kasih!!
    Bersyukur ada insan yang sudi meluangkan sesaat masa mendoakan...dan ianya bukan satu tulisan sekadar mengisi masa tetapi ianya satu rasa antara sebuah keikhlasan...yang terbina...Insya-Allah

    Terima kasih di atas masa yang diluangkan untuk merangkap doa..
    Setiap bait-bait doa yang tertera itulah tanda kita masih ada satu ikatan...ukhuwah yang tidak pernah luntur di telan masa...Kita akan bertemu dalam doa bahawa aku masih ada insan yang sudi mendoakan untuk melihat kebahagiaan kecemerlangan...bahagia melihat bahagia
    Terima kasih..

    Bagiku ianya bukan sekadar ungkapan tetapi ianya memberi satu makna yang mana antara kau dan aku memahami sejauh mana perkataan itu memberi kesan yang menjadikannya indah...

    Masa sesaat yang diberikan itulah tanda Bahawa antara kita ada satu ikatan Ukhuwah......😍
    Setiap doa ku baitkan doa...menghayati satu persatu....
    Dalam rasa dan doa
    Yang sama untuk melihat kegembiraan kebahagiaan kecemerlangan antara kita..Meluangkan masa demi satu Ukhuwah!!!

    Keluarga adalah segalanya..
    Sahabat sejati adalah pelengkap...
    Di mana saja kau berada..sentiasa ada...
    Di waktu untuk kita muncul..
    Meluang masa Emas demi satu doa!
    😭😭😭😭

    Terima kasih cinta..Terima kasih sayang..Terima kasih Sahabat...Terima kasih semua yang sentiasa ada untukku di mana saja kau berada!!!!

    Terima kasih atas keikhlasan...cinta kasih dan sayang kerna kau Istimewa!😍😘😘😘😔

    Thursday, 30 January 2020

    Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan. ❤️


    Bila Allah ingin seseorang itu menjadi baik, nescaya Allah menampakkan baginya akan kekurangan dirinya bukan menampakkan kekurangan diri orang lain...😎

    Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan. ❤️

    Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang yang tidak kita sukai..nanti akan datang dalam diri aura negatif...jadi fikirkan keindahan..aura positif akan mewarnai emosi anda...

    Ok sekian terima kasih.Pujangga kata di Jumaat nan indah😃😁🤗

    @SantapanMinda: Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.

    Tuesday, 21 January 2020

    Tips Mencium Hajarul Aswad Bagi Perempuan

    Bismillahirrahmanirrahim 

    Assalamualaikum

    Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah.

    Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajarul Aswad), beliau berkata-kata:
    “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andai aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukannya (mencium Hajarul Aswad).


    ″Sunnah mencium (Hajar Aswad), bila tidak memungkinkan, cukup menyentuhnya, bila tidak memungkinkan cukup bertakbir, bertahmid atau bertahlil ke arahnya.″


    Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah kerana saya seisi keluarga di jemput menunaikan umrah pada 4 Disember - 16 Disember 2019 yang laluSemoga Allah menjemput saya seisi keluarga ke sini lagi untuk menunaikan haji dan umrah. Gambar di bawah di ambil semasa saya menuju ke Hajarul Aswad, pada ketika ini, saya tidak dapat mencium Hajarul Aswad tetapi saya diizinkan Allah sehingga dapat memegang sekitar bahagian luar Hajarul Aswad sahaja ( bahagian Silver) di mana saya berada di bahagian dinding Kaabah / Multazam. Bahagian ini agak lapang ketika itu sehingga saya berpeluang menyentuh bahagia silver sahaja. Dan saya berlalu apabila keadaan mulai padat dengan orang. Saya bergerak keluar apabila berkesempatan sekejap berada di hadapan Multazam.  Alhamdulilah, saya dapat menyentuh dinding Kaabah dan berada di bahagian hadapan Multazam. Allahuakbar...terima kasih Allah...Terima kasih setiap urusan yang Allah telah mudahkan sepanjang kami berada di Bailtullah, Makkah Al-Mukkarramah di dalam menunaikan umrah. Jemputlah kami seisi keluarga ke sini lagi Ya Allah.









    Tips dan gambar-gambar di bawah ini saya perolehi hasil pembacaan saya melalui banyak artikel dari blogger/info. Saya simpan di dalam blog ini sebagai rujukan saya dan sesiapa sahaja yang singgah ke blog ini sebagai panduan sekiranya saya seisi keluarga di jemput lagi dan lagi menunaikan haji dan umrah serta dapat ke Bailtullah, Makkah Al-Mukkarramah...Aamin..

    Tips mencium Hajarul Aswad bagi Perempuan:

     * Pergi selepas menunaikan solat Maghrib sementara waktu Isyak'
    * Mulakan dengan tawaf sunat dan lakukan agak hampir dengan Kaabah 
    * Himpit ke kiri setiap kali lalu Hajarul Aswad
    * Dan di akhir pusingan himpit terus ke kiri agar berada betul-betul dengan Multazam
    * Berdiri depan Multazam, berdoa sepenuh hati memohon keampunan dari Allah Taala dan doa segala kebaikan hidup di dunia dan akhirat . (Doa sepenuh hati) sehingga...
    * Dengar polis yang berdiri dekat situ meminta jemaah lelaki beredar dari situ dan akan memberi laluan kepada jemaah perempuan untuk mencium Hajarul Aswad
    * Jangan berebut-rebut dan bertenang kerana polis tersebut akan meminta semua perempuan beratur dan polis akan memberi giliran 
    *Insya-Allah dengan izin Allah dan memohon kepada Allah, agar segala urusan kita dipermudahkan.