Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Sunday, 12 May 2019

    Bila Hati Bersuara

    Sebenarnya sejak dari kecil lagi, aku mempunyai bakat dalam berkarya ni tetapi cuma aku tidak menceburi bidang penulisan secara serius sahaja sebab aku tidak menjadikannya cita-cita tetapi sekadar hobi sahaja. Sebab itu sekiranya aku mempunyai masa, aku akan menulis sesuatu di laman blog tidak rasmi aku ini.  Sebab hobi ini sudah sebati di dalam jiwa aku sejak aku dari kecil lagi. 

    Dari zaman sekolah rendah, aku memang sudah terdedah dengan bidang penulisan yang mana aku tulis sendiri di dalam buku peribadi. Di dalam buku itu ada cerpen pendek dan ada juga novel. Tetapi yang paling banyak lebih kepada puisi dan sajak laaa....entah kenapa aku minat sangat mendeklamasikan puisi-puisi dan sajak aku itu. Aku pernah mendeklamasikan sajak ciptaan aku di peringkat sekolah rendah, menengah, IPT dan juga di pejabat semasa ada upacara tertentu. Dan daripada penglibatan aku itu, ada juga aku memenangi Anugerah (Johan hehehe).

     Kadang-kadang aku ada juga hantar kat mana-mana pertandingan di peringkat sekolah dan IPT. Aku pernah masuk ruangan pelajar ADD (Berita Harian) masa sekolah menengah dan Majalah Fokus. Ada la dapat hadiah saguhati sebab menghantar karya-karya yang aku rasa nak hantar ketika itu.

    Banyak lagi yang aku ingin bersuara malangnya aku takde mood pulaks ekeke...selalunye mood inilah yang menganggu aku...tapi hari ini aku nak luangkan masa aku untuk menyatakan perasaan aku sebagai seorang penulis tidak rasmi ini....betul...semakin hari semakin banyak komitmen yang perlu aku hadapi....dan bidang penulisan ini tetap aku teruskan....mengikut masa dan kelapangan....disebabkan bulan ini BULAN AQUARIUS...aku nak bercerita pasal seseorang yang aku selalu follow melalui twitter...siapa lagi kalau bukan Erra Fazira ekekeke...aku xnak bercerita apa-apa pun...aku cuma nak copy paste ayat-ayat kat twitter je ekekeke....



    Kita tidak akan pernah menjadi cukup baik untuk setiap orang tetapi kita akan sentiasa cukup baik dimata orang yang sentiasa menghargai kita

    Orang selalu berkata kawan yang menangis bersama susah nak cari...tapi sebenarnya kan...kawan ketawa pun susah nak cari..yang boleh buat kita ketawa sampai terlupa kita sedang bersedih..Hilang stresss tu!!;-)

    Yang berlalu tetap berlalu...yang hari ni kena lalui sama ada pahit atau manis....Hari ini kita ketawa...esok belum pasti lagi....Renungan Mesra

    Orang yang bersabar ketika sangat marah ialah orang yang paling kuat..orang yang berfikir dahulu sebelum bertutur..orang yang sangat hebat.

    Marah mudah....sabar indah...Yang mudah kesannya padah...Yang Payah kesannya indah....Sabar itu separuh dari iman..padah macam-macam ada...

    Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira...tidak semestinya mempunyai hati yang gembira...

    Kekuatan seseorang bukan terletak di fizikal tetapi di hati.....

    Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...Sihat sebelum sakit...Muda sebelum tua...kaya sebelum miskin...lapang sebelum sempit...Hidup sebelum mati..