Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Wednesday, 26 December 2018

    Resepi Ayam Barbeque padu

    AYAM BARBEQUE:

    Bahan-Bahan:


    Ayam potong 8 bahagian


    2 biji bawang putih ditumbuk halus.
    4 sudu besar  cuka beras atau gunakan saja air perahan  lemon.
    5 sudu besar Barbeque sos.
    Gaulkan semua bahan di atas dengan ketulan ayam dan peram sekurang-kurangnya 3 jam.

    Bakar ayam
     
    Resipi “Barbeque Sauce”.

    Bahan-Bahan:


    2 sudu mentega

    1 1/2 sudu tepung gandum
    Sebiji bawang besar (potong dadu)
    Sebiji tomato (potong dadu)
    Seketul kiub ayam Knors
    2 cawan air
    Sedikit kicap pekat
    Sedikit sos cili/sos tomato
    Garam dan gula secukup rasa
    1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
    Tepung jagung (jika perlu)


    Cara menyediakan dan memasak:


    • Cairkan mentega dengan api kecil dan masukkan tepung gandum setelah mentega cair.
    • Kacau sehingga perang dan masukkan bawang.
    • Kacau sehingga naik bau wangi dan masukan kiub ayam.
    • Masukkan air,  tambah sos cili.
    • Tambahkan kicap pekat secukup rasa yang sesuai. 
    • Masukkan tomato yang dipotong dadu.
    • Sedikit gula dan garam.
    • Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
    • Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sehingga pekat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.
    • Panaskan dalam periuk dan masak dengan api sederhana (medium) selama 30 minit sehingga gula perang cair dan sebati.


    Doa-Doa Untuk Pelajar Cemerlang


    DOA-DOA UNTUK PELAJAR CEMERLANG, IN SYA ALLAH

    1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :
    lk
    اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
    “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

    2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

    اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
    “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

    3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

    وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
    “Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

    4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

    سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
    “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

    5) Doa memohon kejayaan cemerlang :

    اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
    “Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

    6) Doa ketika menerima kertas soalan :

    قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
    “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

    7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

    ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
    “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”