Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Thursday, 7 June 2018

    Puisi Buat Sahabat


    Seikhlas kata ku kirim
    Setulus hati ku lahirkan
    Semoga keindahan dan kemesraan
    Tetap jadi kenangan....
    Sahabat,
    Aku tidak pasti ketika ini..
    Apa situasi yang kau alami...
    Namun...aku mendoakan semua sahabatku
    Di Maya ini...
    Agar di bulan yang penuh kemuliaan ini..
    Dipermudahkan urusan kita..
    Dipermudahkan amalan kita...
    Namun kita telah lama dipisahkan oleh keadaan
    Tetapi maya ini menyatukan kita
    Dalam pelbagai situasi cara berbeza
    Namun ingatan mesra tetap berkekalan
    Semoga ada ruang kita akan bertemu jua
    Di hari Raya atau suatu ketika
    Bersama kita menikmati hari raya...
    Dalam suasana riang gembira..
    Andai sahabat sedang menempuh ujian
    Ketika dan saat ini
    Doa ku kirimkan agar ada sinar bahagia
    Dipermudahkan semuanya....
    Serta iringan sayu penuh doa
    Semoga hari nan mulia bulan yang mulia
    Membawa sinar iman takwa bahagia selamanya
    Semoga berkekalan selama-lamanya
    Ikatan persahabatan yang kita bina..
    Dengan cara tersendiri....
    Ingin ku sembah salam penuh takzim
    Serta minta maaf ampun zahir batin
    Atas segala salah silap yang pastinya ada...
    Elok kita simpulkan sutera silaturrahim yang terurai
    Bersama-samalah kita maaf-memaafi..
    Mood: Tulis Kad Ghaya macam dulo2 hahahaa
    dalam emosi syair dan puisi hehehe
    Bukan awal ni wish...memang kad ghaya
    dihantar seminggu sebelum raya kan...ahaks hehe
    Pernah terima kad raya aku dulo??hahaha
    Kredit lagu raya: errafazira  dan
    Selamat Hari Raya twin!😍