Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Monday, 9 September 2013

    Kadang kalanya tersasar dalam leka

    Terbaca dari satu artikel..menarik untuk dikongsi di sini..untuk peringatan untuk diriku yang kadang kalanya tersasar dalam leka...'jangan mengumpat lebih utama daripada memberi nasihat...Ertinya..jika kita tidak mampu memberi nasihat kepada seseorang tidak mengapa, tetapi yang lebih utama jangan mengumpatnya sebaliknya cuba mendoakannya...jika tidak mampu membantunya, tidak mengapa asalkan jangan menyusahkannya sebaliknya mendoakannya agar Allah mempermudahkan urusannya...'

    Cantik ayat ni ...!

    Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit......

    Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......

    Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......

    Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat......

    Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......

    Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

    Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........

    Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
    "Siapa mereka semua tu?".....
    Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
    "DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..


    TERIMA KASIH SAHABAT...

    Sunday, 1 September 2013

    Resepi Bihun/Mee sup


    Setiap kali tibanya harijadi anak-anak mama, mama risau memikirkan apa jenis masakan yang akan mama buat untuk majlis harijadi anak-anak mama. Semasa harijadi kakak setahun yang mana sekarang kakak sudah berumur 9tahun, kita berada di Putrajaya. Dan masakan yang mama pandai buat ialah laksa dan tomyam sahaja pada waktu itu hehee...jadinya itulah makanan tetap untuk setiap majlis harijadi anak-anak mama atau jamuan hari raya setiap tahun.Kemudian tambahan mama tempah sahaja...senang cerita hehee

    Di Putrajaya, mama juga menambahkan menu masakan lain yang ditempah khas dari seorang tukang masak yang sudah sebati dengan masakannya. Masakan yang selalu mama tempah di antaranya ialah nasi beriani dan mee kari. Ramai juga tetamu yang hadir lebih kurang 200orang yang mana terdiri daripada kawan-kawan mama dan daddy serta jiran-jiran di Presint kita.

    Kemudian semasa harijadi adik dua tahun, pada tahun 2013..mama mencuba resepi yang baru yang mana ini kali pertama mama buat iaitu Bihun/mee sup. Untuk majlis harijadi abang, mama buat bihun tomyam. Dan menu mama bergilir-gilir mengikut mood mama..hehehe...

    ok disini mama tulis resepi bihun/mee sup yang mama buat semasa harijadi adik dua tahun yang mana diberi 4 1/2 bintang oleh kawan-kawan pejabat dan bos mama. Bos mama kata tidak boleh bagi 5 bintang, nanti mama perasan dan belagak hahaha...Resepi ini pada mulanya mama dapatkan daripada internet tetapi apabila raya tahun 2013 maknanya kali kedua mama masak, mama sudah boleh menghafal cara-cara dan bahan-bahannya seperti di bawah:

    Bahan-bahan
    • Bihun/mee sebanyak 10bungkus
    • Daging direbus dan dihiris kecik untuk hiasan
    • Seekor ayam di potong sederhana besar dan dibersihkan serta direbus
    • 10 pokok sawi (agak-agaklah yang bersesuaian 5-10 gitula..mama agak-agak jer hehee)
    • 10 pokok daun saderi agak-agaklah yang bersesuaian 5-10 gitula..mama agak-agak jer hehee)
    • Taugeh mengikut kesesuaian
    • Daun bawang dipotong halus
    • Daun sup dipotong halus
    • bawang goreng
    • 5 bawang merah dikisar
    • 5 bawang putih dikisar
    • sedikit haliadikisar
    • kulit kayu manis
    • bunga lawang
    •  bunga cengkih
    • Rempah sup
    • Rempah kurma
    • Garam
    • Serbuk pati ayam
    • cili padi
    • limau nipis (diambil jusnya)
    • Kicap pekat manis
    • Minyak untuk menumis
    • Air 
    • Serbuk cili untuk sambal (jika hendak menggunakan serbuk cili, mana-mana pun boleh janji sedap hehehe)
    Cara-cara
    1. Mee/bihun dibasuh bersih. Kemudian merendamkannya ke dalam air panas.
    2. Kisarkan semua bahan-bahan yang perlu dikisar
    3. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan yang telah dikisar tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
    4. Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan air secukupnya bersama pokok sawi dan pokok saderi serta taugeh.
    5. Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dalam periuk mengikut kesuaian masakan anda.
    6. Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran kena bijak juga hehee)
    7. Masukkan garam & serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh.
    8. Ayam yang direbus tadi dimasukkan kedalam bahan-bahan yang telah ditumis itu bersama air rebusannya untuk menjadikannya lebih enak.
    9. Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, bawang merah & bawang putih. Masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis.Atau serbuk cili padi ditumis bersama air asam jawa dan garam untuk digunakan sebagai sambal.
    10. Rebus daging serentak dengan masakan sup untuk menjadikannya hiasan pada mee/bihun anda, ini menjadikannya lebih enak dan lazat.
    11. Setelah siap,hidangkan mee/bihun dengan bawang goreng, daun bawang dan sup yang telah dipotong halus bersama daging yang telah dipotong kecil-kecil tadi.
    Ok anak-anak mama, selamat mencuba resepi mama yea. Kalau tak jadi try untuk kali kedua mesti jadi punya hehehe...mama try sekali ja terus jadi...anak-anak mama mesti sekali try gak mesti jadi..apa yang penting semasa memasak niat kerana Allah dan penuh kasih sayang.;-)