Hari ini tergerak hati mama untuk meluahkan sesuatu pada kakak, abang dan adik. Maafkan mama sayang sekiranya selama mama bergelar mama, mama tidak banyak masa untuk bersama anak-anak mama. Masa terlalu sedikit untuk mama menghabiskan masa dan saat-saat yang bahagia bersama anak-anak mama. Kerjaya yang mama sandang sekarang memerlukan komitmen yang tinggi dan seawal pagi mama keluar untuk mencari rezeki buat kita sekeluarga. Dan selepas matahari terbenam, mama pulang untuk bersama-sama dengan anak-anak mama. Perjalanan yang jauh untuk sampai ke rumah mengambil masa hampir dua jam membuatkan mama sangat penat. Tetapi mama sangat gembira apabila menatap wajah anak-anak mama yang sangat mama sayangi dan cintai. Kepenatan yang mama hadapi itu hilang begitu sahaja bersama dengan angin lalu. Pelukan kasih sayang mama terasa hangat dan memberi mama kekuatan untuk terus menjadi mama yang terbaik untuk anak-anak mama. Mungkin mama adalah seseorang di pejabat tetapi apabila di rumah anak-anak mama lah boss mama.hehehe....macam-macam anak-anak mama suruh mama buat dan macam-macam ragam ada. Ada yang menjerit-jerit, menangis-nangis, bergelak ketawa, berlawan macam Ben10 dan power rangers. Ada yang melompat-lompat dan suruh mama mendukung ke sana ke mari. Kakak yang sudah 9tahun pun suruh mama dukung...aikh!!!!!!tapi mama tetap dukung sebab kakak kurus. hehehehe kalau badan besar jangan harap mama nak dukung ok!!!ekekek...
Mama masih ingat lagi masa kakak mula-mula dilahirkan..masa tu kita kat Putrajaya...5minit sahaja mama pergi kerja dan pada waktu itu mama banyak masa dengan kakak. Kemudian mama sambung belajar di UKM dan pada waktu itu, kampus untuk pelajar yang belajar sambil bekerja macam mama di adakan di area Kuala Lumpur. Jarak pada waktu itu tidak lah jauh sangat tetapi kesesakan lalu lintas yang sangat menguji mama. Pada waktu itu kakak baru berumur 4tahun.Kemudian abang muncul pula dalam hidup mama dan daddy. Mama tidak banyak masa dengan abang kerana semasa mengandungkan abang, mama semester terakhir di UKM. Sepanjang 9bulan mama mengandungkan abang, mama memandu dari Putrajaya-Kuala Lumpur hampir setiap hari dan keadaan itu membuatkan mama sangat penat tetapi mama kuatkan semangat untuk menghabiskan pengajian mama bagi peluang kerjaya yang lebih baik. Alhamdullilah berkat kesabaran ,usaha yang gigih,doa mak dan suami tercinta serta rezeki anak-anak mama, mama menyandang jawatan sekarang. Peluang kerjaya sentiasa terbuka untuk mama. Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah berikan untuk kita sekeluarga.
Maafkan mama sayang...andainya mama termarahkan anak-anak mama...menegur anak-anak mama adalah kewajipan mama...sekiranya salah tingkah laku dan tutur kata mama perlu menegur dengan baik, tapi kalau tak jalan..itu yang mama terpaksa tinggikan suara untuk menegaskan teguran mama...tapi kakak menangis, kata kakak...mama garang sangat....tapi itu bukan garang arr kakak..itu namanye tegas ok!hehehe kakak tersenyum baca coretan mama ini sebab masa mama menulis coretan ini...kakak kat sebelah mama jerk...kita menggunakan dua laptop...mama tulis dan publish..kakak baca...hehehe..itulah saat-saat yang indah apabila bersama anak-anak mama...rasa bahagia apabila menghabiskan masa dengan anak-anak mama...
Mama juga menghabiskan masa dengan bermain games ini dengan abang dan adik ketika mama mempunyai masa yang terluang. Macam-macam games ada. Tetapi ini games terkini yang paling popular di antara kita anak beranak hehehe
Ketika belajar memang mama agak tegas sedikit berbanding daddy. Tetapi mama sentiasa meluangkan masa untuk mengajar anak-anak mama dan cuba bekalkan ilmu yang terbaik untuk anak-anak mama. Begitu juga daddy. Semoga anak-anak mama menjadi anak yang solehah dan soleh, berjaya hidup di dunia dan di akhirat, berakhlak mulia, sentiasa diberkati dirahmati kehidupan dunia dan akhirat serta sentiasa sihat sejahtera.Amin.... SAYANG ANAK-ANAK MAMA BANYAK BANYAK BANYAK BANYAK.....

2 comments:
ooo...mama kata kakak kurus...mama pun kurus gak hehe...(kakak)
alhamdulillah..mama gembira sangat kakak dah dapat membaca dan menilai apa yang ingin mama nyatakan...mama sayang kakak banyak banyak banyak..kita tunggu abang dan adik pula komen apabila mereka sudah pandai membaca dan memahami bait-bait bicara mama ini....
Post a Comment