Salam silaturrahim semua...sebenarnya hari ini aku nak bercerita mengenai peristiwa pahit manis yang sentiasa ku ingati sepanjang perjalanan hidup sehingga ke hari ini...tajuk mesti gempak skit...padahal isi kandungannya biasa-biasa aja..lebih kepada luahan perasaan suka duka pahit manis sebuah kehidupan.
Biasalah kan...manusia mana tidak ditimpa masalah...jangan jadikan masalah sebagai beban dalam kehidupan kita kerana bila kita merasakan masalah ialah satu beban yang sangat hebat maka akan terbebanlah fikiran kita dan sudah pasti tiada jalan untuk menyelesaikannya sebab kita akan merasa buntu kan.Wajah pun dah hilang cerianya dan emosi pun sudah berubah dan perubahan emosi kita kadang-kadang akan mempengaruhi emosi orang-orang sekeliling yang tiada sebab terkena tempias jika kita beremosi yang tidak sepatutnya.
Oleh sebab itu berfikir sejenak..kenapa kita dikurniakan masalah itu dan berfikir sejenak sejauh mana kita boleh menyelesaikan masalah itu..apa-apa pun hanya kita yang tahu kan sejauh mana masalah itu ada dan sejauh mana kita mampu menyelesaikannnya...berusaha itu mestilah seiring dengan doa supaya Allah memberikan kita kemudahan untuk menyelesaikan segala masalah. InsyaAllah. ;-)
Tajuk sepanjang kenangan ini sebenarnya aku nak bercerita pasal masalah-masalah yang aku alami dan aku ingat sampai ke hari ini...korang jangan tergelak ok...Bagi aku masalah sebab aku tidak dapat menyelesaikannya hehehe..Jom kita tengok apa masalah si budak Emma ini hehehe
1. Situasi di dalam makmal komputer ...(senyap)

Pensyarah merenung semua pelajar dari penjuru kiri ke penjuru kanan. Ada pelajar yang sedang mencari pen dan menarik kerusi perlahan mungkin tidak selesa untuk duduk, ada yang sedang merenung skrin komputer, ada yang menguap (belum kuliah dah menguap ke? sebab semalam tak tido la tu hehehe bukan aku ok hehehe), ada yang balas balik renungan pensyarah itu (pensyarah hensem kan?hehehe), ada yang memegang buku nota (pelajar-pelajar cemerlang hehehe). Macam-macam gelagat ada.
Semua pelajar komputer sains sudah berada di hadapan komputer masing-masing buat kali pertama perkuliahan bermula bagi pelajar semester 1..pada masa itu komputer menggunakan disket seperti di dalam gambar. Sekarang kita sudah menjurus ke teknologi moden yang semakin canggih iaitu seperti mana yang anda ada sekarang. Aku saja tidak memberitahu tahun berapa nanti korang dapat teka berapa usia aku heheheh....yo yo jerk kan!hehehe
'Alamak..jauh pulak tempat duduk ni dari kawan-kawan...' bisik hati kecil Emma. Yealah...makmal komputer memang la agak jarak sedikit antara seorang pelajar dengan seorang pelajar yang lain.
Emma jadi gelisah..'Mati la aku...mana pulak button on komputer ni...' Emma gelabah sebab pensyarah suruh semua pelajar on kan komputer masing-masing. Butang on tu entah di mana pulak ia berada.
Emma semakin gelisah apabila pensyarah menghampirinya. Hendak bertanya sahabat di sebelah pada waktu itulah pulaks dia hendak ke tandas...fuhhh!!!berpeluh sekejap padahal makmal itu ada penghawa dingin. Letih la gini...hehehe
'Kenapa tak on komputer lagi?' Tanya Pensyarah hensem itu..wajah Emma merah padam (untuk makluman aku malu tau kalau bab-bab gini..sebab pensyarah tu cakap kuat sangat hahaha dia tidak marah tetapi suara dia memang satu makmal dengar...aku teringat pasal suara kuat ini...
Aku memang sangat pemalu tau...aku pernah pesan kat boss tempat aku keja...'Boss..kalau nak marah saya..saya tak kisah..tapi tolong jangan marah kuat-kuat depan orang..memang saya sakit hati...tapi kalau boss nak marah saya biar kita berdua ja...nak maki hamun pun tak kisah...' hehehe lawak kan aku...
Ok.Sambung semula cerita tadi...hehehe...iklan jer tadi..relax arr...Emma tercari-cari lagi button untuk on komputer. Pensyarah muda itu tersenyum sambil bersuara. 'Komputer ni sebenarnya senang jer...awak tekan ja mana-mana button kat sini..kalau menyala tu maknanya button on la..jangan takutt...dia takkan meletop..tekan ja mana-mana sampai menyala...' kawan baik aku tergelak tengok wajah aku yang merah menyala itu dan masih terkial-kial mencari button on hahaha....siap hang...gelakkan aku hehehe..
Pensyarah itu tidak tolong aku on sebaliknya dia tengok ja aku tekan sana tekan sini...hahaha...akhirnya menyala juga komputer aku....baru aku dapat bernafas dan selama dua jam itu memang aku bernafas dalam lumpur...yealah kali pertama melangkah ke alam Universiti..Masa sekolah menengah dulu aku memang masuk kelab komputer tetapi model komputer tu lain skit dari yang ini...alasan...(itulah manusia banyak sangat alasan..padahal tak reti hehehe)
Maka selesailah masalah aku..Itu masalah kan...cuba korang bayangkan perasaan aku time tu..cuak gile kan...tapi sampai bila pun aku ingat tips nak on sesuatu barangan elektronik.Aku sentiasa mengingatinya sehingga ke hari ini....
Copy File ke Dalam Disket atau ke dalam File lain.
Emma tekun melihat pensyarahnya itu 'Copy' file ke dalam disket. Di dalam hati Emma...wah dasyatnye leh terbang-terbang file tu hehehe...(ini iklan sahaja bukan masalah ok hehehe tapi kenangan la sebab aku masih teringat-ingat perasaan hairan aku kali pertama tengok file boleh terbang hehehe...). Tapi kalau waktu itu pensyarah suruh aku copy dan masukkan ke dalam disket. Memang itu masalah terbesar aku ketika itu...hehehe sib bek pensyarah tengok muka aku pun...dah kesian hehehe...
Sebenarnya banyak lagi...tiba-tiba aku rasa penat pulaks...nak rehatkan otak sekejap waktu rehat yang panjang ini. Terima kasihla baca blog aku nie yea...tajuk punya la gempak hehehe..k selamat beristirehat semua....salam silaturrahim.