Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Tuesday, 11 October 2011

    Koleksi Lirik Ciptaan Sendiri

    Jangan Rindu Aku

    Semalam kenangan terindah dalam hidupku
    Mencipta kenangan pahit manis...
    Ceria menguris
    Tiada berulang lagi sudah pasti…

    Andai kau merinduiku…
    kenanglah kenangan lalu
    Senyuman tawa tangisku....Suatu kenangan lama..


    c/o

    Jangan Rindu Aku….Nanti terjadinya satu emosi syahdu
    Ku ingin kau bahagia…ku ingin kau gembira…
    Jangan Rindu Aku…Nanti parah jadinya…
    Kerana di antara kita ada suatu rasa…

    Jika rindu tetap ada….maknanya kasihmu kuat untukku
    Jika rindu masih setia…maknanya kau masih setia padaku
    Jika rindu menguasaimu…maknanya kita sama-sama rindu…
    Dibibirku selalu berkata…Jangan Rindu Aku…
    Tetapi dihati lain berkata…Rinduku sentiasa untukmu…

    Keliru bila hati ada suatu rasa…
    Rindu semestinya ada..
    Kekal bersama selama-lamanya…

    Memang dari kecik aku suka buat lirik dan melodi sendiri...saja suka-suka...dan aku menyanyi sendiri walaupun suara aku tidak merdu hehehe sebenarnya aku tidak pandai bab-bab muzik ini tetapi aku hanya mempunyai sebuah hati yang suka mencoret sebuah nukilan dan itu sahaja...aku tiada ilmu dalam bidang muzik tetapi aku mempunyai hobi untuk membuat lirik dan melodi....aku tidak pasti kenapa hobi ini menguasaiku tetapi aku selesa bila mencipta sesuatu yang aku anggap sebuah karya dan sebuah hobi yang indah bagiku....apa-apa pun aku tetap budak sains berjiwa sastera...hehehe

    Lirik ini tiba-tiba sahaja datang menguasai minda aku ketika ini dan aku terus menulis...kerana jika tidak terus menulis ianya akan hilang....bila hendak mengingatinya semula...ianya akan lupa...itulah selalu berlaku pada aku...sebab itulah aku segera menulis lirik ini....kalau hendak menyanyi...ikutlah gaya rentak sendiri yea..samaada nak gaya rock...balada...atau Rapp...hehehe...aku hanya menulis lirik....peace!! Nanti kalau ada idea lagi..aku tulis lagi yea...tapi aku tidak pasti bila idea itu akan datang lagi...mungkin malam ini, esok, minggu hadapan, bulan hadapan atau tahun hadapan hehehe..semuanya secara tiba-tiba....dan ianya suatu yang susah hendak dinyatakan bila...apa-apa pun...yang penting...idea itu masih ada tetap ada dan akan ada kerana ianya sudah sebati dengan hobiku....:-)