Kasihnya Mama
Sedalam mana...kasihnya mama....
Semurni mana...sayangnya mama...
Jangan ditanya...jangan diujinya..
Tiada pengukur kasihnya mama…
Lihatlah ke dalam anak mata mama...
Lihatlah seraut wajah mama....
Di situlah tersimpan segala....
Betapa dalamnya kasih mama…
Jika kau rasa...sentuhan mama..
Jika kau rasa...belaian mama...
Jika kau rasa ciuman mama..
Dapat kau teka...sayangnya mama...
Jika kau rasa…takutnya mama…
Jika kau rasa…gelisahnya mama…
Bila dikau dilanda duka…
Disitulah dalamnya kasih mama….
Jangan ditanya...kasihnya mama..
Teramat dalam…Kasihnya mama…
Tidak perlu kau mengujinya...
Kasih sayang mama hingga ke Syurga...
Kasih sayang mama hingga ke Syurga
Anakku! Berderai airmata ini ketika mama menciptakan puisi ini buat anak-anak mama. Sungguh dalam kasih ini hingga ke syurga. Semoga suatu hari nanti, engkau anak-anakku memahami setiap bait-bait puisi ini yang ingin mama nyatakan...semoga engkau dapat menerokai setiap maksud disebalik puisi ini...
‘Mama…’ Oh! Akhirnya anak kecilku ini telah dapat menyebut perkataan yang sangat besar pengertiannya ini. Aku memeluk erat anak kecilku ini dan berkali-kali ku kucup ke pipi lembut anakku sambil membelai manja jari jemarinya. Senyuman terukir di bibirnya memberikan sejuta perasaan sayang dan kasih yang tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata.Oh sayangnya aku pada anak kecil ini.
Semakin hari anak ku ini semakin membesar dan semakin petah berkata-kata. Pelbagai ragam dan kerenah.
Bicara Buat Emak
Di wajahmu dimatamu..
Tersimpan sejuta rasa..
Kemanisan, kepahitan, keresahan
Dan hati ini tidak mampu memahaminya
Tidak mampu menerokainya
Setiap rasa kerana semuanya tersembunyi
Di sebalik kasih sayang emak...
Ku masih ingat..di waktu kecilku..
Kau sentiasa inginkan aku jadi sempurna...
Tidak merasa sesuatu pun kekurangan..
Sanggup berkorban segalanya..
Demi melihat keceriaan diwajah ini..
Demi melihat aku berjaya...
Demi melihat aku gembira...
Sanggup melalui keperitan hidup
Sanggup melalui segala kesusahan
Andai tidak mampu memberikan
Sesuatu yang kumahu..
Redup wajahmu…masih terselindung…
Tidak mahu ku rasa ku teka
Gelora hati emak…
Emak..maafkan diri yg kerdil ini...
Dari kecil hingga dewasa...
Pemberontakan jiwa..
kesabaran Sentiasa menguji kita..
Ampunkan segala dosa ...
Tidak mampu membalas jasamu..
Tidak mampu meneroka setiap rasamu..
Tidak mampu merasai setiap deritamu…
Tidak mampu ku menilai setiap resahmu
Mohon ampun emak...
Jika diketika melalui peningkatan usia..
Jika diketika diri sendiri bergelar mama…
Masih belum ku memahaminya..
Sungguh dalamnya makna seorang ibu…
Ragam bicara riak mukaku
Kekadang melukai rasamu...
Membuatkan hatimu terguris
Ampunkan segala dosaku emak...
Bak kata emak...biar apa orang kata..
Yang penting apa yang emak kata..apa yang emak rasa..
Kerana syurga di bawah telapak kaki emak..
Hanya kita yang memahami dan melaluinya...
Sayang pada emak...sangat banyak.. Terima kasih emak....
Memang aku menitiskan airmata ketika aku mencipta kedua-dua puisi ini....Oh betapa kerdilnya aku disisimu Ya Allah...mampukah aku menjadi anak yang solehah sehingga tidak membuat emak ku terasa walaupun sebesar zarah..ampunkan dosa-dosaku Ya Allah...ampunkan dosa-dosaku Emak....ampunkan dosa-dosaku dariku kecil sehingga kini...dari hujung rambut hingga ke hujung kaki....Ya Allah jadikanlah aku anak yang solehah dan hambaMu yang beriman dan bertakwa...tunjukkanlah aku ke jalan yang kau redhoi hidup dunia dan akhirat..dan tunjukkanlah anak-anakku ke jalan yang kau redhoi dunia dan akhirat dan jadikanlah mereka anak-anak yang solehah...
Hayatilah kata-kata ini: -
Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa anda..nescaya anak-anak kita juga akan berbuat baik seperti mana yang kita lakukan...dan sebaliknya...semoga Allah menunjukkan kita ke jalan yang benar dan lurus Amin
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendo'akannya"
No comments:
Post a Comment