Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Thursday, 4 August 2011

    Renungan Mesra

    Renungan mesra untuk semua yang dikasihi dan jua kepada diri saya sendiri, marilah kita bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu yang tinggi nilainya di sisi Allah selain daripada meningkatkan nilai takwa di dalam diri kita. Mudah-mudahan kita mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

    Kita perlu mempertingkatkan syukur kepada Allah SWT, kerana dengan bersyukur akan memperteguhkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT. Kita yang hidup dalam negara yang dikurniakan nikmat keamanan yang berterusan serta kemewahan, hendaklah sentiasa menambahkan lagi syukur kepada Allah SWT, di samping memperteguhkan lagi ketaatan serta pengabdian diri terhadap-Nya. Jangan selalu mengeluh dan kesal dengan apa yang kita miliki tetapi hendaklah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan diri kita dan kerjaya kita agar Allah sentiasa bersama kita di dalam menambahkan rezeki kita. Insyaallah orang yang bersyukur akan disayangi Allah dan Allah akan sentiasa menambah rezekinya dari semasa ke semasa. Insyaallah.

    Marilah kita menggunakan nikmat-nikmat Allah itu untuk kepentingan diri sendiri dan masyarakat. Yakni rezeki yang diperolehi dikongsi bersama-sama iaitu bersedekah setakat yang termampu kita lakukan. Janji bersedekah ke jalan Allah. Erti tanda bersyukur ialah menggunakan segala nikmat Allah untuk melakukan ketaatan dan memanfaatkan nikmat tersebut ke arah kebajikan, bukan menyalurkannya kepada jalan yang salah disisi Allah Taala. Nikmat yang Allah Taala anugerahkan kepada manusia bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu :-

    Pertama : “Nikmat duniawi” iaitu nikmat untuk meneruskan kehidupan di dunia seperti makanan, minuman, kekayaan, keamanan, kesihatan, persaudaraan dan sebagainya.

    Kedua : “Nikmat Ukhrawi” iaitu nikmat Islam dan iman, nikmat yang paling berharga serta tidak ternilai kerana ia bukan setakat menjamin kesejahteraan hidup di dunia tetapi berkekalan hingga ke akhirat.

    Persoalannya, adakah kita benar-benar bersyukur dengan kedua-dua bentuk nikmat yang dikurniakan Allah ini? Apakah kita benar-benar mensyukuri nikmat kurniaan yang tidak terhitung nilainya? Fikirkanlah kita berada di mana?Salam silaturrahim buat semua yang dikasihi. Senyuman yang paling indah ialah senyuman yang paling ikhlas. Senyumlah selalu kerana senyuman itu jua anugerah dan sedekah yang paling mudah.;-)

    2 comments:

    conan said...

    ya!!!!baik kak...sekian tazkirah jumaat dismpikn oleh kakak emma..heheh..bgs2...entry yg bgs..:)

    akuemma said...

    hehehe :-) senyuman terindah untukmu di sana..jaga diri baik2 yea...