Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Wednesday, 10 August 2011

    Kaulah BFFku

    Hari ini aku nak mengarang panjang skit ;-)...mungkin sebab masa rehat yang agak panjang menyebabkan aku banyak idea untuk mengarang tentang kau.....ngeh3..

    Kau tahu...bagi aku....persahabatan itu sangat indah kerana di saat aku sangat-sangat memerlukan.. ada kau untuk memberi ruang kepada ku meluahkan segala perasaan...dan detik itu menjadikan kau BFFku yang tidak ternilai oleh wang ringgit emas dan permata..chewahhhhhh!!!...Dan setiap kali aku mengatakan istilah ini aku sangat menghargai kau di dalam apa jua situasi pun walau dimana sahaja kau berada namun sesungguhnya sentiasa dekat di hati ku...

    Sering berkongsi suka duka di dalam menghadapi kemelut hidup yang kadang-kadang aku terlari arah..dan disaat itu kau hulurkan tangan untukku berpaut..tidak terjatuh terus tersungkur...di saat itulah kau BFFku dan sesungguhnya aku bertuah adanya kau di dalam melayari kehidupan yang penuh ragam ini.

    Tidak ku karang setiap kenangan tetapi ku karang bertapa kagumnya aku dengan istilah BFFku yang aku berikan untuk kau...Bila aku dengan kau...mudahnya lidah ini lancar bercerita kepada kau walaupun masalah itu hanya sekadar benda yang paling temeh. Yang remeh dan yang temeh berligar disekelilingmu..buatlah buatlah buat tak tahu...tapi aku tetap akan bagi tau kau hahaha...teruk toi aku ni hehehe tetapi disitulah aku letakkan kau sebagai BFF ku....kerana kau tahu semua tentang aku...dan kau sentiasa tau apa yang aku rasa... marah, sakit, suka, duka, tewel, poyosss dan sebagainya...bagi aku itulah BFFku....

    Dari ku kecil hingga dewasa...alhamdullilah aku sentiasa dikelilingi oleh sahabat yang sangat baik dan sentiasa bersamaku di dalam suka dan duka. Dan disitulah aku letakkan kau BFFku..aku sangat bertuah mengenali dan mencipta kenangan bersama kau...dan kenangan yang tercipta akan ku simpan sebagai kenangan yang paling indah...

    Semalam kita kanak-kanak....remaja. Hari ini (opsss belum tua cuma sedang-sedang saja hehehe)... Esok...hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…dan sepanjang perjalanan hidup ku..disitulah aku kenali kau...dan kau BFFku...cuma jarak dan masa yang memisahkan kita kerana masing-masing mencari arah dan impian....

    Kau tersenyum penuh keikhlasan bila ku berada di puncak kejayaan dan kau titiskan airmata dan turut beremosi mengikut rentakku di kala aku kecewa....ahhh!!mana mungkin aku hendak melupakan kau...kau BFFku.. Mungkin masa dan waktu menjadikan kita semakin jauh kemesraan yang semakin berkurang tetapi dihatiku kemesraan itu sentiasa subur.

    Kadang-kadang aku percaya, kita akan paling rapat dengan orang yang paling hampir dengan kita, di dalam perjalanan hidup ini aku ditemui dengan pelbagai ragam manusia yang bergelar kawan, sahabat, rakan, kawan baik, teman dan sebagainya yang kemungkinan membawa maksud yang sama tetapi bagi aku ianya mempunyai maksud yang berbeza...;-).

    Dalam melayari perjalanan masa ini...kita terpisah di dalam arah yang berbeza..dari satu detik ke satu detik aku berkenalan dengan kau BFFku...dan banyaknya BFFku...kerana persahabatan itu sangat indah...dan sesungguhnya kau adalah kau...yang sentiasa hadir dekat dihatiku dan aku sentiasa menyayangi setiap kenangan yang kita lalui dariku kecil hingga ke hari ini...

    Kau BFFku...kadang-kadang aku sendiri tidak pasti...aku sentiasa ingin membuat yang terbaik tetapi terbaik bagi kita belum tentu terbaik bagi orang lain...dan kadang-kadang persahabatan menjadi lemah sekiranya kekurangan sesuatu di dalam persahabatan di mana persahabatan hendaklah sentiasa dibaja...agar ianya subur....

    Sesungguhnya aku sangat suka bercerita pasal kau bila aku bersama keluarga atau rakan-rakan..aku tidak pasti kenapa..mungkin kau sentiasa dekat dihatiku dan disitulah aku letakkan kau sebagai BFF aku....aku sentiasa menghargai kehadiran kau di dalam senario hidup ini!!!

    3 comments:

    conan said...

    BFF sndr prlu d hrgai....dan dsygi..tp kdg2 sush gak nk prcy kwn sndr wlupn dia BFF kta..hmm..manusia..manusia..

    conan said...

    time ksh sudi rasmikan blog sy..hehehe..

    akuemma said...

    Sentiasa menghargai setiap insan yg hadir dlm hidupku dulu kini n selamanya..

    Masa p rasmi tak kasi makan pun...sib bek ada roti ngan air masak hehehe