Menu Utama

  • picasion.com

    AkuEmma

    My photo
    Cuitlah Hati Dengan Cinta

    Thursday, 25 August 2011

    My Loving Lecturer




    Terima kasih Dr. kerana menjadi sahabat kita yang sangat baik....bila terkenang balik zaman belajar dulu memang indah kan...bila mengimbas kenangan itu...rasa best sangat...perangai yang agak brutal menguasaiku ketika itu...tetapi sangat bersopan bila berjumpa dengan Dr atau yang patut dihormati :-D.. dan entah macammana kita boleh menjadi begitu rapat dari semasa ke semasa dan kita bersyukur kerana Allah kurniakan kita seorang sahabat baik yang pernah menjadi pendidik kita. Pendidik adalah seorang yang amat kita hormati dan kini menjadi seorang sahabat yang kita sayangi, yang kita amat ambil berat dan sentiasa mengharapkan dia bahagia selamanya...sentiasa gembira dan dirahmati Allah sepanjang perjalanan hidupnya dunia dan akhirat...

    Bila mengenali sangat ramah, baik, penyayang dan paling penting sangat ikhlas di dalam membina persahabatan dengan kita...dan setiap kenangan sentiasa segar di dalam ingatan...dan sentiasa indah....dan insyaallah akan kekal abadi selamanya...walau masa dan jarak tidak sama macam dulu tetapi sentiasa dekat di hati dulu kini dan selamanya....sentiasa disisi semasa diperlukan...dan yang penting sentiasa dekat dihati...dekat dijari...hehehe

    -Salam Sayang daripada sahabat buat sahabat....;-)

    Wednesday, 10 August 2011

    Kaulah BFFku

    Hari ini aku nak mengarang panjang skit ;-)...mungkin sebab masa rehat yang agak panjang menyebabkan aku banyak idea untuk mengarang tentang kau.....ngeh3..

    Kau tahu...bagi aku....persahabatan itu sangat indah kerana di saat aku sangat-sangat memerlukan.. ada kau untuk memberi ruang kepada ku meluahkan segala perasaan...dan detik itu menjadikan kau BFFku yang tidak ternilai oleh wang ringgit emas dan permata..chewahhhhhh!!!...Dan setiap kali aku mengatakan istilah ini aku sangat menghargai kau di dalam apa jua situasi pun walau dimana sahaja kau berada namun sesungguhnya sentiasa dekat di hati ku...

    Sering berkongsi suka duka di dalam menghadapi kemelut hidup yang kadang-kadang aku terlari arah..dan disaat itu kau hulurkan tangan untukku berpaut..tidak terjatuh terus tersungkur...di saat itulah kau BFFku dan sesungguhnya aku bertuah adanya kau di dalam melayari kehidupan yang penuh ragam ini.

    Tidak ku karang setiap kenangan tetapi ku karang bertapa kagumnya aku dengan istilah BFFku yang aku berikan untuk kau...Bila aku dengan kau...mudahnya lidah ini lancar bercerita kepada kau walaupun masalah itu hanya sekadar benda yang paling temeh. Yang remeh dan yang temeh berligar disekelilingmu..buatlah buatlah buat tak tahu...tapi aku tetap akan bagi tau kau hahaha...teruk toi aku ni hehehe tetapi disitulah aku letakkan kau sebagai BFF ku....kerana kau tahu semua tentang aku...dan kau sentiasa tau apa yang aku rasa... marah, sakit, suka, duka, tewel, poyosss dan sebagainya...bagi aku itulah BFFku....

    Dari ku kecil hingga dewasa...alhamdullilah aku sentiasa dikelilingi oleh sahabat yang sangat baik dan sentiasa bersamaku di dalam suka dan duka. Dan disitulah aku letakkan kau BFFku..aku sangat bertuah mengenali dan mencipta kenangan bersama kau...dan kenangan yang tercipta akan ku simpan sebagai kenangan yang paling indah...

    Semalam kita kanak-kanak....remaja. Hari ini (opsss belum tua cuma sedang-sedang saja hehehe)... Esok...hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…dan sepanjang perjalanan hidup ku..disitulah aku kenali kau...dan kau BFFku...cuma jarak dan masa yang memisahkan kita kerana masing-masing mencari arah dan impian....

    Kau tersenyum penuh keikhlasan bila ku berada di puncak kejayaan dan kau titiskan airmata dan turut beremosi mengikut rentakku di kala aku kecewa....ahhh!!mana mungkin aku hendak melupakan kau...kau BFFku.. Mungkin masa dan waktu menjadikan kita semakin jauh kemesraan yang semakin berkurang tetapi dihatiku kemesraan itu sentiasa subur.

    Kadang-kadang aku percaya, kita akan paling rapat dengan orang yang paling hampir dengan kita, di dalam perjalanan hidup ini aku ditemui dengan pelbagai ragam manusia yang bergelar kawan, sahabat, rakan, kawan baik, teman dan sebagainya yang kemungkinan membawa maksud yang sama tetapi bagi aku ianya mempunyai maksud yang berbeza...;-).

    Dalam melayari perjalanan masa ini...kita terpisah di dalam arah yang berbeza..dari satu detik ke satu detik aku berkenalan dengan kau BFFku...dan banyaknya BFFku...kerana persahabatan itu sangat indah...dan sesungguhnya kau adalah kau...yang sentiasa hadir dekat dihatiku dan aku sentiasa menyayangi setiap kenangan yang kita lalui dariku kecil hingga ke hari ini...

    Kau BFFku...kadang-kadang aku sendiri tidak pasti...aku sentiasa ingin membuat yang terbaik tetapi terbaik bagi kita belum tentu terbaik bagi orang lain...dan kadang-kadang persahabatan menjadi lemah sekiranya kekurangan sesuatu di dalam persahabatan di mana persahabatan hendaklah sentiasa dibaja...agar ianya subur....

    Sesungguhnya aku sangat suka bercerita pasal kau bila aku bersama keluarga atau rakan-rakan..aku tidak pasti kenapa..mungkin kau sentiasa dekat dihatiku dan disitulah aku letakkan kau sebagai BFF aku....aku sentiasa menghargai kehadiran kau di dalam senario hidup ini!!!

    Sunday, 7 August 2011

    Puisi Indah

    Apa-apa pun...semua ini suatu hobi dan korang baca jugalah sebagai satu ruang untuk korang berlapang-lapang fikiran...kalau korang rasa kepala berserabut dan tiba-tiba stress dengan puisi aku ini..cepat-cepat klik windows lain okeh!hahahaha

    Bicara Tidak Terucap

    Andainya ingin berbicara
    Mahupun sepatah kata…
    Namun tidak terucap jua
    Di antara senyum dan tawa...
    Tiada siapa pernah menduga…
    Mahupun pernah terasa…
    Apa yang sebenarnya....

    Betapa indahnya kata-kata yang ingin dilafazkan...
    Disebalik kata-kata yang tidak terucap
    Disebalik kemesraan yang tidak terungkap
    Disebalik senyuman yang tidak terukir
    Disitulah letaknya kasihku padamu…

    Andainya masa tidak mengizinkan...
    Mencoret kenangan meluahkan perasaan
    Namun…kebahagiaan tetap dirasa
    Hati yang dimiliki terus berbicara
    Kerna masih ada puisi indah..

    Tercalit kenangan sebuah hati
    Biarpun bicara tidak terucap

    ok nanti aku letak lagi puisi baru...satu hari satu puisi...okeh!!!

    Next day:

    Suatu Detik Waktu

    Kegembiraan...Kesedihan..
    Kelapangan...Kesibukan...
    Ketenangan...Dugaan
    Kehadiran...Kehilangan
    Kesenangan...Kesusahan
    Sering silih berganti
    Dalam suatu detik waktu
    Melayari bahtera sebuah kehidupan

    Suatu Detik waktu sentiasa mengiringi
    Perjalanan hidup..Mungkin masih panjang
    Atau sekadar untuk hari ini
    Hari esok....dan seterusnya...
    Adakah kita masih ada suatu detik waktu
    Untuk melayari hidup seperti hari ini

    Setiap masa itu tidak akan berulang
    Setiap detik waktu tidak akan terhenti
    Masa bergerak sentiasa...
    Tanpa disedari Ohh rupanya
    Kelmarin telah tiada
    Dan Esok tidak pasti..
    Adakah kita masih ada...

    Renungkanlah....Hayatilah
    Agar setiap langkah kita...
    Tiada kerugian..untuk bekalan Yang Abadi...

    Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendo'akannya"

    Thursday, 4 August 2011

    Renungan Mesra

    Renungan mesra untuk semua yang dikasihi dan jua kepada diri saya sendiri, marilah kita bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu yang tinggi nilainya di sisi Allah selain daripada meningkatkan nilai takwa di dalam diri kita. Mudah-mudahan kita mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

    Kita perlu mempertingkatkan syukur kepada Allah SWT, kerana dengan bersyukur akan memperteguhkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT. Kita yang hidup dalam negara yang dikurniakan nikmat keamanan yang berterusan serta kemewahan, hendaklah sentiasa menambahkan lagi syukur kepada Allah SWT, di samping memperteguhkan lagi ketaatan serta pengabdian diri terhadap-Nya. Jangan selalu mengeluh dan kesal dengan apa yang kita miliki tetapi hendaklah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan diri kita dan kerjaya kita agar Allah sentiasa bersama kita di dalam menambahkan rezeki kita. Insyaallah orang yang bersyukur akan disayangi Allah dan Allah akan sentiasa menambah rezekinya dari semasa ke semasa. Insyaallah.

    Marilah kita menggunakan nikmat-nikmat Allah itu untuk kepentingan diri sendiri dan masyarakat. Yakni rezeki yang diperolehi dikongsi bersama-sama iaitu bersedekah setakat yang termampu kita lakukan. Janji bersedekah ke jalan Allah. Erti tanda bersyukur ialah menggunakan segala nikmat Allah untuk melakukan ketaatan dan memanfaatkan nikmat tersebut ke arah kebajikan, bukan menyalurkannya kepada jalan yang salah disisi Allah Taala. Nikmat yang Allah Taala anugerahkan kepada manusia bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu :-

    Pertama : “Nikmat duniawi” iaitu nikmat untuk meneruskan kehidupan di dunia seperti makanan, minuman, kekayaan, keamanan, kesihatan, persaudaraan dan sebagainya.

    Kedua : “Nikmat Ukhrawi” iaitu nikmat Islam dan iman, nikmat yang paling berharga serta tidak ternilai kerana ia bukan setakat menjamin kesejahteraan hidup di dunia tetapi berkekalan hingga ke akhirat.

    Persoalannya, adakah kita benar-benar bersyukur dengan kedua-dua bentuk nikmat yang dikurniakan Allah ini? Apakah kita benar-benar mensyukuri nikmat kurniaan yang tidak terhitung nilainya? Fikirkanlah kita berada di mana?Salam silaturrahim buat semua yang dikasihi. Senyuman yang paling indah ialah senyuman yang paling ikhlas. Senyumlah selalu kerana senyuman itu jua anugerah dan sedekah yang paling mudah.;-)

    Wednesday, 3 August 2011

    Hero



    Gambar ini di simpan sampai sekarang...ada di dalam buku ciptaan koleksi peribadiku hehehe ada sajak, puisi, novel, cerpen dan coretan hati (syyyyyyy...jangan gelak...tak baek tauu....biasalah aku kan penuh cita-cita dan impian...) ekekeke ada gak Novel yang aku tulis dan aku bawa sampai ke U..korang ada baca kan?hehehe tapi sampai sekarang aku tak taip taip lagi...masa itu emas dan sangat mencemburuiku..kadang-kadang aku rasa 24 jam tu macam tak cukup jerk untuk merealisasikan semua impian, cita-cita dan hobiku ini heheheh....poyo jerk ayat nih kan!!

    hahaha biasalah dulu-dulu guna kertas panjang tu (aku koyak buku latihan sains opsss harap-harap cikgu aku tak baca hehehe) dan tulis guna pen jerk kan..dah la tulisan tak lawa tapi korang tetap baca kan...hehehe....untuk pengetahuan korang....novel tu masih ada sampai sekarang...agak buruk kertasnya dan koyak rabak tapi masih boleh baca hehehe...biasalah geng-geng masa kat U dulu baca dari seorang ke seorang...dah la gaya penulisan tu atas kertas yang hanya sekadar stapler jerk ekekek...dah tu korang plak pi hadiahkan airmata korang kat atas tuu lagilah bertambah cunn hehehe apa-apa pun aku sayang korang sebab korang menjiwai aku punya karya heheheh peace!

    aku ingat nak taip (ingat jerk tapi tak taip taip kan..buat blog lain arr sat jerk..bukan tulisan panjang-panjang...bebel jerk lebih hehehe)....opppS aku nak cerita pasal hero-hero ketika itu...dan sebenarnya sampai sekarang...setia beb!;-)

    Aku pernah lukis gambar Zamani Slam dan Faizal Hussein...ntah mana plak aku letak..maklumlah berpindah randah dari belajar hingga kerja...aku lukis masa aku free-free kat U dulu (banyak betoi masa free aku kan ekekek aku kan budak nakal skit masa kat U...macam-macam hal aku time tu....asyik lepak bilik tv jerk kan...masa mana plak aku lukis nie) aku saja tak gi tau korang....nanti hilang akunye Rock hahahah...yang pasti gambar Zamani dan Faizal memang aku ada lukis...kalau aku terjumpa kat mana-mana kotak aku masukkan kat blog ini okeh!!!

    Tengok di bawah.....Sebenarnya hero yang paling aku fanatik.........hehehe

    Sahabat imeakuemma



    Buat sahabatku dulu kini dan selamanya..
    PEACE WITH SMILE!




    hahahahah....lawak bila aku promote kekawan pasal blog ini...aku tau korang semua pasti gelakkan aku...alah korang nie......kasilah semangat weiii...aku baru nak start blog nie...aduhaii!!!jangan gelak…:-D...nanti aku cerita pasal korang jugak! Pasal erti sebuah persahabatan....pewiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit!!!!korang semua sangat best...sebest best korang..best lagi aku kuang..kuang...kuang...gurau-gurau Ramadhan...Selamat berpuasa semua. TEMA baju raya aku tahun ini MERAH!!!hehehe...JOM MERAH!....Untuk tahun ini Fanatik MERAH!hehehe

    Monday, 1 August 2011

    Anak Kecil itu



    Hari-hari di waktu kecil
    Ditemani sebuah buku
    Di sini ku coret ku lakar ku cipta
    Pelbagai puisi indah...

    Semuanya tersimpan dalam lipatan sejarah
    Menjadi sebuah memori...
    Berpuluh tahun yang lalu...

    Anak kecil ini penuh impian
    Mencipta menulis puisi indah
    Dan jua mendeklamasi
    Setiap puisi sajak yang dicipta
    Penuh syok sendiri kan??hehehe

    Ahhhhh!!!!
    Anak kecil ini
    Walaupun bukan berdarah seni
    Tetapi hidupnya penuh dengan seni
    Seni cipta seni lukis jua suka menulis
    Cuma tiada seni lakon sahaja (hehehehe)
    Seni silat pun tarakkk jugak...
    Taekwondo ada la jugak...2 hari jerk join hahahaha
    Itupun pasal tergelak kat orang...

    Dalam diam dalam angan-angan
    Anak kecil ini merasakan dirinya
    seperti PUSPA..
    Anak comel yang paling comel dilayar perak
    Setiap hari sudah bersedia
    Di depan tv hitam putih

    Penuh angan-angan si kecil ini
    Style rambut sudah berubah
    Mengikut PUSPA....
    Atau anak comel itu
    Melissa Saila

    Disini aku gunakan sebagai anak kecil sebab masa tu umur aku 6 @7 tahun gitu la kot...sebab masa aku borak-borak dengan kak Lis @Melissa Saila...(wahh borak-borak ting tong….) kak lis bagi tau masa tu umurnya baru 8 tahun…mungkin masa aku tengok cerita PUSPA pertama kali tu…PUSPA dah ulangan kot sebab beza umur aku dengan Kak Lis 4 tahun….takkan umur aku 4 tahun time tu..aku dah pandai minat artis hehehe…..

    Wahhh bahagia rasanya dapat ku borak-borak dengan artis kesayangan yang aku mengikuti perkembangan mereka berbelas-belas tahun…itu gara-gara aku daftar twitter pertama kalinya memang aku search nama Erra Fazira..aku tak pasti nama itu ada ataupun tidak…pada asalnya aku pun tidak tahu hendak register untuk tujuan apa..tapi di suatu hari Jumaat nan indah...aku memang tidak tahu hendak buat apa...dah la rehat panjang..kawan-kawan sekepala semua dah takda...huhuhu..nak balik rumah dah la juh sangat..rindu kawan sekepala time tu...rindu korang (kalau korang bacalah okeh hehehe tapi takpa BFF aku dah follow aku..so dia mesti tau perasaan aku kenapa aku daftar twitter pada asalnya..)

    Tapi yang paling aku tak sangka…rupa-rupanya semua yang aku mengikuti perkembangan mereka sejak dulu berada di dalam satu kumpulan..mereka bersahabat sangat baikkk…Wahhh!!!begitu bernasib baiknya aku...dah tak payah search nama Melissa Saila...sebab tu aku suka sangat IT...i love IT ...maklumat dihujung jari mudah mudah..…dan paling bertuahnya aku...mereka semua sangat baik hati dan aku rasa macam dah jadi kawan mereka (perasan…korang dengar jerk la opppss baca lah…hehehee)